Friday, December 31, 2010

Azam New Year : Welcome 2011 and Gudbye 2010

Assalamualaikum,..

rasanya semua orang dah mula merasai kehangatan 2011 =) ada yang sambut dekat luar dan tak kurang jugak laa yg lebih suka ngadap tV jer nak sambut new year. mcm aku, aku pilih ngadap lappy jer. on9 24jam. hahaa. itu lagi best (walhal tak dpt sambut dekat luar kan?)

okeyh! bile sampai masa nak bertukar tahun nie, biasalah. suma orang akan buat azam baru. konon2nya wajib buat la kan? hahaha.. hari2 ada azam kan lebih bagus =p mcm aku pun ada azam jugak. untuk 2011 nie aku dah senarai bermacam azam even ada laa jugak azam tahun lepas yang tak terlaksana, so aku bawalah ia ke azam tahun 2011. hehee.

antaranya ialah ;

a) sebagai wanita muslimah, aku harap tahun 2011 nie aku akan lebih menjaga tatasusila aku sebagai orang islam. dari segi penampilan tue, biarlah lagi mengikut kehendak islam sepenuhnya. - berbanding sblm nie ade yg terkurang banyak. itu aku akui.

b) penjagaan solat yang lebih sharp. itu WAJIB!

c) as korang tau, dan pada yang tak tau, aku nie fresh graduate. freshie lagi nih! hope kerja dan segalanya lah berjalan dengan lancar. aku bercadang nak punya kereta sendiri tahun depan. so, aku tak nak ia sekadar angan2. jadi kena berusaha. hope Allah, permudahkan ia. AMIN.

d) macam biasalah. mak bapak aku nak aku continue master. fyi, aku dah continue master 2 bulan b4 this dlm bulan june n july dalam kos 'Medical Social Work' di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM. but...im quit. after quit aku kerja. tp mak bapak aku tak putus2 berharap agar aku smbg master. Insya Allah, bulan Jan yg nak masuk nie, aku akan apply master. tapi tak janji. hahaha (gelak jahat). bukan ape, mls dah nak jumpe balik ape tue. ape eh yg orang selalu panggil tue,.alaa..tesis. ha! TESIS. mls sudah.

e) semestinya aku nak jadi anak yg baik. yang boleh bahagiakan mak ayah dan family.

f) last, agar perhubungan aku dan dia diberkati Allah dan berpanjangan hingga ke syorga. Amin.







p/s : tak da laa banyak nau aku nyer azam n azam yg sama jer tiap2 tahun. cuma keta tu jer baru. =p hepy u'olss..

Update Pasal Bola : Skuad Harimau Malaya

Assalamualaikum,..

untuk pertama kalinya aku rasa aku menulis dengan ucapan salam yang penuh. sepatutnya telah aku mula dari dulu. tapi tak pe. mulakan dari sekarang =) okeyh! mungkin agak kelewatan aku menghapdate pasal bola. tapi dulik ape aku. nak update gak. hee~

1stly aku nak berterima kasih kepada skuad harimau malaya (aummm), kerna telah membuatkan aku cuti pada hari ini dgn jayanya. sehingga aku dapat bangun tido hari ni pukul 133 ptg. (buruknya perangai aku..hahaha). yelaa, mana taknya. kalau time keja opcos laa kul 6pagi aku dah ada dlm toilet sambil tengok air jatuh menitik ke lantai tip!tip!tip!

nak ulas sket pasal bola rabu ari tu. b4 tu aku nak cakap aku tengok bola occayh! masa perlawanan kat M'sia pun i follow tau. semangat tul nak sokong Malaysia =) tapi aku tengok kat umah jelaa. untuk dua2 perlawanan samada kat M'sia or Indon, aku bersorak dengan mak n adik ppuan. laki2 semua keluar tengok kat kedai. kononnya lagi feel laa kata diorg. ceih!!!

jangan cakap laa. aku rasa dah mcm pong2 gurl pun ada. terlompat sana sini depan tV semata-mata nak bg semangat. haih! bila ingat balik. buruk tul prangai time tue. hehee. tp camne pun, wa caya laa sama skuad malaya. memang beraksi cemerlang even tersumbat gak 2 gol tuk Indon. cmne pun, Indon mmg agak taff la mlm rabu lepas. susah jugak nak nyerangnye. seb bek pertahanan Malaysia kuat. tidakk~ haih! susah nak cakap..

