Monday, January 30, 2012

Wake-Up

saya bukanlah seorang yang mudah mengalah.
seorang yang cepat down.

tapi sejak akhir2 ini.
saya adalah seorang yang lembik dan cepat jatuh.
itu bukan saya.
so wake up!


by,
me.
nurul hidayah malam ni gila!

Bicara Kata

it's hard to pretend you're ok when you're not.


by,
me.

how?

perkara paling menyakitkan hati adalah dengan mengecewakan pihak lain apabila mereka mula memberi kepercayaan dan berharap. sampaikan perlu membuat keputusan antara kepentingan diri mahupun kebahagiaan orang lain. hati saya lembut dan sangat sensitif. mudah menumpahkan kasihan dan adakala melepaskan peluang2 yang sedia ada demi orang lain. how?


by,
me.

Bicara Kata

untuk menjadi seseorang bukanlah dengan hanya berkata
'ya aku perlu jadi begitu dan begini'
tapi perlu dibuktikan dgn usaha dan perbuatan.


by,
me.

Bicara Kata

awak bercakap tapi awak tak beramal.


by,
me.

Sunday, January 29, 2012

Lalai

setiap hari aku berdoa agar tidak mengulangi dosa2 yang lepas. tapi, nama pun manusia. ada saja kelalaian yang mengundang dosa.

mohon Tuhan pandulah hati ku, jadikanlah aku dari kalangan mereka yang patuh padaMu. moga Jodoh ku nanti dari hambaMu yang patuh dan mampu menjadi imam kepada aku serta zuriat seterusnya. Amin.


by,
me.

Semalam

bangun pagi dengan kenangan semalam.
masih tersenyum =)


by,
me.

Saturday, January 28, 2012

Segeng

siang tadi bersama sebahagian dari anak segeng. hilaian ketawa yang wajib bila bersua. terkekeh-kekeh bila dihujung cerita. ada saja benda yg pasti ingin dimulakan tanpa ada pengakhiran dan terus bersambung. hurmm.. penat bercerita. masih lagi terasa mengah dengan sisa-sisa ketawa yang masih lagi berbaki.

masih rindu untuk bercerita. masih rindu untuk bersama. tunggu di bulan hadapan. untuk berkumpul semua dan sambung cerita.


p/s; kawan susah senang sampai mati.


by,
me.

Bicara Kata

tiada syarat untuk kamu,
bila aku suka.

by,
me.

Bicara Kata

“Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.”
Albert Einstein

Bicara Kata

menerima baik ujian2 Allah dengan percaya ada hikmah disebalik kejadian,
sebenarnya secara tidak langsung mendidik diri kita untuk sentiasa
bersangka baik pada Allah.

cubalah dan anda akan rasa =)

by,
me.

Bicara Kata

cinta yang hadir dengan niat yang halal dan cara yang halal
akan membawa kepada matlamat yang halal.

by,
me.

Bicara Kata

persamaan kadang kala bukan tunjang untuk keserasian.
kadang kala keserasian itu datang dari arah berlawanan.

by,
me.

Friday, January 27, 2012

Bicara Kata

kalau seluruh hidup kita,
kita belajar dan memahami bagaimana
mencintai Allah dan RasulNya,
kita takkan punya masa untuk kecewa kerana manusia =)

NH


Thursday, January 26, 2012

Bicara Kata

bagaimana positifnya aku memandang,
aku juga manusia.
ada masa aku turut rimas dengan sikap kamu.


p/s; cuba berdiam.

Wednesday, January 25, 2012

Percaya dan Yakin

betulkan? bila kita mahu berubah ke arah yg lebih baik, maka Tuhan pun turunkan yang baik2 saja untuk mengelilingi kita. jangan takut untuk berubah ke arah positif. percaya dan yakin dgn janji Allah. malam yang bahagia. =)

p/s ; moga Allah dekatkan rezeki yang masih jauh untuk aku. dekatkanlah Ya Rabbi.

