Wednesday, January 14, 2009

PALESTIN

seperti semua sedia maklum, awal muharram yg lalu palestin telah diserang oleh puak zionis yg tidak berperi kemanusiaan... terusik hati ini dengan apa yg melanda mereka. tatkala kita syukur dilindung, mereka pula dalam situasi yg bertentangan..






lihat pada anak kecil ini, kenikmatan zaman kanak2nya telah di rampas..
apa kesalahan mereka??

beginilah kekejaman zionis yakni israel laknatullah,..



ketakutan


apakah dosa bayi ini???




"bayangkan hanya berbumbung langit
berdinding sekadar angin,..
kerana syurga mereka telah dimamah bencana
satu harta yg tinggal hanya nyawa"






Dalam Islam, diajar pada tenteranya agar apabila berlaku peperangan, jgnlah sesekali memusnahkan tempat awam, anak kecil, wanita, org tua dipihak lawan. Begitu indah Islam. jika terdapat tawanan perang, tidak dibenarkan melayan tawanan tersebut dgn zalim. harus dijaga. indahnya Islam....




tp dipihak zionis@israel??? dibunuhnya anak2 kecil yg tidak berdosa, wanita2, penduduk2 Palestin yg tidak bersalah. hanya kerana ingin beroleh kemenangan. Secara terangan menunjukkan kzaliman mereka. Tidak terbukakah hati manusia dengan kezaliman mereka??Tidak dengan itu, AMERIKA dengan gahnya menyokong peperangan tersebut di pihak sekutunya ISRAEL.




seorang wakil Malaysia telah pergi ke sana untuk bertanyakan pada mereka bantuan jenis apakah yg diinginkan mereka?? mungkin dari segi pakaian, makanan, dan apa2 lagi jenis bantuan disaat ini... lalu jawapannya:





"Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin dengan Al-Quran yang diamanahkan oleh
Allah SWT, ambillah pengajaran, Al Quran bukan sekadar bacaan yang dilagu-lagukan untuk mendapat ketenangan
tetapi ilmu bagaimana untuk mentadbir bumi milik Allah dan menyatukan umat islam seluruh dunia
supaya kuat dan bertamadun agar tidak diperkotak katikkan seperti kami dan juga jika kami semua sudah tiada
untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu (saudara seislamku)



Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri,
mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan


p/s: jika tiada kudrat untuk kesana membantu, cukuplah doa pada mereka tanpa putus..sesungguhnya, doa itu senjata umat Islam..




No comments:

tanda blog