pape pun, aku tersangatlah tertarik dengan aksi Fahmi (goalkeeper) yg mmg menjadi penyelamat bagi setiap asakan tendangan pihak lawan ke gawang gol. lu memang semart lah cik Fahmi. wa dah tangkap cintan sama lu. tapi si kerol fahmi ni, dah berpunya. ai notis again *dah berpunya. (tak sedar ke kau pun dah berpunya..hahaa).

lagi sorang. safee jugak terbaik. semart dowh tengok ulangan dia sumbat goal. haih! power2 laa pemain Malaysia. pape pun gud job n usaha dengan lebih lagi di match2 yg akan datang. support u'olls.


khairul fahmi

safee sali



p/s: pape pun, ai tetap kipas susah mati badminton. hehee.. ai support semua game.peacee!

Ok! Saya Lupa

erm, cene ntah leh lupa esok new year??? haih! terukkan saya? hahaa.
nasib baik, cik boyfie saya ingatkan.
esok dah masuk 2011.


p/s: even esok 2011 tp sy kena tggu setahun lagi untuk umo sy 23 =p

Blog Walking - List Blog Feveret

yer, betul tue! tepat sekali. saya mengaku itu. hahaha..
ok2. betul. aku bukanlah seorang blogger yg tegar.
dats mean, im not the one who like to update my story everyday.
b'coz, ke'busy'an yg melanda sejak setahun yg lepas.
yelaa..mana taknya. final year student.
so, aku lebih fokus pada perkara2 yg perlu shja.
lagi pun, final year ari tu, aku just ada satu hari iaitu ari selasa tuk kelas.
lain hari, free sokmo. so, aku pun kerja bg memenuhi masa terluang.
selain boleh tambah duet poket kan??? hehehe..
b4 final year, mmg aku agak tegar dlm dunia blog nie.
rajin jugak laa update blog.
cuma skrg segala berubah. tambah2 lak aku dah keje skrg.
memang tak lah selalunya aku nak update.
balik keje dah kompem2 aku penat.
malam tak da maknanya aku nak tido lewat.
opcos awal. sebab klu lewat tidonya, alamat esok tu liat laa nak bangun. =p

eh, melalut lak. hee~ tujuan sebenar nak mengatakan yg hobi aku di kala sunyi dan lapang.
waktu2 terluang dan rasa free, aku suka menjelajah beberapa blog feveret aku dan juga melawat blog2 baru =) waktu blog walking nie, jgn haraplah aku nak ber'esemes ke, bergayut ke n etc. mmg aku fokus 100% tuk baca or layan blog2 terpilih. antaranya ;

1) ayunayunar.blogspot.com - suke membaca sambil membelek video2 make-up dan style shawl yg baru2. byk info. thanks ayun =)

2) http://carlsamsudin.blogspot.com/ - blog nie plak menarik. aku suke sgt gaya penulisan blogger die. tertarik yu ai nak baca. tp tujuan utama aku ke blog beliau adalah kerana foto2 serta projek2 fotografi beliau yg sgt menarik. mmg minat sgtlah.

3) http://syabany.blogspot.com/ - blog cik adek yg cantek nie pun aku suka gak. suke update kisah2 hidup serta cintan-cintun beliau =)

stakat nie, hanya mereka shja yg aku nak share pasal tabiat aku yg suka berblog-walking nie =) after this aku wat entri pasal blog2 anak se-geng yg best dan kelebihan mereka2 ini =)


p/s : sejak semalam kegilaan aku pada blog awek Khairul Fahmi (goalkeeper Malaysia) hee~ check-it-out http://jejariruncing.blogspot.com/. elia nama awek fahmi nie. sgt teruja dan suka dgn kisah cintan mereka. weee~

Thursday, December 30, 2010

Gigi Bongsu Lagi!

