Friday, December 30, 2011

Photoshoot | Norazmi Ibrahim


Assalamualaikum,

actly, shoot ni dah berlaku beberapa mggu yg lepas by Norazmi Ibrahim a.k.a abg mie.
honestly, sgtlah suka hasil kerja abg mie sbb sgt nice dan cantek gmbr tersebut =)
jomm tengok,..












kalau rasa nak tengok hasil kerja abg mie yg lain leh laa view dekat ;



'Sihat Sebelum Sakit'

Assalamualaikum,

Salam Jumaat penghulu segala hari. sedar tak sedar hari ini merupakan jumaat terakhir bagi tahun 2011. Alhamdulillah masih ditiupkan roh untuk dibangunkan pada hari ini =)

kesihatan bertambah baik dari sebelum2 ni. masuk hari ni dah 9 hari saket mata. tambah plak badan macam kurang sihat. efek dari sakit mata agaknya. pagi tadi sebelum subuh dah terjaga. dlm masa yg sama, sbb rasa kurang selesa pada mata yg boleh buat terjaga jgk sbnrnya.

dalam masa 9 hari sakit ni, dapat sedar banyak perkara sbnrnya. terutama tntg 'sihat sebelum sakit'. bila sakit mata ni byk benda yg terbatas. 1st, kesusahan nak bergerak pagi2. bila bangun je nak kena meraba dinding, almari bagai sbb xnmpk nak pegi ke bilik air. pagi2 jer nak mandi dah nanges sbb mata xboleh buka.

2nd, bebola mata tak boleh nak jeling2 ke, nak alih kekiri kekanan dah tak boleh. klu nak tengok apa2 dkt sblh, kena alih sekali dgn kepala dan juga badan.klu paksa jugak, saket urat2 saraf tu Tuhan jelah yg tahu.

3rd, airmata 24jam keluar tak henti. thats y jugak lah mata ni bengkak. bygkan nak kena lap setiap masa. seksa jugak rasanya.

4th, nak pegi mana2 kena pakai speck mcm mak datin. siang xpela. malam tu yg buat org tgok sambil perli2. tp sabar jelakan. dah saket. dorang perli, kita dapat pahala. so kan give and take namanya. senyum jela =)

5th, penglihatan kabur. xboleh fokus. kena byk rest. mcm tgh tulis skrg ni akan bt mata lg saket. tp xpe. pakai speck. kurang sket =)

sbnrnya, apa yg ada even diri kita sendiri pun cuma pinjama dari Tuhan. Dia boleh beri dan Dia boleh amik semula. jadi kita tak boleh marah dan sebaliknya balik semula pada Dia dan mohon spya nikmat yg Dia pinjamkan ini dlm keadaan baik dan dpt digunakan untuk kebaikkan.

sakit ni pun sbnrnya kifarah dosa2 kita yg lepas. mungkin mata ni ada disalah gunakan. atau dosa2 yg lain. jadi ni cara Tuhan nak sucikan kita dari dosa. jadi terimalah ia dengan positif. bersangka baik dengan Tuhan =)

Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum,

update2! semalam dgn jayanya telah menonton Ombak Rindu di GSC Sunway Carnival =) cerita ni mmg mendapat sambutan yer. kutipan awal pun dah boleh kalahkan twillight. ape yg boleh nak cakap pasal semalam adalah, Aoran Aziz yg sgt nsem, Maya Karin yg sgt kenalah dgn watak Izzah, Lisa Surihani yg pertama kalinya aku menyampah (b4 this feveret artis kot) dan bront palarae yg xda pape aku nak komen. hehe.

sbnrnya cerita2 jiwang or bergenre romantik bukanlah feveret aku untuk tgok. tapi memandangkan ramai yg meng'update' "wahhh, ohsemmm. patut tgok..bla bla bla,..." dan sbgainya, menuntut aku untuk tgok juga.

from the start until the end, i cant stop laughing. mgkin sbb beberapa faktor sprti sebutan 'R' lisa yg terlalu byk membuatkan emosi sedikit terganggu. dan isteri Pak Dollah jugak seakan menyumbang ke arah ketawa tersebut (tp xslh kan die, iklan cerita 'Songlap' di awal pembukaan tu sbnrnya yg mengganggu) dan lain2 usikan di dalam cerita.

sbnrnya aku adalah pembaca novel Ombak Rindu dan juga 2 lagi sambungan novel ni. so the whole story aku dah tahu. mgkin expectation yg tggi pasal cerita dan bila tgok movie xseperti diharapkan membuatkan tiada air mata yg nak dikuarkan. or mungkin jugak dah banyak air mata aku kuarkan masa baca novel nie 10 tahun yg lepas. atau pun sbnrnya aku nie kurang feeling. tak pun masalah kapel sblh kana aku yg ntah laa.. atau budak2 kecik sblh kiri aku yg asyik main2 kerusi. ATAU kawan aku yg asyik tnya "dah nanges ke?" oh! byknyaa 'atau'.. byk gguan kan sbnrnya?

pape pun, effect tetap ada. mulalah berangan nak ada suami sekacak Aoran. oh! tolonglah. terlalu hot dan taff.. plisss! hahaha...


p/s ; Nur Kasih saja berjaya buat aku nanges dari awal smpai abes =)


Monday, December 5, 2011

Tuhan Kirim Rasa Rindu

Assalamualaikum,

lewat tadi Tuhan kirimkan rasa rindu
rasa rindu yg menebal untuk diriNya
rindu ini bukan untuk sesiapa
tapi rindu pada yang Esa
Dia yang mencipta rasa rindu ini
semata-mata rindu ini untuk DiriNya kembali
jujur dan ikhlas
ia bukan rindu semata dimulut
tetapi terbit dari hati
sukar digambarkan

sejujurnya ia sangat indah.
syukur Ya Tuhan :)

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah

Syukur pada Allah tuhan sekelian alam kerana memberi aku rezeki sempena Ma'al Hijrah kali ini. syukur yg teramat yg tak mampu aku ucapkan dgn lafaz kata. sujud syukur telah ku lakukan sbg tanda syukur pada-Mu Ya Allah.

