Monday, July 11, 2011

Rindu itu satu nikmat yg indah

sanggup maki mak hanya sebab baju tak up 2 date

Lokasi : Jalan TAR
Masa : Sekitar Bulan Ramadhan 2 Tahun Lepas - 2009


kisah ini berlaku secara real di depan mata aku. waktu tu aku dengan kawan yang lain berjalan2 di jalan TAR. kononnya nak mencari baju raya. satu persatu kedai kami masuk dan sampailah disebuah 'booth' baju...

seorang ibu yang memakai tshirt putih lusuh dan seluar hitam bersama 3 orang anaknya. 2 lagi masih kecil. nampak mcm sekolah rendah. dan seorang yang agak dewasa. mungkin belasan tahun agaknya. semua perempuan. masing2 sedang lihat baju kurung. kami dengan muka ingin mencari baju pun masuk.

sedang khusyuk melihat baju, tiba-tiba... satu suara memaki yang agak kuat yer. klu kita buat ukuran skala ritcher tu agak2 nya sama dengan skala tsunami yang serang jepun itu hari. anak makcik tadi rupanya. yg agak dewasa tue sket. boleh dia dgn muka langsung tak malu maki mak dia hanya kerna baju tak up-to-date.

mak dia cuba pilih baju untuk dia, tp mungkin tak memuaskan hati dia, terus dengan suara lantang dia marah ibunya dengan alasan baju tak ikut trend. kawan2 dia pakai ikut fesyen terkini. agaknya malu kot dengan kawan. mak dia langsung tak melawan. muka tunduk malu sebab orang keliling tengok. sayu aku tengok muka makcik tu. adik2 dia pun tergamam. sabar betul kau makcik.

dari sudut pandang aku, makcik nie bukan dari family senang. baju yang dia pakai pun lusuh dek mamah usia. anak-anak, dia biarkan mewah berpakaian. tapi balasan seorang anak? terus aku keluar dari kedai baju tu dengan air mata.



p/s ; sayangilah Ibu Bapa anda biarpun seteruk mana mereka. ibu ayah, i love you =')

Sunday, July 10, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?


Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.

Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.



Sumber: http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/gadis-cantik-jamin-kesihatan-yang-baik-untuk-lelaki/#ixzz1Rg16yW9J
www.s2u.my


p/s ; renung2kan =)

DIA pada kita

kadang bila kita punya masalah
sering kita meraung macam tiada penyudah
dendam kesumat membaluti setiap aliran darah dalam tubuh.
tapi sedarkah kita tentang masa dan ruang waktu kita pada Tuhan?
ya pada Tuhan. Allah.
kita abai untuk perkara yang remeh.
kita lalai untuk nikmat dunia yang kita sendiri ciptakan
masalah itu ingatan DIA pada kita
masih ada DIA dalam susah.

"sejenak kita fikirkan MATI"

tanda blog