Wednesday, July 21, 2010

:: Ada apa dgn gotong-royong?? ::

Dulu aku skolah asrama. Kalau dah nama pun asrama, ape lagi. Mesti biasa ngan gotong royong every weekend kan? Tapi kalau bab rotong royong batal ahad tu, aku diantara mereka yang akan bergumbira diatas katil. Pa lagi? Tido laa weih. Buat lak pagi tu ada qiamulail. Tido tak hengat dunia dowh. Dalam banyak2 peristiwa gotong-royong, ada beberapa peristiwa yang selalu buat aku senyum klu teringat.

1st, aku kena kejar ngan warden gara2 nasi lemak. Yepp! Nasi lemak. Boleh la plak dia buat peraturan, ‘sape nak makan nasi lemak, sila makan dekat bilik PREP’. Alasan tak nak dorm kotor. Malas aku nak ikut. Aku selinap naik tangga hujung sambil bawa nasi lemak yang aku beli kat Cikgu Aishah. Sekali warden nampak aku selinap tangga hujung. Siap announce nama aku kat mic suruh aku turun. Pe lagi, aku cabut laaa. Boleh lak dia kejar aku. Mana nak dapat tangkap. Aku muda, dia lak dah berusia. Cewahh! Ayat. :P kejadian berlaku selepas gotong royong. Heee

2nd, betis kaki aku kena pukul ngan batang kayu. Juga warden yang sama. Amboii cikgu, balas dendam ka?? :p masa kejadian sebelum gotong royong. Ahad weih, ahad! Ahad selalu kita buat ape?? Kompem2 laa tido klu aku. B4 kena rotan tu membe aku dah tolong kejutkan aku bangun tido. Ada laa lebih kurang 5 kali kot dia kejut. Yang aku jawab, “sat, sat. 5 minit”. Sekali ada orang cuit belakang badan. Aku tepis sambil berkata pada orang itu “kan aku dah cakap. Jap g aku bangun laa”. Belum sempat beberapa detik dari aku cakap kepada insan tadi, ‘piappppppppp’. Ya Allah! Bende alah ape yang sentuh betis aku dengan dahsyatnya. Sekali aku bangun. Alih2, warden baek punya tengok aku. Mulut dia yang dah macam bertih jagung tu mula dah bebel kat aku. Second round dia nak ‘piaap’ aku ngan batang kayu, aku lompat katil dowh! Pusing gak laa aku nak cari jalan kuar. Seb bek lepas. Tak mau aku kena kali ke dua. Saket giler bab! aku cakap kau.

Ada banyak lagi peristiwa melibatkan gotong royong. Tu belum lagi aku kena denda cuci jamban, longkang, bersih padang ngan macam2 lagi aku kena denda. Macam mane pun aku kena kejar kena balun ngn warden tadi, dia still baek ngan aku. Bagi dia, dia marah aku time tu je. Lepas aku kena denda ngan dia, kalau selisih time waktu sekolah, macam biasa. Borak2. Aku pun tak da simpan dendam ngan dia.


p/s: cikgu tu ada anak laki. Nsem. hahahaha

4 comments:

se k3c!k said...

mcm2 kan kenangan gtong ryong..hehe..rndu giler rase..

norulezd4i4 said...

betul2.. rindu
hehehee

se k3c!k said...

lpas gtong ryong date kt tembok :) tak pon tgok dak laki maen sepak takraw..haha

wanmuna said...

ok2..sy tau cikgu mana tu..sbb sy pon kene piaap dua kali ngn beliau..ahaha..satu kali masa f2 satu kali f4..ahaha..time tdo gak tuh,pagi..subuh..hahaha..

tanda blog