dengan rezeki ini, bukan pengakhiran aku untuk mengamalkan amalan2 rezeki yg kau jelaskan. semoga dengan rezeki ini aku semakin patuh, sujud, dan mengamalkan apa yg Kau suruh Ya Allah. dan amalan2 pembuka rezeki yg ku amalkan, akan aku teruskan. Terima Kasih Ya Allah =)

Tuesday, November 22, 2011

Risiko dan Pelindung

Assalamualaikum,

sebenarnya, dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa melalui bermacam2 risiko. tak kiralah samada dari pekerjaan, perjalanan, rutin harian mahupun apa-apa tentang hidup. semua berhadapan dengan risiko.

kemalangan juga dianggap satu risiko yg mungkin berlaku pada kita tidak kira dalam apa jua cara. mungkin kemalangan kecil dan mungkin sebaliknya. risiko2 ini sebenarnya adalah satu ujian yg diturun oleh Allah untuk melihat tahap keimanan dan kesabaran kita padanya.

satu risiko yg rasa tertarik untuk dikongsi adalah sihir. tidak kira apa pun sihir, sering di amalkan oleh segelintir pihak samada untuk diri, untuk ujikaji atau pun untuk dihantar pada orang lain. jadi kebarangkalian kita menerima risiko sihir itu tinggi. sihir dihantar pada seseorang itu dengan bermacam sebab. kebiasaannya adalah dari sifat dengki mahu pun iri hati. jadi kaedah ini dilihat sgt halus untuk memusnahkan seseorang. hanya menggunakan khidmat2 tertentu sahaja, seseorang itu dapat mengenal pasti bahawa dirinya terkena sihir atau pun buatan orang dalam bahasa pasarnya.

kadang2 penolakkan cinta atau pun minat terhadap seseorang mengundang perbuatan ini. dan ada pelbagai lagi sebab mengapa seseorang itu di sihir.

untuk mengelak dari terkena, banyak ayat serta cara yang disarankan oleh ulamak. jadi setiap dari kita harus mengamalkan dan bersedia.

bagi saya, dengan mengamal ayat kursi setiap hari dan menjadikan ayat itu sebagai satu cara dari Allah untuk melindungi diri. kemana pun sy pergi ayat ini lah yang sentiasa diamalkan untuk mengelak dari berlakunya perkara2 tidak diingini dengan izin-Nya. yang penting, apabila membaca ayat kursi atau mana2 pun ayat, pastikan dibaca dengan baik dan tepat bacaannya. seterusnya yakin dengan ayat tersebut.

keyakinan pada Allah lah yang menenang dan menyelamatkan jiwa =)


p/s ; sekadar berkongsi =)

Friday, November 4, 2011

miss both of you

Assalamualaikum,

saat dan ketika ini, hati sangat rindu mereka2 ini =')
tengah godek album lama2 then jumpa ini. tadaa~


zaman giler2.


p/s ; rindu pula waktu study T__T

Tuesday, October 25, 2011

Teguran

"bencilah tengok ppuan yg pakai baju tak cukup kain. xda duet sgt kot nak beli kain lebih"

"dulu elok2 pakai tudung skrg dah buka. bodoh ke bangang ntah?"


ada byk lg yg aku baca di FB tp cukuplah sekadar dua untuk diambil contoh. sebelum tu aku bukan seorang yg sempurna. malah byk lagi kesalahan yg aku perlu perbaiki. cuma apa yg ingin ditulis ini hanya sekadar teguran, pendapat dari hati kecil ini.

sebelum kita membenci orang lain, apa kata kita renung dalam diri ini dalam2. nilai diri sepatutnya. selayaknya membenci orang atau diri sendiri?

kadang ada yg buat status bagai di FB tentang ketidakpuasan hati terhadap orang yg tidak menutup aurat, zina itu berdosa. tp bila tengok gmbr manusia tersebut di fb, bukan main seronok peluk2 dgn bf, laga2 pipi dgn yg tersayang dan ada pulak mcm dah ada ikatan yg sah dgn pasangan. tidakkah spt ada yg xkena dgn si penegur???

menegur adalah baik dan dalam agama sendiri menggalakkan kita saling membetulkan kesilapan sesama kita melalui teguran. tp biarlah kena pada cara dan tempat. sesetengah mereka menegur dgn keadaan riak. riak bg aku bila wujudnya teguran berbaur penghinaan. misalnya, "ingt cantek ke free hair? biar nnt api neraka jilat rambut kau". mmg betul berdosa bg mereka yg membuka aurat. dalam al-quran serta agama secara terang2an menyebut hal ni. tp siapa kita yg menentukan nasib seseorang di neraka? tegurlah secara baik. penerimaan seseorang lebih senang dgn kelembutan.

jgn terlalu angkuh merasakan diri kita baik dan memandang yang lain buruk dan hina. takkan kita tahu satu hari nanti dia yang paling mulia disisi Tuhan yg satu.

Sorry arrr weih!!!

aku kalau jenis orang duk 'harap-mengharap' nie mmg aku tak layan. sorry arr weih! kang layan kata kita bagi harapan. so, baik aku diam. jangan cakap aku sombong plak. jenis orang tak paham bahasa ni susah.


p/s; aku memang xdak bahasa klu tak kena gaya. sorry ar weih!!

Saturday, October 22, 2011

Real Steel

Assalamualaikum,

haloya! siang tadi dalam keadaan selekeh dan tak dirancang aku pergi nonton Real Steel. wahh~ ohsemmm betul tgok Atom nari2 dalam muvie tu. penuh panggung =) puas hati tgok even td kuar mcm orang xsiap. hahaha.

tak rancang pun nak kuar. asalnya hanya sekadar nak makan laksa. sampai dipertengahan jalan, rasa nak patah balik tukar seluar. tukar seluar pun jadilah. sebab pakai seluar tido kot. muka pun xsempat nak touch-up2. =p

selekeh, selebet!