haih! mengeluh setiap bulan. itu pasti.
mana taknya, gigi bongsu saya buat hal lagi.
kali nie sebelah kanan pulak. b4 this sblh kiri.
sakit tu bukan kepalang.
b4 this dah jumpa doc masa study kat UKM.
ingat nak cabut jer dua2 gigi bongsu nih.
tapi waktu jumpe doc tu, gigi saya saket malah m'bengkak.
doc nasihat minggu depan dtg balik.
tapi tak de maknanya nak dtg balik.
mana taknya, kwn2 semua takutkan pasal cabut gigi bongsu tue.
terus cancel dan tanggunglah akibatnya setiap bulan. =p
gigi bongsu nie doc ckp mmg xleh tumbuh coz xda space tuk die tumbuh.
gigi atas akan halang die. so klu tumbuh pun buat saket segala lah bagi saya.
so, better cabut jer kan??
tengoklah dulu. later laa pikir. cari pital kerajaan laa nak cabut.
murah dan jimat. hahahaa
pikir nak bajet jer =p



p/s: mood masih pada skuad bola Malaysia =) yeppie...

Monday, December 27, 2010

Penat Beb!

tersangatlah penat untuk hari nie.
biasalah permulaan minggu,
yang pasti sangatlah menjadi ketidaksukaan orang ramai.
termasuk aku =p
kalau tak keja tak de hal beb! mslh keja.
tu yang menjadi hal. tapi abaikan kejap penat dan letih segala.
nama pun keja. keja tu pun rezeki.
jadi kenalah bersyukur.
kalau nak dikira penat, tido pun penat jugak.
penat apa? penat mimpi..heee~
semoga esok dan seterusnya punya harapan yg cerah buat aku.
semoga aku kaya dengan pengalaman.



p/s: senyum =) tak perlu kata apa-apa.

Sunday, December 26, 2010

Petua Oh! Petua

satu masa dulu, aku punya impian nak cantek. ada kulit halus mulus. putih. gebu dan sbgainyalah. macam2 produk aku cuba. pantang ada iklan pasal kecantikkan sket, mesti aku nak try. haih! huduh bebenor prangai =p biasalah. orang tak cantikkan. bila tengok orang cantik sket, mula rasa rendah diri. then "nape laa aku xcantek mcm die?"...

itu dulu laa. masa zaman2 remaja yg kurang matang (skrg pun tak matang sangat tp dalam proses) =) skrg aku bukan lagi seorang perempuan yg obses dengan kecantikkan. cuma belajar bersederhana untuk cantik. apa yang ada, itu yg disyukuri. tp dalam masa yg sama tetap menjaga yang mana perlu. tak kan pula nak selekeh kan???

skrg di rumah, sebelum mandi pagi dan petang aku akan cuci muka nie dengan beras pulut terlebih dahulu. beras pulut tu aku blender sampai hancur. sampai beras tu jadi halus sehalus2nya. kemudian masa nak cuci muka tu aku campurkan dgn sedikit air (sedikit sahaja). pastu gosoklah mcm biasa kita cuci muka tu. biasanya aku buat waktu pagi dan petang. 2x sehari.

beras pulut tu juga aku guna untuk gosok pada keseluruhan badan. 3x seminggu patutnya. tp aku buat hari2. =) lepas tu baru aku akan guna shower gel macam biasa. untuk muka pun macam tu juga. after dah cuci dgn beras pulut barulah aku akan cuci semula dgn pencuci muka. tp selalunya aku akan cuci dengan beras pulut semata. cuma ada waktu tertentu aku akan sertakan dgn pencuci muka =)



selamat mencuba =)



p/s: nnti aku bagi lagi lain petua yg aku amal =)

Bual Malam

malam kian melabuh tirainya
dan aku masih belum tidur.
biasanya hari biasa aku akan tidur dgn awalnya
untuk mengelak aku bangun lewat keesokkannya.
biasalah! kerje kan.
tapi esok ahad. so tak yah nak awal sgt lah tidur tu kan? hee~
biasanya sebelum tidur aku akan check dulu emel dan fb =)
dah jadi macam rutin plak.
tp tabiat ni hanya diamalkan jika di rumah.
misalnya, aku ke kL ke or oliday
perkara2 seperti tadi tidak akan dibuat =p
tu saje kot nak tulis.
daa~



p/s ; mood bukan nak tulis sgt pun.

