Wednesday, July 28, 2010

apsal aku rasa berbelah bahagi nie????

Friday, July 23, 2010

:: ukm ::

aku di UKM.
sedang asyik layan pesbuk
ada dalam bilik pensyarah
tadi lepaking dgn dia
tapi sekarang dia dah balik
tinggal bilik ini untuk aku rehat seketika
dan aku nak ucap
terima kasih tuhan :)



p/s: isnin nie interview. doa yg terbaek untuk ai :)

:: nikmat itu seketika ::

manusia itu semuanya cantik dan tiada yang hodoh
kadangnya ada yang lebih dan ada yang kurang

korang pernah rasa bagaimana nikmat kesempurnaan itu hilang??
aku pernah rasa sebahagiannya.
pernah dengar binatang bernama cali??
binatang yang kecil
seperti kala jengking
ada ekor yg tajam
sgt kecil
boleh kuarkan bisa yang pedih
sekali kena pada kulit
bisa melecur

aku pernah rasa
asid tu disimbah pada muka
habis!!
muka aku seperti orang melecur
dari dahi sampai dagu
melecur
masa tu di matrik
dan baru aku tahu bagaimana
kayaknya jadi mereka yang selalu dipandang jelek
diejek-ejek
hurmm. aku pernah merasa
dan aku bersyukur kerna tuhan beri aku kesempatan untuk rasa
kerna aku akan belajar bersyukur
dan memandang manusia itu sama
kita sama kerna kita juga dari tuhan yang sama.

Thursday, July 22, 2010

Demam kL.. LoL!

demam aku malam nie makin menyinga
mata dah kuyu menahan pedih
hidung lak tak boleh bernafas
sesak sesak
dan untuk itu

Selamat Malam semua :)


p/s: minta pada tuhan agar cepat sembuh. Amin (^_^)

:: kL ::

kalau aku diberi pilihan sama ada mahu kL @ tidak?
sumpah jawapan aku pasti TIDAK!
aku tak mahu kembali ke situ.
dan untuk esok
aku berat mahu pergi
atas sebab tertentu
aku masih mahu pergi
dan sumpah
ia bukan tempat aku
dan jawapan aku masih lagi tak mahu
tapi tak mahu itu yang buat
aku harus pergi


p/s: malas dowh nak jejak kaki sana. aku pinta jodoh aku bukan dari mereka yg tinggal di sana. Amennnn~

Wednesday, July 21, 2010

:: Dulu-dulu jer :) ::

Dan malam itu tepat jam 12 malam,
hujan mula turun renyai-renyai
Angin juga boleh rasa adanya
Aku berdiri ditengah2 padang
Baju mula basah
“lama lagi ke aku kena berdiri ni?” – monolog dlm diri
Bertahan! Bertahan!
Ada suara “dah! Kamu boleh naik tido sekarang”...
Yeahhhhhhh!

Situasi di atas dimana aku kena denda atas sebab tak nak ikut peraturan asrama. Aku kena ngn tiga lagi sahabat senakal. Warden ada letak syarat kalau tak nak kena denda. Dengan syarat kitorang ngaku salah. Diam!!!! Sape pun tak ngaku. Jadi berjemurlah aku ala-ala cam ada kat tepi pandai. Waaahhh!

p/s: setiap kenangan itu, walaupun pahit, ia tetap manis untuk aku :)

:: Ada apa dgn gotong-royong?? ::

Dulu aku skolah asrama. Kalau dah nama pun asrama, ape lagi. Mesti biasa ngan gotong royong every weekend kan? Tapi kalau bab rotong royong batal ahad tu, aku diantara mereka yang akan bergumbira diatas katil. Pa lagi? Tido laa weih. Buat lak pagi tu ada qiamulail. Tido tak hengat dunia dowh. Dalam banyak2 peristiwa gotong-royong, ada beberapa peristiwa yang selalu buat aku senyum klu teringat.