Sehari di Gurney

Assalamualaikum,

cerita gurney plak menyusul =p ok! ini celita sewaktu melepaskan gian karok di RedBox, Gurney. disebabkan dah lama tak plan aktiviti together, kami pun merancang untuk kuar bertiga dan lepaskan gian 'rasa macam artis' di RedBox.

as usual, student card amat bermakna untuk meraih harga yang murah. so, bila guna student card, secara automatik kau dapatlah harga rm9.90 sekepala untuk 'rasa macam artis' selama 3jam. tapi untuk kali ini, kami awal2 lagi diberi extra masa sejam. maka jadilah 4jam untuk harga rm9.90 tersebut yer =)

maka bermulalah diri perasan artis dalam bilik yang boleh muat lagi 10 orang tu. fasa pertama memang seronok la kan kau nak nyanyi. masuk 2 jam berikutnya kau boleh senyum lagi. masuk 3 jam kau dah 'eh, skip lagu', 'tolong nyanyikan. suara xsampai'. masuk 4jam, nyanyilah kau. nak p toilet. hahahaa.

sebaik masa tamat, kitorang pun bersiap nak balik. tetibe datang staff kat situ cakap, tambah masa lagi sejam. extra lagi! maka 5jam lah kau dalam bilik tu. sepatut 3jam dah bertukar jadi 5jam. nasib harga sama. tp sejam terakhir tu, masing2 dah penat dan aku pun dah xnyanyi sgt. abes jer masa terus cabut balik umah.



















Bersiul2 di Seoul Garden

Assalamualaikum,

Anyosayoo~ wahh! dan2 rasa duk kat kuria (korea). hahaha. okeyh2! aktiviti ber-kuria bagai ni dijalankan sewaktu fara pulang ke penang dek kerna cuti sem nya yang agak lama jugak ya. dek kerna nak rasa diri ni macam ada kat kuria, kami2 pun pergilah mencari makanan untuk dijamah pada perut. jadi Seoul Gardenlah jawapannya =p

dekat sana klu kau rasa nak order teh tarik oney, nasi taruk atas ke goreng2 pun sodap ke, mmg x ada. sana makanannya berasaskan panggang memanggang dan rebus merebus yer. nak makan kat sana kira bayaran untuk satu kepala tu adalah harganya. kebiasaannya, aku klu makan kat sana, aku guna taktik terunggul iaitu dengan menggunakan student card. hehe. so dapatlah murah. satu kepala rm27 dan ada masa dapat rm23. dengan harga tersebut, suka hatilah kau nak makan berapa banyak pun. xda hal!

TAPI makanan yang tak dapat di abeskan akan ditimbang dan di caj semula. ada laa sukatan bape kilo then kau kena bayar bape. so dengan ini terhindarlah dari pembaziran. hehe. tapi aku and the geng klu xabes makan, kitorang akan sorokkan makanan tu dalam kuah rebusan, sorok bawah tempat panggang, letak dalam pinggan eskrem dan terhindarlah dari membayar denda. hahahaha. perangai huduh!!!


gambar sewaktu berkuria,

anyonyonyoo~


bersama kembar awal ashaari, akhir ashakwasangka =p sape rasa nak ngorat dia dah ada awek. hahaa

para dan abg gagah.


si nad yang comey dan abg gagah.


inilah kurianya =p


round sekitar autocity =)



p/s; nnti update seoul garden version lain lak. klu rajin =p

BFF : TTZone

Assalamualaikum,

ok! yang ni plak adalah members seiring sejalan masa setadi kat UKM dulu. mana2 pun mesti skali even kadang bercanggah pendapat, tarik muka masam 2 3 hari, merajuk ngada-ngada, sensitif tak tentu pasal dan perli-memerli secara direct. hahahaa. outspoken tu memang selalu. kena tahan telinga ye dek. hehee.

macam mana pun kami tetap bersatu until sekarang. dan hubungan ni bertambah manis bila final year dan saat2 bergelar graduasi tu org kata dah around the corner la kan. hahaha. banyak kenangan manis pahit masam tawar masin lah! semua bercampur. dan masih utuh sampai sekarang =)




we'olss ada lapan orang semuanya. sekarang nih memasing dah bekerja dekat negeri memasing. ada yang continue master. macam ien, haazik, linda and dila dorang continue master. masing2 buat dekat ukm dan usm. ada yang tgh practical and ada yang dah tggl satu sem tuk siapkan thesis. perghh! pejam celik pejam celik jer kan. dah nak dapat master =) bangga dengan korang.

selain tu, aku, ecah, ila, and ridz, kami pilih untuk bekerja after degree =) aku ni sempat lah jejak kaki as student master for 2 month. tapi quit and pilih nak kerja =p hangiiittt! Insya Allah, rezeki ada di mana2 =)









p/s ; semoga persahabatan ini juga kekal selamanya =)

BFF : Anak Segeng

Assalamualaikum,

ok! sekarang aku nak cerita pasal kawan. kawan yang aku nak cerita ni kawan dunia akhirat (Amin Ya Rabbalalamin). satu sekolah dan sampai sekarang masih kukuh persahabatan ni even memasing jauh dan kadang kala bila ada waktu tertentu baru dapat berjumpa. kami gelar diri kami anak segeng =)


*sorry gambar xclear


yang kiri sekali tu nama dia nisha. sekarang dia study dekat uia dengan para (sebelah dia). then yang baju belang macam nyamuk tu pinie. hehee. sekarang dia buat master in economic dekat upm. ada dua orang lagi. yana and kay-k. yana sekarang buat medic dekat sabah and kay-k buat akaun/bisnes dekat Insaniah.

cara kami klu dapat jumpa and gebang adalah dengan luangkan seharian suntuk dengan cerita2 terbaru, pillow talk sampai subuh, rendam kaki dengan air panas, tengok wayang, picnic dekat kLcc sambil basah dgn air pancut, n etc. rindu sgt dah nie =')


p/s ; moga jodoh kita panjang ya sahabat =)

Update Secara Marathon

di atas kerajinan aku malam/pagi ni nak meng'update' entri, aku akan update seberapa yang mungkin peristiwa2 lepas yang aku xupdate. semua ni berlaku di atas kemalasan diri yang rasa malasnyaaa nak menaip. malasnyaaa nak buka laptop. malasssnyaa nak layan laman sesawang. jawabnya bersawang2lah blog nih =p bila malas datang, yang tau hanyalah main game sebelum tido. lepas tu laptop simpan dekat rak kemas2.