Tuesday, December 21, 2010

T.A.G From Najwa =)

saya jawab ya najwa =)


+ Apakah status anda? +

  • seorang anak kepada ibu dan ayah
  • seorang kakak kepada dua orang adik
  • seorang adik kepada seorang abang
  • seorang penganggur untuk hari ini
  • seorang pekerja untuk esok =p
  • seorang kekasih kepada Mohd. Fais =)


+ Ceritakan tentang diri anda +

simple. segalanya simple. mudah mesra. menghormati. kurang gemar bercerita hal2 peribadi termasuk masalah diri pada orang lain. unexpected =)


+ Ceritakan tentang blog anda +

hanya sebuah catatan diari on9.


+ Pandangan anda tentang dunia blog +

salah satu jaringan sosial selain fb, fs, ms dan selainnya untuk kita make frens selain dpt melontarkan idea, luahan, pendapat ataupun apa saja dalam bentuk penulisan. baik jika kita pandai menggunakan blog pada medium yg betul. kurang baik jika sebaliknya.


+ Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog +

blog lah anda pada tempatnya =)


+ Nyatakan keunikan blog anda +

unik ke? hehehe


+ Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apa impian anda dalam dunia blog +

sampai bila tu tak pasti. tapi selagi ada kederat la kan..=p impian? tak terlintas lagi..(^_^)



Sembuh


Alhamdulillah. Hari ni dah sihat sepenuhnya.
Dapat laa senyum sket. Tidak berkerut jer wajah nie.
Macam ayam berak kapur. hik3.
Thanks kepada mereka2 yg memberi tips2 berguna untuk sembuh.
Alhamdulillah jugak pada-Nya, kerana memberi keizinan tuk sembuh.


p/s : Senyum =)

Sunday, December 19, 2010

Tak Seindah Biasa

*mimpi yg aku rasa tidak cukup indah semalam


macam ada benda menendang2 perut.
terus aku bangun berlari ke bilik air.
sekawah. amik kau! aku muntah.
perit dan pedih jangan cakap.
Tuhan saja tahu.
masuk bilik, aku tengok jam tunjuk 430am.
pukul brapa aku bangun muntah tadi?
4am mungkin.
belum pun seminit aku berbaring, rasa lagi.
kali ni dah tak boleh tahan. terus lari ke sinki.
nak ke bilik air dah rasa macam jauh sgt jer.
hal ni berlarutan smpai 730am. non-stop.
sekelumit pun dah tak boleh lelap.
lemah badan masa tu hanya Tuhan saja yang tau.
730am aku tengok jam. rasa nak berbaring.
tapi tak boleh. badan rasa sakit. jadi aku amik lgkh rest kat hall.
alang2 aku on9 sekejap. sementara tggu mak aku balik aerobik.
rest jap laa then nnti mandi.



p/s: Aku hanya berlindung di bawah kalimah LAILAHAILLALLAH. moga segala baik2 aja =)

Saturday, December 18, 2010

Shaheizy Sam

hepy saturday bloggers =)
hari nie aku bangun dengan senyuman lebar diwajah.
bangun pagi terus capai nfon n text Dila. one of mybestie masa setadi kat UKM.

"Dilaaaaaaa,..aku mimpi samm.akhirnya :)"

Dila ni pun minat Shaheizy Sam. dats y laa aku mesej die pas bangun n sedar dari khayalan nie. hik3.
tapi Sam yg muncul semalam wajah dalam citer ngangkung tu. orang nak wajah Adnan Sempit ke, Asmara ke. kan setail laa sket. (nak yg nsem jer kan?). adeh!
tak kesah laa. janji yg muncul tu Sam. sukanyaa.

suka, suka jugak. zohor kau belum buat lagi.
-OUT-


p/s: Shaheizy Sam =)

Thursday, December 16, 2010

Kaki Bukit Broga

last day b4 aku balik penang,
kitorang sempat ke kaki bukit broga.
nak memanjat dah tak sempat.
dengan memasingnya melaram.
nak panjat bukit ape nya.
but next time, i'll be make sure,
yg aku akan teroka broga hill =)

klip-klap photoshoot
mari....


