Monday, December 6, 2010

Hukum Sendiri

aku rasa dah berpuluh kali aku tulis pasal entri macam nie. aku tak pernah puas dan akan sentiasa menekankan hal ni. manusia kat luar sana selalu menghukum orang dgn hukuman sendiri. mengandai orang dari pandangan luaran berbanding dalaman. aku pun tak terlepas dari sikap2 yang macam ni tp sentiasa cuba berubah.

siapa pun boleh berubah beb! kau jahat? hari ni mungkin kau jahat, tapi kuasa Tuhan. siapa tau. mungkin dengan maal hijrah ni yang jahat boleh berubah baik. sekarang kau rasa kau baik? bangga? dengan sombong dan bongkak kau tu, kau pun bisa kecundang dan mungkin lagi teruk dari orang yang kau pikir dia jahat.

pada aku, menegur dan merubah orang ada gayanya. H.M Tuah sendiri cakap, kelembutan adalah jalan terbaik bagi setiap masalah. Allah tu paling Cintakan kelembutan. berkawanlah syg. kenal hati budi. ada rasa tak kena, kau tegur sahabat kau. cakap dengan elok.

dalam Islam pun ada adab nak menegur. puji dulu then baru kau tegur. dah kalau kau hentam kutuk keji dia, kau rasa dia nak berubah tak? sampai bila pun die susah nak terima. cuba kau berkawan dan jadi paling memahami, rapat dengan dia. kau cakap apa pun, even susah dia nak terima, lambat laun dia pikirkan jugak ape kau cakap. paham???

kau ada agama. kau tahu agama. kalau kau guna pengetahuan kau dengan cara yang betul, Insya Allah semua selamat. masalah sekarang, semua orang nak berlagak ada ilmu. tegur pun bukan nak tegur sangat. sekadar nak mention aku tak jahil and aku ada pendidikan ok!

kadang-kala kita emosi tak ingat. kita nak tegakkan pendirian kita. tak nak terima pandangan orang. kita sibuk tegur orang sana-sini. bila silap kita orang tegur, aduh! payahnya nak terima. manusia2. sekali lagi aku ingatkan diri aku yang kadang kala serupa saja dengan apa aku cakap.

kita nak lihat baik buruk orang bukan di ukur pada pakaian. Allah sendiri dah kata, dia tak tengok Iman seseorang tu pada pakaiannya. jadi, sape lah kita2 ni nak menghukum orang tu jahat or baik? dari kita hukum orang, baik kita hukum diri kita sendiri yang banyak lagi benda nak diperbaiki.

tegur menegurlah kamu sesama saudara Islam. tapi ingat! menegur tu ada adab. Kelembutan jalan paling terbaik dalam menegur. kekasaran hanya pilihan terakhir.



p/s : bahasa terbaik untuk kamu2 yang punya hukum sendiri.



by,

3 comments:

MuhD NoR AzyM said...

Sokong! At least, bila kena tegur, accept seadanya..mungkin apa yang kita buat, kita tak nampak mana silapnya. & jgn la kita nak jugak tegakkan benang yang basah..

cendera jiwa said...

kalau kwn baik dah ego, mmg susah nak berubah.

selamat tahun baru

norulezd4i4 said...

azym : betul! jgn cuba tegakkan benang yg basah...

cendera jiwa : kawan baik, xcepat pun, Insya Allah dia terima jugak. tgok pendekatan apa kita guna.

p/s: slmt thn baru islam =)

tanda blog