Friday, October 21, 2011

Aku Bukan Lessie

dek kerana perangai aku yang pelik, aku di cop lessie oleh segelintir member =p ok2! aku ni pemuja wanita. pelik tak? pelik x? hahaa. aku ni pantang tengok perempuan cantik, so aku akan kagum. bukan kagum yang keterlaluan. yang tu kompem2 laa aku sendiri rasa pelik dengan diri aku =p

bila aku kuar hangout dengan memembers contohnya, ada jer sape yang cantek mesti aku akan puji. ada masa sampai terkesima klu dah memang terlalu cantek. cantek pada aku bukan lah putih melepak mcm hantu cina, potongan badan mesti cutting model, atau dress-up tip top bukan main. cantek pada aku subjektif. ada masa bercanggah jugak nilai kecantikkan tu dengan member yang lain. ada aku cakap cantek, member kata biasa. masing2 punya mata la kan.

kalau artis plak, aku suka siti saleha. sebab gigi dia chomel sangat. macam tiz zakyah aku suka tahi lalat dia. nora danish bagi aku dia hottttesstt. aku suka fazura sebab dia cantek =) sari yanti dia punya mata memang galak. kalau yana samsudin lesung pipit dia cute. and last, lisa surihani. cute-mute. tehee~ (mau orang tak cakap lessie).

tapi kat sini aku nak jelas aku straight la weih!!! xelokk woooo bercinta kaum sejenis. laknat satu, Nabi xngaku umat. mungkin sebab aku pun masih menyendiri la kan. tu tohmahan kuat kata aku lessie. hahaha. jadi jelaslah aku pemuja wanita tapi tidak lessie =p


p/s ; cukup 44x org kata bleh jadi betul wooo. kata2 kan Doa. takut ngat aihhh!

Pipit VS Enggang

aku ibarat pipit. jadi aku cari kawan dari kalangan pipit juga. aku selesa dengan mereka dari jenis pipit yang sama. senang. cara, gaya, suasana tak perlu megah. sebab kami pipit.

lain dengan enggang. kalau dibanding enggang dengan pipit dari saiznya pun sudah jauh beza. ini kan nak dibanding yang lain. sudah tentu tak sama. enggang megah. cara dan gaya hidup sudah tentu tak sama dengan si pipit.

ada pun enggang berkawan dengan pipit, pipit tetap merendah diri. kerana sedar perbandingan yang jauh. ada saja pipit yang ingin menjadi enggang. akhirnya sedar kembali bahawa pipit tetap pipit. kesian pipit =(


p/s ; karut dan carut

Mornyte

Assalamualaikum dan selamat pagi semua =)

sebenarnya muka dah ngantuk tahap gaban. tp memandangkan terpandang blog yg kadang aktif kadang terpinggir ni, membuatkan jari ni menari2 nak update pape cter. hehee. sekarang nie aku dengan rasa bangganya nak bgtau yg aku bukan lagi seorang pekerja sepenuh masa. aku dah pencen sementara =p yolah, sementara nak tggu keje lain yg lagi ok! semoga ada rezeki dari Tuhan untuk aku menyara kehidupan yg mendatang. tensen bonar dah ni xde keje.

sebelum melelapkan mata aku yg bulat lagi chumel nih (perasan ok!), aku nak kongsi gambar ntah biler waktu nih. al-maklumlah, gambar bikin pekasam. mornytee =)








Thursday, October 20, 2011

Sepetang


sepetang bersama yang tersayang
melihat keagungan ciptaan-Nya
sambil mendengar deruan ombak
menghempas air di pantai
bersama burung yang bernyanyi merdu
bersama manusia yang datang bersantai
di hujung sana awan tinggi di dada langit
menunggu masa meluahkan hujan
tersenyum dengan keindahan, kuasa, alam,
milik-Nya

Thursday, September 29, 2011

Post Bulan Ini =p

Assalamualaikum,

selesai sudah menonton 'aku tak bodoh'. sesaja xda keje aku pun tgoklah citer tu.
asalnya masa citer ni keluar wayang xda terniat pun di hati nak tengok. member ada ajak tp rasa mcm xmenarik. kebiasaan bagi aku klu cter yg kurang minat, aku akan tengok kat youtube jer. hee.

ntah kenapa, semalam nak tengok. dan cerita dia pun tak mengecewakan dan best!


*gambar hiasan


p/s: (^_^)

Sunday, September 11, 2011

Hati

hati tidak tenang jika tidak memujaNya
hati rasa mati jika tidak mencariNya
hati rasa hina jika terpaling dariNya
hati rasa benci jika tidak dekat denganNya
hati jadi busuk jika mengkhianatiNya
hati ini ingin dekat denganNya

Monday, August 29, 2011

Loser

sebenarnya, aku lah paling menyampah dengan manusia2 yg berlakon baik di depan pasangan. konon aku berjanji sehidup semati, setia bersama, berikrar cinta. tapi dibelakang, masih menagih cinta dan sayang dari orang lain. masih mengharap orang lain dalam hidup. wtf!!!!


p/s ; istighfar untuk keamanan jiwa.

Tuesday, August 23, 2011

Tuhan

kalau aku tidak mula saat ini, aku merupakan orang yang paling rugi.
Ya Allah, bawa aku bersamaMu.

Monday, August 22, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga

Sejenak aku teringat tentang kejadian yang sudah hampir 14tahun. Tapi masih segar dan sampai kapan pun akan aku ingat sampai mati. Tentang salah satu pengorbanan mak aku.

Waktu tu, usia adik bongsu aku baru beberapa bulan dan baru saja dilahirkan. Belum tahu merangkak ataupun meniarap. sekadar bebaring cuma. adik aku diserang demam dan tidak kebah setelah beberapa hari. suhu badan meningkat dan kahaknya semakin banyak. sebabkan kahak yang tidak dibuang, adik aku mengalami masalah pernafasan. pada awalnya masih bernafas dan lama-kelamaan makin sesak. sampailah tiada ruang untuk dia bernafas.

dan masih aku ingat bagaimana mak aku menyedut hingus/kahak adik aku melalui hidungnya. klu dengar mungkin ada yang geli rasa nak muntah. tapi itulah sebenarnya. sanggup mak aku sedut semata-mata nak lihat anak dia hidup. walaupun nampak kecil tp aku rasa sebak setiap kali teringat. sebab mak sanggup buat apa saja nak besarkan anak-anak.

p/s; akan aku balas jasa mereka.