*nice =)












by,

Majlis Kahwin Ayue+Ehsan

lagi post pasal majlis bahgia nie.
11.12.2010 juga, majlisnya ayue.
die selamat bergelar isteri kepada suaminya ehsan.
Alhamdulillah, kahwin jugak sorang kawan aku.
ayue nie jugak merupakan ex-rumet aku masa kat UKM.
pape pun, harap kekal hingga ke syorga jugak la ea.

biar gambar bercerita =)






*inilah kami2 ea =)



p/s: tumpang bahgia =)

Majlis Pertunangan Ien

lagi entri tuk malam nie. haih!
tue laa. byk benda jadi.
byk laa kena hapdatenye..ehek~

11.12.2010 yg lepas,
one of mygurls dah selamat bertunang.
menurut beliau, ikatan tunang beliau selama 1 tahun.
ada rezeki Insya Allah, ien akan mendirikan rumah tangga
bulan 12 tahun hadapan.
doa2 kan ea mereka kekal hingga ke syorga hendaknya

*layan gambar jomm (^_^)





p/s; masing2 dah bertunang =)

M.I.N.E.S

malam korang semua.
nie satu lagi peristiwa yg aku lalui masa kat kL.
nonton ngangkung ngn mygurls kat mines.
nak nonton kat Alamanda xda lak ditayangnya.
terpaksa laa menyerang mines malam tu.
layan gambar jelaa eh =)

*ngn dila bergaya depan keta mr.bean

*ngan suhaila pula =)

*mygegurls


p/s: itu saje =)

Wednesday, December 15, 2010

:: T.A.S.I.K. ::

haih! bersawang sudah blog nie.
haiyya, ini tuan punya blog lama tinggal ke ape?
hehehe...

last week, aku g cuti2 Malaysia kat kL.
besh2! dapat jumpa mylevly frens.
mls nak tulis pnjg2.
layan gambar jelaa (^_^)

*kami yang kegirangan sebab dapat m'nikmati eskrem =)

*aku bersama ajik n dila (^_^)

*nice =)

*love-it

*natural



and the last one, really2 love this pic




p/s: mish this moment =")


by,

Monday, December 6, 2010

Hukum Sendiri

aku rasa dah berpuluh kali aku tulis pasal entri macam nie. aku tak pernah puas dan akan sentiasa menekankan hal ni. manusia kat luar sana selalu menghukum orang dgn hukuman sendiri. mengandai orang dari pandangan luaran berbanding dalaman. aku pun tak terlepas dari sikap2 yang macam ni tp sentiasa cuba berubah.

siapa pun boleh berubah beb! kau jahat? hari ni mungkin kau jahat, tapi kuasa Tuhan. siapa tau. mungkin dengan maal hijrah ni yang jahat boleh berubah baik. sekarang kau rasa kau baik? bangga? dengan sombong dan bongkak kau tu, kau pun bisa kecundang dan mungkin lagi teruk dari orang yang kau pikir dia jahat.

pada aku, menegur dan merubah orang ada gayanya. H.M Tuah sendiri cakap, kelembutan adalah jalan terbaik bagi setiap masalah. Allah tu paling Cintakan kelembutan. berkawanlah syg. kenal hati budi. ada rasa tak kena, kau tegur sahabat kau. cakap dengan elok.

dalam Islam pun ada adab nak menegur. puji dulu then baru kau tegur. dah kalau kau hentam kutuk keji dia, kau rasa dia nak berubah tak? sampai bila pun die susah nak terima. cuba kau berkawan dan jadi paling memahami, rapat dengan dia. kau cakap apa pun, even susah dia nak terima, lambat laun dia pikirkan jugak ape kau cakap. paham???

kau ada agama. kau tahu agama. kalau kau guna pengetahuan kau dengan cara yang betul, Insya Allah semua selamat. masalah sekarang, semua orang nak berlagak ada ilmu. tegur pun bukan nak tegur sangat. sekadar nak mention aku tak jahil and aku ada pendidikan ok!

kadang-kala kita emosi tak ingat. kita nak tegakkan pendirian kita. tak nak terima pandangan orang. kita sibuk tegur orang sana-sini. bila silap kita orang tegur, aduh! payahnya nak terima. manusia2. sekali lagi aku ingatkan diri aku yang kadang kala serupa saja dengan apa aku cakap.

