Wednesday, September 29, 2010

jika itu yang terbaik, apa salahnya =)

" berjauhan dengan sesuatu yang pada hakikatnya memang 'jodoh' kita akan membawa kepada pertemuan kembali. "

jodoh di sini bukanlah aku maksudkan pada hubungan dua insan semata. tapi merangkumi aspek yang luas. kadang2 tu kita usaha nak lari dari satu perkara, tapi makin dekat benda tu datang. tak pun, kita rasa benda lain lagi terbaik, tapi sebenarnya, tu lah sebaik2 perkara untuk kita. terpulanglah!

aku rasa, satu masa nanti aku mesti dengan sendiri serah diri jika itu yang terbaik untuk aku. doakan =)


p/s : master =)

Wednesday, September 22, 2010

'dont judge book by it's cover'

sebenarnya manusia tu perlu jujur. sebab tiada kejujuran tu laa ramai yang binasa. aku rasa aku sendiri belum cucup jujur untuk jujur dalam hidup. tapi aku belajar. tak semua yang kita lihat tue apa sebenar yang kita lihat. mungkin kita lihat dia selekeh, baju compang camping, tapi walhal anak orang kaya. kita pula, tengok orang pelik sket, mulalah buat andaian macam2. aku tak perlu kot nak tengok orang lain, aku tengok diri aku sudah. kadang2 tu pun, aku tersilap menilai. dengar pihak ni sket, dengar pihak tu sket, buat andaian sendiri. walhal, cerita betul???

banyak ragam manusia ni. ada yang kita tengok bertudung litup bagai, rupanya dia lah 'hantu' segala. ada orang kita tgok muka gangster nak mampus, rambut dal abes, tapi hati die??? ade kite tau??? sedangkan tuhan sendiri tak bagi kite buat andaian siapa masuk syurga siapa masuk neraka. semua tu kerja Allah.

beberapa hari sebelum ni, aku rasa aku dah lalui satu proses pembelajaran. jujur tu penting. jujur saja pada diri dan orang lain. kalaulah ada orang datang dan cakap pada kau yang bukan2 pasal orang lain, why not kau sendiri pergi tanya orang yang di maksudkan. baru dapat jawapan yang betul. tak lah kau pun sampaikan pada orang cerita yang tak betul.

ingat! walaupun seseorang tu jahat, tapi bila2 masa dia boleh berubah jadi baik. dan orang yang baik pun, bila2 masa boleh jadi jahat. aku selalu berpegang pada prinsip 'dont jugde book by this cover'.. tapi aku rasa aku belum cukup kuat untuk bawa prinsip tu dalam hidup. sebab, aku masih terkadang tu, berpikiran sama macam orang lain. tapi aku bersyukur sebab boleh melalui satu proses pembelajaran dalam hidup.

p/s: aku sedar, aku bukan baik tapi aku berusaha untuk jadi baik.

Friday, September 17, 2010

Si Gila dan Tong Sampah

Sedang asyik berbaring atas katil yang beralaskan tilam yang empuk...
Jam menunjukkan 10:23 pm
Pikir aku mahu tidur walaupun siang tadi ntah berapa jam aku tak sedar.
Semakin dekat dengan hari ahad, semakin malas aku jadinya. Malaslah nak balik kL.

Sedang dalam fikiran mahu tidur, tiba-tiba otak melayang ingatkan satu peristiwa yang aku hanya dengar melalui cerita adik dan mak.

Begini ceritanya,

...kira-kira beberapa hari sebelum menjelang raya, ada seorang lelaki yang kurang siuman (gilalah) mengamuk barangkali di kawasan taman. Kehulur kehilir laki tu meracau-racau bagai. Sampailah dia tiba di hadapan rumah aku. Adik aku hanya sekadar melihat telatah orang gila itu disebalik pintu kaca rumah.

Tiba-tiba keluar pakcik yang menetap dihadapan rumahku. Ingin menghalau. Tak juga berganjak si gila ni. Lagi sakan dia mengamuk adalah. Pakcik ni tanpa membuang masa, tanpa segan dan silu terus membuka langkah (mahu bersilatlah). Sedang asyik pakcik ni memasang kuda2 silat.....

Terdiam seketika. Apa jadi??? Si gila tadi yang agak bosan gamaknya menunggu pakcik ni memasang bunga silat yang terlalu lama mengambil tong sampah lalu dimasukkan ke kepala pakcik tadi. Tu yang terdiam si pakcik nih. Orang sekeliling terus ketawa tanpa dipaksa. Alahai~ kesian pakcik nih.. dengan sampah-sampah habis terkena badan si pakcik. Sabar yer pakcik. Dugaan bulan puasa tu =)

Si gila tadi lepas dia masukkan tong sampah ke kepala si pakcik ni, terus dia diam dan pergi macam tu jer.. dia pergi mana??? Tak tahu lah tu.. =)


p/s: terus tak jadi nak tido. Senyum sorang2 =)

Dugaan...huh!

beberapa hari yang lepas, kuat betul dugaan yang datang
sampaikan meletus jugaklah amarah aku nie
puas jugak aku tahan sebelum nie
mungkin dah memang lumrah alam
sabar itu ada batasnya
aku jugak manusia biasa yang tak lepas dari marah
kadang rasa kecewa, geram... segalalah~ huh!