Gossip

kita sering kali melihat kelakuan ataupun perangai orang jelek. ataupun buruk. ada saja yang tidak kena di mata kita. tak payah nak tunding jari jauh2. lihat pada diri sendiri. berapa ramai yang dah kita umpat atau burukkan pada orang lain? berapa banyak cerita yang kita sampaikan? samada betul cerita itu atau sebaliknya?

bila fikirkan balik, dah berbakul2 dosa AKU lakukan. tak payah aku nak tulis KITA. tengok diri sendiri dulu. kebiasaan bila aku lepak sesorang dalam bilik, mesti aku akan fikir sejauh mana kelebihan diri dan keburukan diri. tapi buruk lebih dari baik. banyak benda yang secara sengaja atau tidak kesalahan2 yang aku dah buat. terutama dalam bab gossip2 nih.

perempuan secara zahirnya mmg sinonim dengan GOSSIP. xoxo =) tak boleh lari. sebab tu perempuan memonopoli dalam Neraka. Wallahualam. aku kadang2 terlepas pandang bab2 macam ni. kadang2 leka kan. seronok sangat cakap hal orang. kita xsedar dalam masa yang sama orang pun bercakap hal kita.

aku ada terlihat satu iklan dinegara arab sana pasal mengumpat ni. diorang iklankan bila saja kita bercakap hal saudara kita, ibarat kita memakan daging saudara kita itu sendiri. tragis kan? cuba negara kita buat satu. mesti asal orang nak ngumpat jer, terus tak jadi. =)

aku cuba nak berubah kearah yang lebih baik. tidak sampai bila aku nak buat dosa? Ajal aku makin dekat. makin hari makin dekat aku nak kembali pada DIA. mungkin ada orang akan bercakap, 'ingat nak mati baru nak insaf'. tapi sekurang-kurangnya aku masih ada kesedaran tentang mati pada usia aku sekarang.

betul kata orang. bila kita selalu ingat mati maka kita pun takut nak lakukan kesalahan. aku cuma berharap agar Allah pandu hatiku ini untuk sentiasa dekat denganNYA.


p/s; amalan kebaikkan takkan berguna klu kita masih melakukan kejahatan.

Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum


nak ucap selamat pagi jer =)

Wednesday, August 17, 2011

Sedikit tentang sahabat dari hari ini

Untuk hari ini sedikit sebanyak aku belajar tentang peranan sahabat. Sebaiknya, jadilah kita sahabat yang baik dan tidak membatuapikan sahabat kita ketika dirinya ditimpa masalah. Jadilah kita sahabat yang adil untuk dirinya. Selesaikanlah masalah mereka dalam cara baik.
Disebabkan itu, penting bagi kita untuk mencari sahabat yang betul apabila ditimpa masalah. Agar nasihat yang diterima membawa kearah kebaikkan.

p/s ; peringatan ini juga termasuk diri aku =)

Sunday, August 14, 2011

Doa Aku Pada Tuhan

Pagi yang indah.
Ya Allah, betapa hebat kuasaMu. Dan aku sebagai hambaMu yang sangat hina ingin memohon keampunan dariMu. Aku lemah Ya Allah. Kadang aku sujud, patuh pada Mu. Kadang aku leka. Betapa aku mempermainkan Mu Ya Allah. Sedangkan Kau masih memberi ruang untuk aku kembali padaMu.

Ya Allah,
Pagi yang sunyi ini aku ingin memohon kemaafan atas kesalahan yang lalu. Dosa-dosa besar aku padaMu. Ya Allah betapa banyaknya dosa aku padaMu. Sedangkan Kau memberi amaran berulang kali. Tetapi aku ingkar. Sebak terasa seluruh tubuh Ya Tuhan.

Ya Rabbi,
Beri aku kekuatan Ya Allah untuk menjadi hambaMu yang baik. Yang mendengar yang patuh dan yang mengamalkan. Aku berusaha Ya Allah, sedangkan halangan terlalu banyak. Bantu aku Ya Rabbi. Aku mohon.

Saturday, August 13, 2011

Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, sebelum kita menemukan dengan orang yang betul. Supaya apabila kita bertemu dengan orang yang betul, kita tahu apa itu erti syukur.


Thursday, August 11, 2011

Kesedaran

Ramadhan kali ini membawa seribu kelainan pada aku. Dalam masa 11 hari kita berpuasa, banyak pengajaran yang telah aku perolehi. Dan Dia memberi aku ujian terbesar seawal 1 Ramadhan. Biarpun sedikit rebah pada awalnya, aku bangkit semula dengan alasan "tiada dugaan yang tidak diberiNya melainkan Dia tahu hambaNya mampu". Dan ujian ini menandakan aku mampu. Pasti ada penyelesaiannya dipenyudah cerita.

Setiap yang terjadi pasti sudah terselit hikmah yang besar. Dan aku merasakan bukan sekadar satu tetapi lebih. Paling penting tentang kesedaran pada diri aku untuk menjadi yang lebih baik. Baik bukan sekadar pada bibir, tapi pada hati dan paling penting pada perbuatan. Aku mengharap agar Allah tetapkan iman di dadaku dan jadikanlah aku wanita dan hambaMu yang baik.

Dalam Ramadhan ini, aku sedar tentang kematian yang makin menghampiri aku. Semakin tinggi umurku, semakin dekat aku untuk kembali pulang pada penciptaku Ya Rabbi. Dan pada bila-bila masa itu aku akan kembali. Banyak perkara yang aku fikir tentang alam aku di sana. Sedangkan waktu dan masa ini, masih banyak dosaku yang belum terhapus. Walhal, masaku makin suntuk.

Buat Ramadhan kali ini, aku mengharap aku bisa bertemu Sang Lailatulqadar. Jika tidak Ramadhan kali ini, entah bila lagi agaknya. Sejujurnya aku belum pernah berkesempatan bertemu selama 23 tahun aku di dunia. Dan bulan2 Ramadhan sebelum ini aku terlalu khusyuk dengan keindahan dunia. Ya Allah, ampunkanlah aku.

