



Kereta mcLaren F1 yang berharga 650,000 pound (RM3.2juta) berpusing beberapa kali, merempuh sebuah pokok dan tanda jalan sebelum terbabas ke jalan yang bertentangan dan terbakar.BRITAIN: Aktor Rowan Atkinson nyaris maut malam tadi apabila kereta mewah yang sedang dipandu laju, terbabas.
Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.
Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.