Friday, December 3, 2010

Kahwin Awal

banyak pendapat serta pandangan yang orang bagi. ada yang suka dan tak kurang hebatnya juga dengan yang tak suka. sebelum ni juga aku sependapat dengan mereka yang kurang suka dengan kahwin awal.

namun, sedar atau tidak sebenarnya masyarakat kita lebih terpengaruh kepada stigma ataupun tanggapan masyarakat berbanding melihat dari perspektif agama itu sendiri. kalau kita kaji balik, Islam tidak ada mengatakan 'tidak boleh' berkahwin awal. tetapi Islam itu sendiri lebih menekan kepada kemampuan dan tahap mana seseorang itu untuk berkahwin.

misalnya, persoalan2 sebegini yang keluar daripada masyarakat kita yang kian urban skrg,

" kerja laa dulu, kumpul harta"
"bagi laa mak ayah family semua rasa duit kita dulu"
"kalau aku kan, aku nak njoy dulu. esok kahwin susah"

jika anda merasakan anda mampu dan perkahwinan itu dapat menyelamatkan anda daripada melakukan dosa zina dan seumpamanya, apa salahnya jika ia disegerakan.

pada aku sekarang, tidak ada baik mahupun buruknya berkahwin awal atau tidak selagi kita berpandukan pada agama itu sendiri. niat pun haruslah betul. bukan berkahwin atas dasar keseronokkan semata. jika baik niat kita, maka baik lah keseluruhannya. apa-apa pun berpandu pada jalan Allah semata =)



p/s ; aku nak kahwin umo 27. agaknya awal ke lambat?



by,

No comments:

tanda blog