1st, aku kena kejar ngan warden gara2 nasi lemak. Yepp! Nasi lemak. Boleh la plak dia buat peraturan, ‘sape nak makan nasi lemak, sila makan dekat bilik PREP’. Alasan tak nak dorm kotor. Malas aku nak ikut. Aku selinap naik tangga hujung sambil bawa nasi lemak yang aku beli kat Cikgu Aishah. Sekali warden nampak aku selinap tangga hujung. Siap announce nama aku kat mic suruh aku turun. Pe lagi, aku cabut laaa. Boleh lak dia kejar aku. Mana nak dapat tangkap. Aku muda, dia lak dah berusia. Cewahh! Ayat. :P kejadian berlaku selepas gotong royong. Heee

2nd, betis kaki aku kena pukul ngan batang kayu. Juga warden yang sama. Amboii cikgu, balas dendam ka?? :p masa kejadian sebelum gotong royong. Ahad weih, ahad! Ahad selalu kita buat ape?? Kompem2 laa tido klu aku. B4 kena rotan tu membe aku dah tolong kejutkan aku bangun tido. Ada laa lebih kurang 5 kali kot dia kejut. Yang aku jawab, “sat, sat. 5 minit”. Sekali ada orang cuit belakang badan. Aku tepis sambil berkata pada orang itu “kan aku dah cakap. Jap g aku bangun laa”. Belum sempat beberapa detik dari aku cakap kepada insan tadi, ‘piappppppppp’. Ya Allah! Bende alah ape yang sentuh betis aku dengan dahsyatnya. Sekali aku bangun. Alih2, warden baek punya tengok aku. Mulut dia yang dah macam bertih jagung tu mula dah bebel kat aku. Second round dia nak ‘piaap’ aku ngan batang kayu, aku lompat katil dowh! Pusing gak laa aku nak cari jalan kuar. Seb bek lepas. Tak mau aku kena kali ke dua. Saket giler bab! aku cakap kau.

Ada banyak lagi peristiwa melibatkan gotong royong. Tu belum lagi aku kena denda cuci jamban, longkang, bersih padang ngan macam2 lagi aku kena denda. Macam mane pun aku kena kejar kena balun ngn warden tadi, dia still baek ngan aku. Bagi dia, dia marah aku time tu je. Lepas aku kena denda ngan dia, kalau selisih time waktu sekolah, macam biasa. Borak2. Aku pun tak da simpan dendam ngan dia.


p/s: cikgu tu ada anak laki. Nsem. hahahaha

:: Doa Aku ::

Ketenangan abadi
Tatkala aku kecewa dengan manusia,
Aku rebah tanpa bimbingan sesiapa,
Aku menangis dan terus menangis,
Namun DIA masih setia menanti
Untuk aku bercerita kesedihan ku
Untuk menemani aku yg ber air mata
Lalu air suci itu aku salutkan ditubuh ku
Untuk tenang bertemu dengannya
Aku sujud penuh kesyahduan
Menadah tangan dengan kerendahan hati
Agar Kau tenangkan hati ini

"Ya Allah, jika ini yang tertulis, aku redha… Aku bukan sesiapa yg pantas menghalang jalan cerita MU. Aku lemah di sisiMu. Kau tunjukkanlah aku jalan sebenar untuk tempat aku menuju. Bawalah aku kepada ketenangan abadi…"

Lama benar aku di alas permaidani
Hanya semata mencurahkan cerita padaMu
Meskipun aku tahu Kau Maha Mengetahui
Biarlah terluah perasaan aku masa ini
Biarpun sebak semasa bercerita
Tapi itu yang memberikan kepuasan
Jua ketenangan

“Ya Rabbi, ampunkanlah dosa ku…”
Photobucket

:: R.A.S.A ::

sedih tidak gembira pun tidak
cuma aku nak doa kau sempurna
dengan hari-hari yg kau ada
dengan manusia yang kau punya
aku bukan lagi sapa-sapa
untuk kau tahu
begitu juga aku
untuk tahu kau siapa
cuma satu
rasa itu masih ada
yang aku simpan untuk
KAU!!