Semoga esok dan seterusnya masih ada peluang dari Tuhan untuk aku menghirup udaraNya dan menjadi insan yang terbaik.

Kolam Air Panas

Dalam tengah-tengah kepanasan menjelang bulan Ramadhan nie, tergerak hati nak search pasal kolam air panas. rasa macam dapat mandi air panas pun best jugak. tp giler ape time posa2 nie kan? ala, nak mandi boleh jer. sebab selalu orang mandi air panas waktu malam. hehe. hasil penemuan En.Google, haa..

Morning Glory Pool 010 Gambar kolam Air panas yang cantik
cantek kan? tp nie kat oversea lah. kolam air panas morning glory.

nie kolam air panas baling. euww~ panas nie dik.

nie kolam air panas di huaqingchi, China. kolam air panas nie dah wujud lebih 6000 tahun.mempunyai julat suhu 43 darjah celcius.

nie kat indonesia.

nie kat perak. kat pengkalan hulu. cantek kan?

ada banyak lagi yang cantek2. tak larat dah nak google. ok! tunggu bulan posa abes boleh la nak pergi. =)

Tuesday, August 9, 2011

Shopping Ramadhan



Assalamualaikum,

Tak da la shopping pun semalam, cuma meneman teman yang nak shopping jer pun. Jadi dalam sibuk2 member membeli sambil memilih, den pun snap2 la gambar =p



gambar atas nie dekat jusco, perda. biasalah perempuan. pantang nampak objek pantulan cahaya nie. terutama aku la kan. hee~


dan ini sewaktu di Sunway Carnival, Seberang Jaya. ada pameran 'Memori Raya Merdeka'. so dah alang2 kat sana. apa lagi, bergambor la jawabnya. hihi.


p/s ; waktu nie sangatlah haus.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan kali ini

Untuk ramadhan kali ini, tiada apa yang berlebihan yang aku minta.
Cuma sekadar aku bisa jadi perempuan yang baik. baik pada pada Pencipta ku. baik pada agama ku. baik pada ibu ayah ku.

Agar amalan ku diterimaNya. Agar dosa ku diampunNya. Aku cuma mahu tinggalkan kejahatan yang lalu.

Dan jangan Kau pesongkan hati ini, setelah aku berada di jalanMU. Tetapkanlah imanku.

Untuk suatu yang pasti. Kematian. Kau cabutlah nyawaku dalam keadaan aku beriman pada Mu Ya Rabbi. Hanya syurgaMu yang aku cari. dan dengan keredhaanMu.

Amin.

Sunday, August 7, 2011

Fazura Bertudung


wahh! fazura bertudung dah ke? Insya Allah. Dia kata insya Allah dia akan kekalkan bertudung selepas drama Tahajjud Cinta. Alhamdulillah. Aku xda laa minat giler kat fazura nih. kiranya, xminat tapi xda la sampai benci. biasa. tak da perasaanlah senang cakap. tapi aku mula minat sikit2 lepas tengok dia berlakon dalam 'Pisau Cukur'. Lakonan dia pun best. Cantek!


*cantekkan? sukalah!

*nie lagi satu cantek =)


manis sebenarnya bila bertudung nie. pape pun hope Allah bukakan pintu hati mereka yang lain untuk bertudung jugak yer (^__^)

Make-Up






Saturday, August 6, 2011

Mr. Bean Hampir Maut

NASIB BAIK... Rowan sempat menyelamatkan diri sebelum keretanya terbabas dan terbakar.
NASIB BAIK... Rowan sempat menyelamatkan diri sebelum keretanya terbabas dan terbakar

Kereta mcLaren F1 yang berharga 650,000 pound (RM3.2juta) berpusing beberapa kali, merempuh sebuah pokok dan tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.BRITAIN: Aktor Rowan Atkinson nyaris maut malam tadi apabila kereta mewah yang sedang dipandu laju, terbabas.

Bintang Mr Bean yang berusia 56 tahun berjaya keluar dari keretanya dan dibantu oleh pengguna jalan raya yang ada di situ ketika kejadian sehingga bantuan kecemasan tiba di jalan raya A605 di Haddon, dekat Peterborough, Cambridgeshire kira-kira jam 7.30 malam.

Anggota bomba mengawal kebakaran dan pasukan ambulans pula membawanya ke hospital dekat Peterborough. Keadaannya dikatakan beransur pulih. Ini bukan kali pertama bintang Blackadder itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta mewah yang boleh mencecah kelajuan 0-60bsj dalam masa tiga saat. Kereta itu dibeli setelah filem Mr Bean berjaya di pawagam. Pada tahun 1999, setahun selepas itu, dia terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah Rover Metro di Lancashire.


Rowan memang meminati kereta laju dan telah menulis beberapa artikel untuk sebuah majalah khas tentang kereta.

Dia suka bertukar kereta dan memiliki sebuah Aston Martin Virage berharga 125,000 pound (RM613,319), Rolls-Royce vintaj dan Morris Traveller yang biasa dipandu di sekitar kampung Oxfordshire berdekatan dengan rumahnya yang berharga 1 juta pound (RM5 juta).

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans England Timur mengesahkan kemalangan semalam.

Katanya, “Seorang lelaki telah dihantar ke hospital selepas kereta yang dinaiki terbabas. Dia mengalami kecederaan ringan.”- DM


Sumber : Harian Metro.


p/s ; uiskh! dahsyat mr.bean nie. banyak kali lak tu.

Life

tak banyak yang aku nak tulis. cuma sekadar satu kesedaran yang aku dapat dari satu masalah. ada benarnya pepatah inggeris ini "every cloud has a silver lining". (kalau dlm melayu pun ada).

Friday, August 5, 2011

Gagal


Aku belum berjaya untuk bahagiakan Mereka.
rasa tidak berguna.







