Tuesday, November 30, 2010

Sayang Amat

lesu aku. mati aku. buntu.
yang aku nak kau tahu,
aku sayang kau amat.
sangat.



p/s : setiap satu dugaan biarlah aku punya kekuatan. Amin.

Sunday, November 28, 2010

Itu Saya

saya tak punya apa untuk di kongsi
kisah saya ribuannya adalah sedih
tapi bisa senyum untuk tiap satunya
kerna percaya ada Tuhan dengan setiap yang berlaku
bila senang saya ingat susah
dan bila susah, saya pasti ada senang di hadapan

kisah saya duka lebih dari suka
tapi saya buat yang duka berubah jadi suka
hidup tiap satunya untuk dinikmati
bukan biarkan perasaan itu mati

bila sedih saya sembunyi
bila suka saya tunjukkan
itu adalah saya

saya tak punya apa
kosong semata
itu saya

saya suka hidup saya
saya nikmati ia sebelum tamat
saya manusia
esok, lusa tulat
eh, mungkin sekarang!
Tuan saya jemput saya pulang
jadi saya mahu nikmati ia penuh kesyukuran
tak kira lah siapa saya
itu saya



p/s : ya! itu saya =)


by,
senyum untuk setiap satunya.
jadi kita senyum =)

Satu Perasaan Rindu

malam nie rasa rindu sangat pada Tuhan,
sangat!
sayu nya hati.
Ya Allah, sejujurnya aku rindu dirimu saat aku menulis di sini.
terlalu.



p/s : perasaan nie selalu jadi tiba2. satu perasaan yg sukar nak terang mcm mana. satu saat die datang dgn perasaan rindu teramat. terlalu. tersangat. hanya pada Mu Ya Rabbi.



Thursday, November 25, 2010

Lisa Surihani

hye u'ollss,
sini ada gambar lisa.
comelkan die? segalalah.
aku kipas susah mati lisa

*Lisa Surihani



p/s ; mak aku pun diehardfan die tau. =)


by,

Matang

conference! =) kesukaan aku dila dan haazik. kami mmg kuat bergossip. tapi kat YM jer. al-maklum, memasing dah terpisah.

sehari lepas masa chatting, kami ada bincang pasal matang. yep! Matang.
memasing bagi pendapat tentang konsep dan maksud matang. bagi aku matang tu,...

'...matang punya definisi sendiri bg setiap orang. ia subjektif dan terlalu subjektif. matang punya proses tersendiri. setiap manusia melalui proses untuk matang. tak da satu pun manusia yang dengan sendiri menjadi matang tanpa melalui apa2 proses hidup.

kita selalu dengar orang akan bercakap "kau nie xmatanglah". sedar atau tidak setiap manusia mempunyai tahap kematangan tersendiri.

ada beberapa perkara yang kita mungkin dilihat sebagai seorang yang matang dan ada seperkara kita dilihat sebagai tidak matang. kita xkan matang keseluruhannya kerna manusia tidak sempurna dan akan selalu mencari dan mencuba untuk mencapai kesempurnaan.


p/s ; aku matang tak???


by,

all my life, i pray for someone like you



p/s ; ILY


by,

Wednesday, November 24, 2010

The Best Way

bersabar adalah jalan yang terbaik.
mengalah adalah penyelesaian yg bijak.


p/s : sabar ya daia! senyum. Tuhan kan ada.


by,

='(

i'm crying tonite

thanks.


by,

Tuesday, November 23, 2010

Zero

kosong.
bosan.
tido.


by,

Hepy Bestday Pinie

today is mybestie bestday
MUNA SHAFINI

hepy bestday sayang
wish u lots of luck

semoga perjalanan master anda berjalan dgn lancar
dan berbahgia dgn mereka2 dlm hidup anda =)




p/s : one of mybestfren =)

by,

Monday, November 15, 2010

dislike this feeling

saya rasa lain macam
xsedap hati
something happen??
something wrong??

p/s: sentiasa berjaga2...