:)

saya da kawan
nama dia Ayie
dia gila
sekian

:: 2 minit jer ::

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
tension1000x

laen kali tepon tu letak laa dlm bilik
buat pekasam, tak pun jeruk
tak pun, buang je dlm tong sampah...
dulu tak kata laa
mmg salah aku
aku tidoo
yang diorg pun call awal pagi sangat kenapa???
skrg nie, laen plak
aku kat hall dan tepon lam bilik
aku lewat 2 minit jer
2 minit! 2 minit! dush....


p/s : pas ni, g mana2 pun bawa tepon! arghh...

:: bunga pula malam2 ni ::

dan malam ini
serius aku bingung
bukan tak mahu
tapi belum bersedia
bukan tak sayang
masih aku tak pasti kenapa
saat aku hilang dia
tak ada siapa mahu
seorang!
dan kini bila ada yang mahu
yang lain juga mahu
bingung untuk siapa
aku beri CINTA



p/s : pergh! jiwang siottt. geli aku nak baca balik!

Tuesday, July 20, 2010

:: pampers ::

sibuk aku memotong cili padi, nak siap2 juadah berbuka puasa, tetibe kuar story sal harga barang. harga barang kan mahal2 sekarang. tetibe kuar satu perkataan dari mulut mak aku. PAMPERS. ya pampers! kepala aku pun ligat berpusing. huhuhu.

s: "mak, dulu2 pakai lampin kan?"
m: "haa. dulu2 pakai lampin. mana ada pampers2 nie. tyme hg dulu pun pakai lampin"
s: "haaa, lampin sekali ngn napkin"

aku dulu pakai lampin weih! sempat merasa pakai lampin. kain lampin laa ni orang buat lap baby je.huhuhu... tapi ada lagi kot orang buat alas punggung budak. kui3 :)



p/s : mood aku skrg pasal kenangan jer :)

:: Lari Rumah ::

ada satu kenangan yg aku tak kan lupa. masa kecik2 aku pernah lari rumah. :p masa tu umo aku 5 or 6 tahun. aku pun kurang pasti. kejadian bermula begini......

"aku ada jiran. sebelah rumah. masa kecik2 aku duk kampung. rumah pusaka arwah atuk blah ayah aku. pak cik ngn mak cik sebelah rumah ni dua2 keja. jadi bila diorang tak dak umah tue, rumah aku laa di jadikan "nursery" untuk dia hantar anak dia main2 ngn aku. (anak jiran aku tu sama baya ngan aku.tadika pun sekali)

...satu hari. anak jiran aku ni saket perut. mak aku suh laa dia p 'buang'. tibe2, die request kat mak aku something.

"boleh tak kalau nak 'buang' kat umah"

pulak dah! dah jadi satu keja aku kena pi teman dia balik umah. nasib baek umah sekangkang kera. kalau sekangkang dinosour??? kompem2 laa aku xpegi. pegi aku teman. dah abes selesai suma, aku ajak la dia balik umah aku balik. otw kitorang balik, boleh laa plak dia tak jadi nak balik. why? sbb dia nmpk sorg pakcik nie. pakcik ni pakcik aku. mmg laa dia garang sket. tapi xde laa sampai mkn orang. budak ni terketar2 takut. satu hal lagi aku nak pujuk. die boleh lak buat auta yg pakcik aku ada senapang. dats y dia takut sangat.

aku time tu bukan kata tak pandai, tapi cuma kurang pandai! hahaha. boleh terpedaya ngan dia. so kami amik tindakan lari dari situ. haaa! lari punya lari sampai kampung sebelah. lepak jap kedai makan mak kwn tadika aku. borak+main ngn kawan aku tu, tak sedar laa plak hari dah maghrib. tup! tup! aku nampak kelibat mak aku + kakak sepupu aku. rupanya diorang duk cari aku ngan anak jiran aku tu.