kita nak lihat baik buruk orang bukan di ukur pada pakaian. Allah sendiri dah kata, dia tak tengok Iman seseorang tu pada pakaiannya. jadi, sape lah kita2 ni nak menghukum orang tu jahat or baik? dari kita hukum orang, baik kita hukum diri kita sendiri yang banyak lagi benda nak diperbaiki.

tegur menegurlah kamu sesama saudara Islam. tapi ingat! menegur tu ada adab. Kelembutan jalan paling terbaik dalam menegur. kekasaran hanya pilihan terakhir.



p/s : bahasa terbaik untuk kamu2 yang punya hukum sendiri.



by,

Jerejak Island

pegi Pulau Jerejak weih! jakun sket.
berkurun dah kot stay penang,
baru 1st tyme g pulau jerejak.
best la jugak.
lepas nie hari2 laa aku g pulau jerejak
jadi orang pulau laa aku =)


p/s ; esok nak keluar ngan pinie lak. g pearl of island =)

Sunday, December 5, 2010

Anak Jiran Hilang

baru beberapa minit lepas.
datang jiran aku teresak2 menangis.
mengadu anaknya yang berumur 12 tahun tak pulang hingga sekarang.
keluar dari jam 4 ptg.
ada beberapa org nampak anaknya naik sebuah kereta
disamping ada perempuan berambut merah.
laporan polis dah dibuat.
moga semuanya selamat.
berdoa ya semua selamat.
berharap.


p/s : baca yassin dan solat hajat. semoga semua baik2.


by,

Kean Keat dan Boon Heong (Bergu Badminton Malaysia)

tadi selak surat khabar.
sampai bahagian sukan terbaca pasal kean keat ngan boon heong.
pemain bergu badminton malaysia.
diorang kalah lagi ngan pemain bergu dari korea.
haih! keciwa.
tapi nie bukan motif utama aku nak tulis blog.
semalam aku mimpi kean keat ngan boon heong.
keseluruhan mimpi pasal dorang.
tapi sampai waktu tadi aku tak pasti isi pati mimpi aku.
sampailah aku baca surat khabar dan
aku yakin dah terjawab.
sekarang dah terjawab.
pasti. dah terjawab.


p/s ; 1st time aku mimpi dorang. hee~



by,

Saturday, December 4, 2010

Cantik

manusia secara normalnya sering mahukan sesuatu yang cantik.
dan mereka juga berusaha untuk cantik.
tetapi tahukah anda,
orang yang cantik tidak pernah merasa puas
dan masih berusaha untuk lebih cantik.



p/s : syukur apa yang ada =)



by,

Friday, December 3, 2010

Kahwin Awal

banyak pendapat serta pandangan yang orang bagi. ada yang suka dan tak kurang hebatnya juga dengan yang tak suka. sebelum ni juga aku sependapat dengan mereka yang kurang suka dengan kahwin awal.

namun, sedar atau tidak sebenarnya masyarakat kita lebih terpengaruh kepada stigma ataupun tanggapan masyarakat berbanding melihat dari perspektif agama itu sendiri. kalau kita kaji balik, Islam tidak ada mengatakan 'tidak boleh' berkahwin awal. tetapi Islam itu sendiri lebih menekan kepada kemampuan dan tahap mana seseorang itu untuk berkahwin.

misalnya, persoalan2 sebegini yang keluar daripada masyarakat kita yang kian urban skrg,

" kerja laa dulu, kumpul harta"
"bagi laa mak ayah family semua rasa duit kita dulu"
"kalau aku kan, aku nak njoy dulu. esok kahwin susah"

jika anda merasakan anda mampu dan perkahwinan itu dapat menyelamatkan anda daripada melakukan dosa zina dan seumpamanya, apa salahnya jika ia disegerakan.

pada aku sekarang, tidak ada baik mahupun buruknya berkahwin awal atau tidak selagi kita berpandukan pada agama itu sendiri. niat pun haruslah betul. bukan berkahwin atas dasar keseronokkan semata. jika baik niat kita, maka baik lah keseluruhannya. apa-apa pun berpandu pada jalan Allah semata =)



p/s ; aku nak kahwin umo 27. agaknya awal ke lambat?