Salam Ramadhan


Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam =)

Monday, July 11, 2011

Rindu itu satu nikmat yg indah

sanggup maki mak hanya sebab baju tak up 2 date

Lokasi : Jalan TAR
Masa : Sekitar Bulan Ramadhan 2 Tahun Lepas - 2009


kisah ini berlaku secara real di depan mata aku. waktu tu aku dengan kawan yang lain berjalan2 di jalan TAR. kononnya nak mencari baju raya. satu persatu kedai kami masuk dan sampailah disebuah 'booth' baju...

seorang ibu yang memakai tshirt putih lusuh dan seluar hitam bersama 3 orang anaknya. 2 lagi masih kecil. nampak mcm sekolah rendah. dan seorang yang agak dewasa. mungkin belasan tahun agaknya. semua perempuan. masing2 sedang lihat baju kurung. kami dengan muka ingin mencari baju pun masuk.

sedang khusyuk melihat baju, tiba-tiba... satu suara memaki yang agak kuat yer. klu kita buat ukuran skala ritcher tu agak2 nya sama dengan skala tsunami yang serang jepun itu hari. anak makcik tadi rupanya. yg agak dewasa tue sket. boleh dia dgn muka langsung tak malu maki mak dia hanya kerna baju tak up-to-date.

mak dia cuba pilih baju untuk dia, tp mungkin tak memuaskan hati dia, terus dengan suara lantang dia marah ibunya dengan alasan baju tak ikut trend. kawan2 dia pakai ikut fesyen terkini. agaknya malu kot dengan kawan. mak dia langsung tak melawan. muka tunduk malu sebab orang keliling tengok. sayu aku tengok muka makcik tu. adik2 dia pun tergamam. sabar betul kau makcik.

dari sudut pandang aku, makcik nie bukan dari family senang. baju yang dia pakai pun lusuh dek mamah usia. anak-anak, dia biarkan mewah berpakaian. tapi balasan seorang anak? terus aku keluar dari kedai baju tu dengan air mata.



p/s ; sayangilah Ibu Bapa anda biarpun seteruk mana mereka. ibu ayah, i love you =')

Sunday, July 10, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?


Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.

Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.



Sumber: http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/gadis-cantik-jamin-kesihatan-yang-baik-untuk-lelaki/#ixzz1Rg16yW9J
www.s2u.my


p/s ; renung2kan =)

DIA pada kita

kadang bila kita punya masalah
sering kita meraung macam tiada penyudah
dendam kesumat membaluti setiap aliran darah dalam tubuh.
tapi sedarkah kita tentang masa dan ruang waktu kita pada Tuhan?
ya pada Tuhan. Allah.
kita abai untuk perkara yang remeh.
kita lalai untuk nikmat dunia yang kita sendiri ciptakan
masalah itu ingatan DIA pada kita
masih ada DIA dalam susah.

"sejenak kita fikirkan MATI"

Saturday, May 21, 2011

just wanna smile =)

manusia selalu ingin mencuba,
dan hasilnya hanya diri sendiri yang tahu.
jadi, selagi masih punya waktu,
tak salah untuk kamu, kamu dan kamu
tetap mencuba.



=)

Friday, May 6, 2011

Bukan Esok Tapi Sekarang

"manusia punya pelbagai alasan untuk senyum dan ketawa,
kenapa sedih juga yg dipilih?"

sy yg bertanggungjawab mencorak hidup seperti mana.
dan mulai sekarang, sy pilih suka dari duka.
bukan esok tapi sekarang =)



p/s: Tuhan itu Adil untuk setiap perkara =)

Friday, April 29, 2011

Sakit Hati

hurt! hurt! hurt!
paling tak suka bila hati sakit
benci.

Wednesday, April 27, 2011

Pilihan

setiap benda hidup di alam fana ni, mesti akan membuat pilihan. boleh kata everyday kita terlibat dalam membuat pilihan. nak tak nak? pergi ke tak? nak makan ke tak? terima ke tolak? haaa..tengok! dalam tak sedar dah kena buat pilihan meskipun se'simple' masalah.

paling aku fedap dan fakap klu nak buat keputusan untuk buat pilihan. kalau senang nak memilih xpelaa. nie bila kena perah otak separuh gila. bila kena pening kepala 2 3 bulan. silap hari bulan mau masuk setahun. ok jugak la kan. kalau bertahun-tahun?

paling tak suka bila pilihan2 yg ada, adalah pilihan2 yg paling kita nak. yg kalau tak dapat mau jugak menangis guling2. damn it!!! tapi tak boleh tamak nak semua. kena buat pilihan. mesti ten-si-on. huh!

kenapa aku cakap pasal benda nie? sebab aku kena buat pilihan skrg!!! arghh~


p/s; agak2 xpasti pilihan mana tepat, korang istikarah laa. pilihan dari DIA adalah paling tepat =)

Monday, April 18, 2011

=)

kembali senyum untuk hari ini,
dan akan senyum untuk hari seterusnya
just remember

"every cloud has a silver lining"
sempurna mana pun kau,
kau masih punya kekurangan.
diam!

Saturday, March 12, 2011

Saya Rindu

sejujur itu berlaku. SUMPAH!
rindu banget sama teman2 setadi dulu.
owh! bahagia sungguh.

saya rindu nak naek bas pergi kuliah =)
masa setadi dulu, sy naek bas jer g fakulti.
jarak asrama ngan fakulti jauh.
jadi sy kena naek bas.
owh! rindunya.

saya rindu nak maen badminton =)
masa final year, sy dan kwn2 ada satu tabiat.
kami suka maen badminton.
bahgia sungguh dpt pegang reket.
sumpah! best.

saya rindu nak lepak mapley =)
bila mlm dan perut pun bunyi,
"beep2!"...mula laa msg2 nak sms.
"mapley jom",...
wajib rindu!

saya rindu nak hang out =)
mmg tabiat setiap sorang kaki jalan.
pntg ada free, hilang semua.
duit pun melayang..;p

saya rindu nak karok & wayang =)
byknya benda merapu kita buat weih.
tp itu manis buat sy =)

saya rindu nak overnight =)
bukan p mana pun.
cari port best, duk nyembang.
overnight cmne pun, kita xlupa solat kan?
untung ada korang yg ingtkan aku =)

saya rindu time exam =)
mesti kita akan stay up sampai subuh.
setadi lak kat pusaneka.
rindu3x.

saya rindu semua tentang kita =')





Sunday, March 6, 2011

:: Bengkel Make-up Sendayu Tinggi ::

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua =)

wah2!!! lama nau aku tak meng'hapdate' blog aku nih. dah berlalang agaknya. ke'busy'an melanda lah sejak sebulan 2bulan yg lalu. sampai nak update pun malas dan byk kali jugaklah aku tutup sekejap blog nie. okeyh! intro sket jelaa. kite berbalik pada tajuk ;p

sabtu baru nie aku kena hadiri bengkel S.T. (singkatan pada Sendayu Tinggi). bengkel nie untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai produk dan yg UTAMA mengenai teknik, cara dan padanan yg betul dalam solekan wajah.

jadi banyak inputlah yg aku perolehi masa bengkel tue berlangsung. dan yg paling penting ilmu tu tak akan aku simpan sendirian. akan aku update di entri yg akan datang mengenai solekan yg betul dan kemas. okeyh! nak rest.