balik umah pa lagi. slasssssshhhhhh! tali pinggang pak aku hinggap belakang mak aku. pak ai nak balun ai, tapi mak ai selamatkan. hohoho! tak kena laa :p cian mak kan. gara2 nak selamatkan ai, yu jadi mangsa.huhuhu.. pak aku ni garang sket. ngan anak2 dia memang dia tegas. tapi still nakal gak.dah banyak kali kot aku kena tarik telinga sebab merayau sampai maghrib. uiskh! kenangan :)




p/s: motif aku kena marah??? patut anak jiran aku arr :'(

:: hepy beb! ::

"ada sejuta alasan untuk kau ketawa
tapi nak juga kau pilih berduka
ada berbillion musabab untuk kau senyum
nak juga kau pilih muka masam"

beb! masa kau singkat, usia kau pendek.
jgn buang byk masa nak pikir benda remeh

Monday, July 19, 2010



boleh tak kalau aku tak nak kawen???

:: MalaM ::

I'm Alive



When you call on me
When I hear you breath
I get wings to fly
I feel that I'm alive

When you look at me
I can touch the sky
I know that I'm alive

When you bless the day
I just drift away
All my worries die
I'm glad that I'm alive

You've set my heart on fire
Filled me with love
Made me a woman on clouds above

I couldn't get much higher
My spirit takes flight
'Cause I'm alive

(When you call on me)
When you call on me
(When I hear you breath)
When I hear you breath
I get wings to fly
I feel that I'm alive
I am alive

(When you reach for me)
When you reach for me
Raising spirits high
God knows that

That I'll be the one
Standing by
Through good and through trying times

And it's only begun
I can't wait for the rest of my life
(When you call on me)
When you call on me
(When you reach for me)
When you reach for me
I get wings to fly
I feel that

(When you bless the day)
When you bless, you bless the day
I just drift away
All my worries die
I'm glad that I'm alive

When you bless the day
(I just drift away)
I just drift away
All my worries die
I know that I'm alive

I get wings to fly
God knows that I'm alive

:: senyum saja ::

peluang itu ada
cuma waktu ini aku biar
masa akan datang pasti aku rembat
apa saja yang ada
cuma masa nie
malas nak kluarkan apa2 cerita
duk diam saja!



p/s : tunggu setahun until bulan 7 :)

Sunday, July 18, 2010

:: Luahan Master ::

Bohong jika aku kata “tidaklah, sy hepy”.
Bohong juga jika aku kata “sy nak. Nie keputusan sy”

Semua bohong, sebab yang aku mahu bkn ini.

Aku punya cita2 untuk habeskan
Apa saja pelajaran secepat yang mungkin
Aku punya cita2, mahu ph.d sebelum cecah 30an
Tapi, apa yang jadi dah mengubah apa yang aku mahu.

Aku quit master!
Sebulan aku attend klas
Dan aku berhenti
Ramai orang bagi feedback
Xcukup dgn tue
Lecturer pun campur sama
Aku ada alasan yg kukuh
Kenapa aku quit?

B’cos, I can’t
Aku tahu mana lebih mana kurang dlm diri
Ada yang ckp “kalah sblm berjuang”
Xckup dgn tu “cpt mnyerah kalah”
Ada lagi “mudah give-up”

B4 aku kena tendang dari master
Better im quit!
Peluang ada dimana2
I have a reason why i do this.



p/s: every cloud has a silver lining. and i blieve it :)

:: People Can Change ::

Tersentuh aku kali nie nak tulis entry sal wanita dan tudung. Aku bkn alim ulama’ yg bijak nak ckp sal bab2 aurat ni ape ‘tah lagi nak kupas isu agama. Sekadar renungan dan perkongsian. Kisahnya bermula mcm nie ;

Aku punya sorg sahabat yg sgt anti dgn minah free-hair. Sape jer yg free-hair mesti laa kena ngata abes ngan die. Bagi die, ppuan yg free-hair nie mcm ‘jahat’ laa (nmpk gaya cam tu laa). Sakan die kalau kutuk minah2 nie. Tetibe terlintas dalam fikiran, ape beza die yg pakai tudung yg selalu kuar ngn pakwe die mlm2, amek gmbr peluk2, cium2 dgn minah2 free-hair tadi?

