Monday, March 26, 2012

Bicara Pada Tuhan

Tuhan,
aku merancang dan Kamu juga merancang.
tapi sehebat perancangan adalah datang dari Kamu di atas.
andai perancanganku bukan yang terbaik,
aku redha dengan perancangan yang telah diatur buatku.

Tuhan,
tidak terlalu mengharap dan tidak juga terlalu berserah,
usaha dan tawakkal aku selit bersama.
andai tidak seperti yang dirancang,
mohon Tuhan jangan biarkan aku terlalu kecewa.
pinjamkan aku kekuatanMu untuk meredah segala.

Tuhan,
jangan biar hati ini mencintai yang lain lebih dariMu,
biarlah Engkau yang pertama,
agar tidak pula hati ini terlalu kecewa kerana manusia.

Tuhan,
jagakan ibu dan ayah ku.
kasihani mereka seperti mana mereka mengasihaniku
cabutlah nyawa mereka dalam keadaan mereka beriman kepadaMu
tempatkanlah mereka dari kalangan orang yang Kau sayangi
dan lindungi mereka di bawah rahmat dan kasih sayangMu.

Tuhan,
bimbinglah hatiku menuju padaMu.

Sunday, March 25, 2012

Kasihnya Ibu membawa ke syurga

saya cuma ada seorang ibu.
dia yang besarkan saya.
dia yang susukan saya.
dia yang menjaga saya.
walaupun dia garang, dia sayangkan saya.
dia didik saya ilmu agama dan dunia.
dia jadikan saya manusia.
dia beralah apa saja untuk saya.
dia sanggup tidak makan kerana saya.
dia sanggup tidak punya wang juga kerana saya.
dia sanggup berpura-pura kenyang kerana tidak mahu
lihat saya lapar.
banyaknya ibu saya berkorban.
walaupun dia tidak punya pendidikan yang tinggi,
tapi dia berusaha berikan saya pendidikan.
itulah ibu.



Monday, March 19, 2012

Bicara Kata

ketentuan untuk berubah dari satu posisi ke posisi yang lain
boleh terjadi dengan pengaruh persekitaran.
tetapi untuk melakukan perubahan tersebut
bergantung pada diri sendiri.

Saturday, March 17, 2012

crazy time

smile again and again.
cant stop thinking bout you.

=p

Thursday, March 15, 2012

Bicara Kata

' untuk mendapatkan zuriat yang baik, pilihlah calon ibunya yang terbaik ' - Hadis Sahih.

didiklah diri kamu menjadi perempuan yg baik dari sisi agama. kerana peranan kamu besar dalam membentuk generasi dari benihmu.


Wednesday, March 14, 2012

Keempatbelas - 14




sekiranya aku bukan jodoh mu
maafkan aku atas kelemahan ku.

sekiranya aku bukan jodoh mu
sekurangnya aku bukan yang melalaikan mu.

sekiranya aku bukan jodoh mu
sekurangnya aku orang yg menyenangkan mu.

sekiranya aku bukan jodoh mu
moga Allah jadikan kita bersahabat.

sekiranya aku bukan jodoh mu
ada yang terbaik telah Tuhan ciptakan untuk mu.





p/s :

selamat untuk hari bulan yang keempatbelas.
semoga adanya Tuhan selalu untuk menjaga.

Wordless Wednesday

Tuesday, March 13, 2012

sebak

00:00 minit malam.


khilaf ku terlalu banyak.
beri aku masa dan kesempatan
untuk menjadi perempuan
dan hambaMu yang taat
pada perintah dan
meninggalkan laranganMu.


sebak.
kerana kadang sedar
dan kadang lalai.

Sunday, March 11, 2012

Cinta Kerana Apa?

cinta bersandarkan harta
akan pergi bersama papa

cinta bersandarkan rupa
akan pergi dimamah usia

cinta bersandarkan pangkat
akan pergi bersilih ganti

cinta bersandarkan darjat
akan pergi hilangnya hormat

cinta bersandarkan hati
yakin dan pasti bawa kemati

cinta bersandarkan Tuhan
itu hakiki terpelihara abadi


NH

Kasih Pada Tuhan

lebihkan kasih kepada Tuhan,
dan Dia akan hantarkan orang yang baik untuk menjaga kamu
jika tidak, dia hanya mahu menguji.

dan yang pasti Dia akan menjaga kamu
walau siapa pun kamu
Tuhan akan sentiasa ada disisi.


NH


Bicara Kata

andainya belum kau ingini,
jangan datang untuk memiliki.


NH

Saturday, March 10, 2012

Angin

adanya engkau bagaikan angin
hadirnya dapat dirasa
sapanya lembut menyentuh pipi
membelai halus jemari jari

aku tahu kamu ada
wujudnya itu sememangnya pasti
hadirnya kamu disedari
tibanya kamu memberi tanda

tapi sayang
wujudnya kamu
nampaknya tiada.


NH

yakin

yakin akan sesuatu yang belum pasti
ibarat mengukir harapan palsu
untuk diri sendiri.

yakin akan sesuatu yang pasti
ibarat menjerat hati
berdepan realiti.

tapi bukan pasti.


NH

Wednesday, March 7, 2012

keliru

bila kita sendiri tak pasti dengan apa yang kita lakukan sekarang,
jangan teruskan.


by,
me.

Monday, March 5, 2012

Bicara Kata

Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia.


by,
me.

Sunday, March 4, 2012

Bicara Kata

‎"I failed in some subjects in exam, my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and i am the owner of Microsoft"
-Bill Gates

Bicara Kata

letakkan matlamat pada masa hadapan, dan kamu akan tahu arah mana yang kamu akan pergi. jangan takut akan kegagalan kerana rata-rata mereka yang berjaya datang dari masa silam yang gagal - NH

Perantauan


berdikari sendiri di tempat orang dan jauh pula dari keluarga,
bukanlah satu perkara yang disukai,
tapi keadaan ini mengajar kita erti hidup
dan lebih kepada sifat bersyukur sebenarnya.

THANKS untuk semua kawan2 yang menyanyangi
dan menjadi keluarga kedua untuk menumpang kasih
(^__^)





*untuk ini juga diucapkan terima kasih dari kekasih <3

tanda blog