Saturday, January 21, 2012

Bicara Kata

sampai masa Allah tiup dalam hati kita untuk berubah
dan perasaan itu seperti sekarang. indah.

Saturday, January 14, 2012

Doakan Saya

saya tak pandai dalam menegur salah orang
saya tiada kekuatan untuk menegur
kebanyakkannya saya hanya berdoa
moga Allah sedarkan mereka2 yg bersalah
dan balik semula padaNya

begitu jugak saya
saya ini selalu lalai
ada masa saya buat salah
dan saya harap ada orang boleh tegur saya secara berhemah
dan saya juga berharap org lain doakan saya =)

Friday, January 6, 2012

"makan sambal belacan ada hati nak cakap orang putih"

"makan sambal belacan ada hati nak cakap omputih"

hello! kalau aku makan sambal belacan pun, ada ke tulis dalam mana undang2 'makan sambal belacan then kau cakap plak omputih akan dikenakan hukuman mati mandator'i. ado??

what the life lah!

itu baru aku cakap "go straight and turn left". kalau aku buat karangan? ko nak tmbh budu, cencaluk, tempoyak agaknya.

belum lagi aku cakap bahasa arab and sign language. tipikal sungguh manusia2 sprti ini.

kalau camtu, mesej2 ngan kapel kau xyah laa "i love you" "i miss you" bagai. sebab kau pun makan sambal belcan!


p/s ; tapi sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu and yg yg seangkatan dgn mknan ni, mmg feveret aku pun. boleh makan saja xyah nak campur dgn nasi.. dap 'ahhh... =p

Wednesday, January 4, 2012

Mengaku salah dari kutukan

Assalamualaikum,

ini cuma kisah dan teladan.
tiba2 teringat dan tercuit untuk tulis dalam entri kali nie. hee~


hal ni dah berlaku 9 tahun yg lepas. waktu tu aku still lagi dalam zaman skolah. ada satu hari tu sorang kawan aku nih datang dan beritahu pasal ketidaksukaan seorang rakan ni terhadap aku. khabarnya kerana sikap aku yg agak over periang (mungkin dia rasa gediks kot). masa mula2 tahu tu agak terdiam laa sekejap. mungkin tertanya2 jugak, "apa salah aku?".

aku duduk sorang2 atas katil waktu tu, aku pikir balik dalam2. beliau yg tidak senang dengan aku nih bknlah kawan baik atau pun rapat. jauuuhhh skalilah nak bertegur sapa..! tapi tiba2 tak suka. kalau ditanya sapa pun, sapa lah suka bila diri sendiri dicemuh orang. kan?

lama2 aku terfikir. mungkin ada silap dan salah dari diri aku sendiri yg aku tak sedar mungkin perkara yg ada aku lakukan kurang disenangi orang. kalau difikirkan balik, betul jugak apa yg beliau bencikan. aku nih perempuan. tak eloklah kalau nak gediks2 tak tentu hala.

so dengan rasa tak malunya, aku berjumpa dengan beliau yg tak sukakan aku tu, dan terus aku mohon maaf kalau ada perangai aku atau pun sikap aku yg kurang senang pada pandangan beliau. dah rasa mcm hari raya la plak datang2 terus mintak maaf =p so, dia pun sangat2 terkejut dan minta maaf disebabkan kata2 belakang selama ni. Alhamdulillah xda masalah yg berlarutan slps tu =) cuma member aku ada sampaikan yg dia rasa sgt malu dan segan nak berjumpa dengan aku lepas tu sbb aku plak yg dtg minta maaf.

so moral yg aku nak sampaikan. bila kita dikritik, bila kita dikutuk, bila kita dicemuh jgn sekali kita cepat melenting. sebaliknya cuba check balik dalam diri kita, 'apa betul yang orang katakan?' memang susah nak mengaku silap sendiri, tapi kalau teguran tu satu benda yg baik pada diri, why not kita terima dan cuba ke arah positif.


p/s ; kadang-kala kata2 yg pahit itu lebih baik daripada kata2 yg manis tapi penuh dusta.

tanda blog