Kdg2, mungkin die free-hair, tapi tak buat jahat. Cuma salahnya satu jela, die FREE-HAIR. Tapi kalau die free-hair and die jahat, tu urusan die lah. Malas aku nak kupas.

Dan kau. Yang aku tengok sakan kutuk diorg dgn lagaknya, buat jer bende2 yg xsenonoh. Jadi ape bezanya??? Sama jer kan?? Ke tak sama?? Hurmmm...

Bagi aku, kite nie tak yah laa ada jugde mental dgn org. Luaran mgkin itu, dalaman mgkin laen. Cuma ingt satu jer, “dengan satu detik, yg jahat boleh bertukar jadi baek, dan yg baek boleh bertukar jadi jahat”.



p/s : mati itu wujud. Pandai2 lah korg pikir!

:: SelamaT BertunanG ::


...dan masa kau telah tiba
apa salah jika yang baik itu didahulukan
moga jadi satu ikatan suci
antara 2 hati

Selamat Menjadi Tunangan Orang
Kepada
Noridayu



p/s : jeles seyh tengok kwn ramai tunang!

:: aBout BeautifuL ::

..."nak cantik, tp mcm mane yer?"...


soklan nie penah gak la dlm otak aku satu ketika dulu (skrg pun ade jer). aku dah baca mcm2 buku sal wanita. mcm2 tips ada. jga badan? jga muka? jga buah dada? semua ada. ada gak laa petua2 lam mgzine tu yg aku ikut. ada jadi, ada lak yg tak. sampai satu masa, aku terbuka sebuah buku agama nie. Niat aku pada asalnya bkn nak cari info sal kecantikan pun. Saje nak belek2. Then, tertacap aku pada satu halaman. Mcm biasa, sal kecantikan. Nak cantek bkn ssh pun. asal kan :

  1. Jaga solat
  2. Berzikir
  3. Jangan suka berbohong

Amalkan tiga perkara nie, dah ok! Selain ni, aku ada dgr motivasi dari Dr. Fazilah Kamsah. About kecantikan wajah gak laa. Still the same. Bende yg tiga yg aku ckp tadi. Kesimpulannya, klu kite jga tingkahlaku kite, buat bende baek, Insya Allah org akan nmpk tenang jer air muka kite. One more, jgn ada benci dan dendam lam hati. Tu membuatkan org nmpk kite "gelap" jer. "Gelap" mean mcm org tak da seri muka. Lagi satu ayat motivasi :

"Sebab tu ramai orang cantek tapi tak menawan"



p/s : selamat beramal :)

Saturday, July 17, 2010

:: picisan ::



:: LisA Surihani ::

*sumber dari fb Lisa :)


cant wait 4 tudung express
y?
cos Lisa berlakon lam cter tue :)


p/s : kipas ssh mati Lisa :)

.....

TIDO

Friday, July 16, 2010

:: NYTE ::

:: b4 tidO ::

malam dah hampir sampai ke penghujung
kurang empat puluh lima minit lagi
malam nie nak tido awal lah
sebab esok saya nak bangun awal lah
dah tiga hari saya bangun lewat
dua hari tu boleh laa sbb sy xperlu jumpe tuhan
tapi pagi tadi, saya dah boleh sujud padaNya
tapi saya tak bangun sbb ikut nafsu
dan pujukan syaitan yang suruh tido :(