by,

Monday, November 8, 2010

Berdoa

Ya Allah,
di setiap pengucapan aku
aku sertai dengan kalimah indah dari Mu

Ya Tuhan,
aku mohon, kau lembutkanlah hati mereka
agar mereka melihat aku dengan kelembutan
agar mereka melihat aku dengan kesyahduan
biar wajah ku ini sejuk bagi mereka untuk di tatap

Ya Rabbi,
aku mohon lagi
agar Kau tuhan segenap alam,
memberikan aku akal yang cergas
minda yang waras
hasilkanlah dari minda ku ini
idea-idea yang bernas
ligatkanlah otak ku berfikir untuk segenap soalan
lancarkanlah pertuturanku
berikanlah aku keyakinan Ya Allah

Ya Allah,
lembutkanlah hati mereka Ya Allah
untuk mengambil ku
murahkanlah hati mereka untuk menerima ku
dengan kuasa Mu Ya Tuhan
aku bermohon
berikanlah rezeki ini padaku

AMIN


by,

Thursday, November 4, 2010

Aku Masa Dulu. (buat aku senyum)

sedar tak sedar, aku sekarang dah 22 tahun. tahun depan dah 23. haih! cepat tul lah masa berlalu. bila aku tengok balik aku sekarang, boleh buat aku senyum lebar sampai telinga.
sapa sangka budak yang selekeh, sememeh dan se.. segalalah, dah besar panjang. dulu kalau masa kecik, bila keluar main sampai tak ingat nak balik. bila balik dah lekat satu rotan belakang badan. muka hitam. perangai macam jantan.

ingat lagi bila ayah aku accident. masa tu baru mula cuti akhir persekolahan. abang, adik ngan aku mak hantar tinggal ngan tok n tok wan kat kampung. 3 beradik ni, bukan nak dgr ckp tok n tok wan. sakan betullah. ingat lagi bila waktu hujan. sepupu bagi isyarat suh keluar umah nak main ujan. tapi tok dah stanby dekat pintu umah dgn kayu. adeh! mcm mane laa nak keluar? bila tok leka sket abg ngn adik lari pecut rentas pintu. aku yang last lari. piapppp! sempat jugak kena libas kat betis. terus lari. sempat gak laa dgr suara tok terpekik pggil masuk balik. tapi kami adik beradik, dah terkekek-kekek suka. seronok laa katakan. dapat main hujan sampai ke bukit mana ntah kami pergi main. semua laki n aku sorang jer ppuan masa tu. tapi apa aku heran? janji seronok. =)

dulu masa skolah rendah. aku bukan golongan pelajar pandai. tapi tak tau nape bila pereksa, mesti top 10. hahaha. banggakah? aku pun tak paham ape aku buat kat kertas exam tu sampai berjaya jugaklah nak top 10. agaknya aku takutkan ayah aku kot. pantang betul kalau report card aku tu ada corot sikit. mesti kena marah teruk.

masa skolah rendah, kite kan ada waktu ko-k sblh petang klu kelas kite sblh pagi. kdg2 ko-k aku tu batal. tapi aku tak cakap kat ayah kata batal. aku cakap ada. senang sket aku nak planning smthng ngan membe. ape lagi? merayau laa. tapi seingat aku, even aku nakal pun, tak da laa sampai nak buat bende bukan2. just, seronok2.
pernah aku datang lewat tusyen. aku tak berani masuk klas, aku lari menyorok dalam toilet. sampai abes waktu. then, aku selamba balik umah kata kat mak, kelas dah abes. yey! hahaha..

abes darjah enam, keputusan UPSR aku cemerlang. tapi seingat aku, trial aku satu A pun tak da. setiap subjek ade wakil dari huruf B,C,D.. rezeki kan. =) lepas darjah 6, aku dapat offer dari kerajaan negeri tuk masuk skolah berasrama. aku seorang jer wakil dari sekolah rendah aku dapat masuk situ. tak da kawan. memang sedih jangan cakap. ALONE.

