Friday, October 21, 2011

Pipit VS Enggang

aku ibarat pipit. jadi aku cari kawan dari kalangan pipit juga. aku selesa dengan mereka dari jenis pipit yang sama. senang. cara, gaya, suasana tak perlu megah. sebab kami pipit.

lain dengan enggang. kalau dibanding enggang dengan pipit dari saiznya pun sudah jauh beza. ini kan nak dibanding yang lain. sudah tentu tak sama. enggang megah. cara dan gaya hidup sudah tentu tak sama dengan si pipit.

ada pun enggang berkawan dengan pipit, pipit tetap merendah diri. kerana sedar perbandingan yang jauh. ada saja pipit yang ingin menjadi enggang. akhirnya sedar kembali bahawa pipit tetap pipit. kesian pipit =(


p/s ; karut dan carut

No comments:

tanda blog