"...bangun awal dik, pintu rezeki terbuka..."
mak saya tegur :)

dan esok, sy nak belajar masak lagi :)


p/s : malam nie sy asyik senyum jer :)



:: NishA ::

masih ada kurang seminggu lagi kat umah
minggu depan nak g kL balek
celebrate besday party syg ku Nisha Ismail

:: 2 Minggu Lepas ::

Seminggu yang tak ada apa2
Aku bercuti sendiri di rumah
Layan masakan emak yg berselera
Homesick yg teruk di cheras, kL
Buat aku depression yg melampau

Balik ke KL
Setelah di usir family. Hahahaa!
Harap anak ini belajar lagi
“jgn mengada la kau nak berhenti”
Apa? Sambung USM?
Berangan!!!

Balik ngn Para Jamaludin
Naek bas konsortium
Tak di jangka jumpa Muna Shafini
Boleh pula seat sederet tanpa di rancang
Kelakar!
Tu laa namanya teman sejati
Macam mana terpisah pun
Kau ke timur, aku ke barat
Pusing2 balik, jumpa gak!

Ikut cik Para ke UIA
Jumpa cik Nisha Ismail di sana.
Sorang lagi teman dunia akhirat
Petang sabtu teman mereka berdua perform
Kat Dewan Pena
Pergh! Best siot
Orang ada bakat
Biasalah kan.

Abes jer diorang perform
Rezeki melimpah ruah
Tumpang gembira buat mereka
“kalau dah pemes, jgn lupe ai d’sini yer”
Siap2 aku mintak jadi PA.
Hahaha! Siot.
Rezeki aku malam tu pun melimpah ruah
‘makanan free yang dibawa pulang’
:p

Ahad,
Sex and the city >>> wayang tyme!
Tengok kat T.S
Ramai manusia. Sesak nafas aku..uhuk!
Lapan dua puluh malam abes story.
Layan gak cter nie.
Makan kat kampung baru n terus balik
Sok kelas weyh! Tidooo..



p/s : entry ni masa g uia 2 minggu yg lepas! lupa nak pos..:P

Thursday, July 15, 2010

:: buat masa ini ::

  • english class
  • make-up class
  • blaja menjahit

Wednesday, July 14, 2010

:: angen monsun timur ::

dan nikmat itu ada disini
mampus lah orang nak ckp apa
ada aku kesah???
mgkin aku bkn mcm org laen
yg pndai bawa diri
dan juga kuat
aku tau mana lemah mana lebih
dan aku buat untuk diri sendiri
dan kau, xperlu kecoh untuk aku


p/s : silap byk kalau kau pikir aku masih mcm dulu!

.....

DONE

Sunday, July 11, 2010

:: S.O.L.O part 2 ::

demn!
baru jer aku tulih post pasal kau
then kau datang balik..


p/s : mula laa nak perasan sorg2...hahaha!

:: S.O.L.O ::

owh! indahnya ciptaan tuhan.
nsem dirinya persis sape ntah
tapi baek budinya
sopan layanannya
uh, buat jantung aku laju tup2 bunyinya
terkesima syial tgok kau!
tapi syg sekejap jer
kau pun hilang pergi!


p/s: sape laa die? sampai kite jumpe lg.. (hati bunga2 cinta)
lantak aku laa nak suke..huh!

:: Mak ceq nak kawen ::

back up plan yg buat aku nak kawen
dan cter zoo yg buat aku sedikit ketawa..ha!
skali harung aku tengok 2 cter bersama dgn tett!
identiti yg dirahsiakan sbb aku tak da pape ngn dia



p/s:hahaha! poyo lah kau!

Thursday, July 1, 2010

:: malam ::

1:35 am...

" dan jari jemari aku masih menaip...untuk ucapkan, Selamat Malam "




p/s : esok kembali ke Cheras, kL.

:: ego ::

dulu aku mungkin ego
dan kau tidak suka
dan kini kau mula ego
dan aku tidak suka


p/s : masing2 ego!

tanda blog