by,

Design Baju

dah asyik sangat dengan design baju yang sama.
bosan sungguh.
jadi malam nie aku dengan penuh karya men'design baju sendiri =p


p/s ; xsabar nak pakai =p


by,

D'Masiv - Rindu Setengah Mati (Official Video Clip)


Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah
mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…



special dedicated to mylev2 =)

Baju

sekali lagi, bermula.
isnin ni nak pakai baju apa ya?
rabu juga. apa ya?


p/s; mood mencari rezeki =)


by,

Wednesday, December 1, 2010

22 Tahun Sudah =)


Ishk3,... tahun 2010 dah nak melabuhkan tirai pun, aku baru nak masuk 22 tahun.
pape pun, sempena umo aku yg ke-22 tahun nie,
aku harap sikap, perwatakan aku lebih matang.
tak de pe dah nak tulis.
ok daa =)


p/s : lots of love from me =)


by,

Tuesday, November 30, 2010

Sayang Amat

lesu aku. mati aku. buntu.
yang aku nak kau tahu,
aku sayang kau amat.
sangat.



p/s : setiap satu dugaan biarlah aku punya kekuatan. Amin.

Sunday, November 28, 2010

Itu Saya

saya tak punya apa untuk di kongsi
kisah saya ribuannya adalah sedih
tapi bisa senyum untuk tiap satunya
kerna percaya ada Tuhan dengan setiap yang berlaku
bila senang saya ingat susah
dan bila susah, saya pasti ada senang di hadapan

kisah saya duka lebih dari suka
tapi saya buat yang duka berubah jadi suka
hidup tiap satunya untuk dinikmati
bukan biarkan perasaan itu mati

bila sedih saya sembunyi
bila suka saya tunjukkan
itu adalah saya

saya tak punya apa
kosong semata
itu saya

saya suka hidup saya
saya nikmati ia sebelum tamat
saya manusia
esok, lusa tulat
eh, mungkin sekarang!
Tuan saya jemput saya pulang
jadi saya mahu nikmati ia penuh kesyukuran
tak kira lah siapa saya
itu saya



p/s : ya! itu saya =)


by,
senyum untuk setiap satunya.
jadi kita senyum =)

Satu Perasaan Rindu

malam nie rasa rindu sangat pada Tuhan,
sangat!
sayu nya hati.
Ya Allah, sejujurnya aku rindu dirimu saat aku menulis di sini.
terlalu.



p/s : perasaan nie selalu jadi tiba2. satu perasaan yg sukar nak terang mcm mana. satu saat die datang dgn perasaan rindu teramat. terlalu. tersangat. hanya pada Mu Ya Rabbi.



Thursday, November 25, 2010

Lisa Surihani

hye u'ollss,
sini ada gambar lisa.
comelkan die? segalalah.
aku kipas susah mati lisa

*Lisa Surihani



p/s ; mak aku pun diehardfan die tau. =)


by,

Matang

conference! =) kesukaan aku dila dan haazik. kami mmg kuat bergossip. tapi kat YM jer. al-maklum, memasing dah terpisah.

sehari lepas masa chatting, kami ada bincang pasal matang. yep! Matang.
memasing bagi pendapat tentang konsep dan maksud matang. bagi aku matang tu,...

'...matang punya definisi sendiri bg setiap orang. ia subjektif dan terlalu subjektif. matang punya proses tersendiri. setiap manusia melalui proses untuk matang. tak da satu pun manusia yang dengan sendiri menjadi matang tanpa melalui apa2 proses hidup.

kita selalu dengar orang akan bercakap "kau nie xmatanglah". sedar atau tidak setiap manusia mempunyai tahap kematangan tersendiri.

ada beberapa perkara yang kita mungkin dilihat sebagai seorang yang matang dan ada seperkara kita dilihat sebagai tidak matang. kita xkan matang keseluruhannya kerna manusia tidak sempurna dan akan selalu mencari dan mencuba untuk mencapai kesempurnaan.


p/s ; aku matang tak???


by,

all my life, i pray for someone like you



p/s ; ILY


by,

Wednesday, November 24, 2010

The Best Way

bersabar adalah jalan yang terbaik.
mengalah adalah penyelesaian yg bijak.


p/s : sabar ya daia! senyum. Tuhan kan ada.


by,

='(

i'm crying tonite

thanks.


by,

tanda blog