Wednesday, July 21, 2010

:: Doa Aku ::

Ketenangan abadi
Tatkala aku kecewa dengan manusia,
Aku rebah tanpa bimbingan sesiapa,
Aku menangis dan terus menangis,
Namun DIA masih setia menanti
Untuk aku bercerita kesedihan ku
Untuk menemani aku yg ber air mata
Lalu air suci itu aku salutkan ditubuh ku
Untuk tenang bertemu dengannya
Aku sujud penuh kesyahduan
Menadah tangan dengan kerendahan hati
Agar Kau tenangkan hati ini

"Ya Allah, jika ini yang tertulis, aku redha… Aku bukan sesiapa yg pantas menghalang jalan cerita MU. Aku lemah di sisiMu. Kau tunjukkanlah aku jalan sebenar untuk tempat aku menuju. Bawalah aku kepada ketenangan abadi…"

Lama benar aku di alas permaidani
Hanya semata mencurahkan cerita padaMu
Meskipun aku tahu Kau Maha Mengetahui
Biarlah terluah perasaan aku masa ini
Biarpun sebak semasa bercerita
Tapi itu yang memberikan kepuasan
Jua ketenangan

“Ya Rabbi, ampunkanlah dosa ku…”

No comments:

tanda blog