Wednesday, February 23, 2011

NEW ENTRY

Assalamualaikum salam diberi =)

lama sungguh blog nie dibekukan.
bkn ape, tiada kesempatan nak nulisnyer.
bz dgn keje. balik2 jer dah penat =(
rasanya mcm nak mula nulis semula.
tp xtau laa sampai bila ;p


p/s; =)

Wednesday, February 16, 2011

saya sayang awak

ada, tapi tak semua kita hargai.
tiada, semua ratapi.
dan untuk waktu-waktu yang ada ini,
saya nak cakap yang
saya sayang awak =)

Tuesday, January 4, 2011

Aku Punya Hati

aku tau aku tak sempurna,
banyak kurang,
penuh cacat cela.
tapi aku ada hati.
ada perasaan.
aku cuba akui setiap salah itu aku.
setiap kurang itu aku.
setiap lebih itu kamu.
dan setiap kebaikkan juga dari kamu.
aku cuba. aku akui.
tapi aku jugak punya hati.
ada perasaan.
bukan setiap masa itu aku sabar.
ada kala aku letih. sabar itu mungkin kurang.
ada masa mood perempuan aku datang.
itu sekompemnya hilang.
ada kala aku punya masalah, waktu itu aku berang.
tapi setiap waktu itu aku cuba sabar.
dan semua aku akui aku salah.

ya! aku akui aku kurang segala.
aku lemah dalam apa yang kau hebat.
itu semua aku akui.
aku banyak kesalahan.
sedang kau banyak kelebihan.
tapi sekurangnya, aku cuba.
aku cuba perbaiki apa yang kurang.
tapi setiap kali itu jugak,
kau tak pernah paham.
tak pernah izinkan aku 'tuk punya ruang memperbaiki mana yg kurang.
dan setiap yg aku cuba tonjolkan,
kau tak pernah hargai.
jika gajah dan kuman itu,
kau lebih perlihat kuman dari gajah.
manis aku, kau hanya nampak seketika.
pahit aku itu yang kau nak cela sedunia.
aku tak punya sabar sekarang.
dan aku mintak untuk diam.
dari tenang boleh berubah menjadi keruh.
diam!!!

Monday, January 3, 2011

Esok!

Assalamualaikum,..

esok ada dua perkara yang harus dilalui dengan sabar.
moga perjalanan berjalan lancar dan sihat.
moga tuhan juga berikan rezeki buat saya esok.
Ya Allah, jika ia yg terbaik,
Kau aturkanlah perjalanan esok menjadi sempurna.
berikanlah rezeki itu kepada ku. Amin.


p/s: slmt malam semua.

Saturday, January 1, 2011

DAMPING MALAM - [OFFICIAL TRAILER]


Assalamualaikum semua =)

okeyh! nak cerita. nie merupakan salah satu cerita seram yg terbaru.
tengok gaya mcm best. tp xtau laa best ke idok yer. aku pun lum tgok lagi.
dalam cerita ni ada ahmad idham. dah lama tak tengok dia berlakon.
pape pun jom kita layann..zasss


p/s: nak tengok wyg tapi tak da teman ='(

Faizal Yusuf Meninggal Dunia



Assalamualaikum,

Faizal Yusuf yang merupakan bekas suami Siti Nurdiana telah meninggal hari ini. Dari sumber, arwah didapati meninggal disebabkan serangan jantung.

agak terkejut dengan berita yang baru dapat nie. moga rohnya dicucuri rahmat Allah.
dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.
AMIN


p/s: kita yang masih hidup haruslah selalu bersedia menghadapi kematian.

Talam Dua Muka

Assalamualaikum,..

1st nak tnya, tau tak maksud talam dua muka tu apa? talam dua muka tu maksudnya ialah, bermuka2 dengan orang. senang cakap, seseorang yang mempunyai dua perwatakan di hadapan kita. macam depan kau punya lah baik. pijak semut pun tak mati aku rasa. tapi belakang korang, haih! Tuhan saja yang tau dan bisa menilai.

selalunya orang sebegini, memang bijak memainkan peranan 'syaitan' mereka. dah Tuhan kasi jadi manusia, kau plak nak pilih jadi syaitan. mestilah kena bijak beb, tidak cene nak jadi talam kan? mereka2 ini, biasanya bertujuan memporak perandakan hubungan mahupun silaturrahim sesama manusia. tak pun berniat jahat atau ingin mengambil kesempatan terhadap seseorang.

aku dah biasa jumpa orang macam nie. bukan skali jer. dah macam seratusributujuhpuluh kali tau! sama ada aku yang terkena tak pun orang lain yang terkena. bila dapat tau hakikat sebenar yang mana orang yg kita ingat baik macam malaikat tu sebenarnya jahat macam syaitan, rasa frust giler. rasa macam mudahnya aku diperbodohkan. rasa macam ape nie? WTF!!!

aku selalu ingatkan diri aku supaya lebih berhati2 lain masa nnti. tapi biasalah. kita nie bukan Tuhan yg boleh tau luar dalam manusia. last sekali tetap terkena. nasib la kan. pape pun, tetap positifkan minda balik. setiap manusia tu bisa berubah. lambat cepat kita tak tau. mungkin hari ni dia jahat. tapi tak bermakna dia tak bisa berubah kan?



p/s : doa yang terbaik buat mereka. Amin

tanda blog