bila masuk asrama lah, aku jumpe ANAK SEGENG. =) nakal jangan cakap. boleh list kot kitorang punya kegiatan. fly dari asrama, tiru tanda tangan warden, lari dari surau, bawa barang haram (brg yg dilarang ke asrama) mcm2 lagi laa.

pernah satu kes aku kantoi. dalam banyak2 kes aku create kat skolah tu, yang ni plak kantoi. mau kena panggil depan semua student. siap kena rotan. nasib baik tak mak ayah aku cikgu panggil. alah, tiru tanda tangan jer pun. tu pun nak kecoh! seb baik satu jer kantoi. yang lain kalau kena panggil dgn cikgu, sampai mati pun aku tak ngaku aku buat even memang aku buat pun. last2 lepaslah. gila jahat! geng2 pengawas jangan cakap. memang anti kot ngan group kitorg. tapi konsep dia senang jer. ko tak kacau aku, aku pun tak kacau ko.

bile kenang sekarang, memang buat aku senyum abeslah. dulu jer. masa zaman budak2. nakal2 pun, masih ingat halal haram, takut dengan Tuhan. sekarang, ANAK SEGENG pun masing2 dah masuk universiti.

  • Nisha ngan Para sekarang, kat UIA. buat kos english. lagi satu sem dah nak abes. pasnie, tengok diorang keje plak =)
  • Pinie, sekarang sambung MASTER dalam bidang ekonomi. tahun 2012 abes la master die kalau tak da benda yang halang. moga2 dapatlah dia tamat ikut masa yg ditetapkan =)
  • Yana plak, sekarang kat Sabah. buat MEDIC. 2012 baru dia abes blaja. tak lama lagi Doktor laa sorang kawan aku. dulu yana dapat offer buat medic jugak dekat indon, tapi die tolak. last2 dapat offer dlm msia pun, dia kena seberang laut. hee =p
  • Kay-k skrg kat Insaniah. buat degree dalam Akaun. Moga perjalanan belajar dia lancar.
  • Aku? aku skrg dah abes degree. baru jer konvo bulan 8 ari tu. doa jugak life aku lepas ni lancar semuanya.

p/s: minggu depan ada something yang aku berharap aku dapat. BERDOA =)




by,

Hati Mereka Pada Dia

masa aku jumpa pensyarah tercomel bagi kos aku, Dr. Lukman,
ada satu ayatnya yang buat aku berfikir sampai sekarang.

" Hati mereka pada DIA. Jadi, mohonlah pada DIA "



p/s: memang susah hendak diduga hati manusia. tapi klu kita minta pada Dia, apa yang di hajat pada manusia pasti dapat =)



by,

Indahnya Ciptaan Tuhan

saat mata aku tertancap pada seorang lelaki nie, terus mulut aku berkata
"indahnya ciptaan Tuhan"

aduh! masa aku lepas jumpe lecturer aku di UKM, aku terus gerak balik.
nak cepat. sebab nak kejar bas balik penang. dalam bas komuter UKM, tiba2...
naik sorang lelaki nie. jangan cakap laa iman dan naluri aku sbgai perempuan. =p
sebelum nie, bukan tak pernah aku jumpa laki2 yang smart, nsem, bergaya..segalalah.
tapi nie 1st time, aku memang terpegun buat beberapa minit.

muka manis.
mata redup.
sejuk mata memandang.
ada janggut sikit. rapi.
smart.
nsem jgn cakap.
style.

masa nak turun bas skali. tapi bila tunggu tren, die side ke seremban. aku side ke rawang.
tengok jelaa. sopan betullah.
bila aku tengok dia lagi, dia dah berbual dengan seorang perempuan.
perempuan tu manis. berpakaian muslimah dan berseluar slack. berstokin.
nmpk mcm dah rancak perbualan.
dalam hati aku "untung perempuan tu".
sambil aku senyum pandang pada tempat lain =)



p/s: jaranglah laki style giler nak tegur ppuan sopan abes. ada ke? ada jer.




by,

tanda blog