aku tak tau apa silap aku kali ni?? aku rasa aku dah penat mengalah
aku tak rasa dengan mengalah aku kalah
tapi tu cara terbaik aku dari aku mula buat salah


p/s: tercetusnya amarah aku buat aku menyesal yang tak sudah. mohon tuhan lindung aku

Thursday, September 16, 2010

Masih Terlindung

Ya Allah
pinjamkanlah aku sedikit kekuatanMU
bekalkanlah aku dengan kesabaran
jauhilah aku dengan perkara yang tidak sekali Kau ingini
sesungguhnya,
aku hambaMU yang seringkali alpa
kadang baran datang tidak semena
sabar hilang entah kemana
terlalu ikutkan nafsu amarah
tergoda pujukan syaitan
mujurlah, masih ada akal
yang mengingatkan aku pada Tuhan
doa itu senjata orang mukmin
dan aku gunakannya dikala aku lemah
Ya Tuhan
hanya engkaulah tempat aku mengadu
dan memohon pertolongan jua perlindungan
jika ini dugaan MU yg Kau beri pada ku
aku terima
semoga ia dapat menghapus dosa-dosa ku yang lepas
syukur padaMu Tuhan
kerna aku masih terlindung
di bawah naungan Mu
dan jauhkan aku dengan segala perkara Mazmumah
AMIN

Mati

Kau cakap apa???
mahu mati???
amalan kau cukupkah nak bekal ke sana???
solat kau penuh ke nak jadi pelindung???
perintah yang Dia suruh, dah kau buat semuanya???
yakin mahu mati???
pergilah kau mati...
aku belum mahu lagi


p/s: general not spesifik

Tuesday, September 14, 2010

mahu bermain GAME tak dengan aku???
aku jadi pemangsa dan kau jadi mangsa..
BEST3x

Monday, September 13, 2010

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu

KAN...

semalam kan
aku kan
balik lambat kan
kul 2 pagi kan
sebab kan
pergi beraya kan
dengan kawan2 kan
hari nie kan
aku letih sangat la kan
sampai aku rasa kan
xmau bgun laa kan


Ex

Mr. A ada mesej dan berkata :

i tahu i nie tak hebat macam Mr.S

Lalu aku jawab,

Antara u dan dia sama ja. Dua2 ex i dan dua2 i tak ada hati langsung. Sekarang nie, i selesa dengan life i dan i tak terpikir lagi untuk berkapel dengan sapa2.

Aku rasa, dengan dia mahu pun dia, memang aku tak ada feeling langsung.
Sorang tu memang laa ex aku dan aku akui aku rapat.
Tapi aku tak rasa yang aku boleh kapel lagi ngan dia buat kali ketiga. Sebab dah dua kali kami cuba dan tak boleh. Dan aku masih ingat pesan membe aku, Zikri.

Laki nie, kalau dah putus then nak mintak kapel balik, syg dia tu dah xsama dan laki tu bukan betul2 sayang pun. Just dia rasa sunyi tak da sape n ko pun single lagi then dia try laa kapel lagi. Tak payah la dayah, laki camtu lupakan jer.

Aku tak akui 100% apa yang membe aku cakap tu betul tp sedikit sebanyak aku setuju jugak. Berdasar pemerhatian aku, aku rasa dia datang or layan aku time dia sunyi n time tu dia tak ada mana2 ppuan untuk dilayan. Bila ada someone, aku rasa dia tak da laa excited pun nak layan aku.

Even, dia banyak juga bantu aku time sedih tapi aku rasa tue atas dasar simpati sebab time tue aku tgh sedih. Yelaa, tak kan aku tgh sedih dia xnak tolong kan? Abaikan jelaa.. pikir banyak, serabut otak.. huhuhu...


p/s: aku dah lali sebenarnya nie....muka ngantuk..huhuhu
aku sejujurnya, dah malas nak amek tau hal sesape
hal ex2 aku, hal minah senget, hal minah uptown downtown
lantak pi kat hang pa
aku ngan hidup aku dah cukup bahagia =)

Ada aku kesah????

aku tak paham apa perasaan aku kat kau sebenarnya
ya, kau memang ex aku
tapi kita rapat dan baik
secara jujur, aku rasa kau ada pun tak pe
dan kau tak ada pun tak pe
tak ada beza
kadang kala memang aku rasa macam excited bila ngan kau
tapi aku rasa juga, itu semua perasaan yang sementara
tak berpanjangan
aku rasa aku memang totally langsung dah tak ada sayang ngan kau
sebab aku rasa kau pun datang pergi ikut suka hati kau kan???
kau rasa kau sunyi tak berteman,
kau datanglah cari aku
dan bila kau rasa kau hepy dengan perempuan
kau diam camtu jelaaa
kawan aku cakap,
laki camtu, kau lupakan jer
dan aku rasa apa kawan aku cakap ada benarnya
lupakan jelaa kan???


p/s : tersangat hepy dgn life aku skrg =)

Sunday, September 12, 2010

aku bahagia dengan hidup aku sekarang
tak ada chenta pun tak pe ;)

Friday, September 10, 2010

:: Raya Mode ::

raya kali ni aku rasa hambar jer
maybe, sebab esok nak raya baru aku balik kot
nie, 1st time kot rasa balik betul2 nak raya
b4 dis masa blaja,
lagi seminggu nak raya dah balik
betul2 anak perantau laa aku nih =p



p/s : keterujaan

=)


senyum di pagi lebaran =)

tanda blog