Sunday, August 22, 2010

:: sungguhan aku ::

aku mahu selalu dekat dengan tuhan. agar hari-hari aku sentiasa Dia ada. aku tahu dia ada untuk setiap hamba-Nya. dan itu aku rasa =)

aku sedar, kadang-kala aku menangis bersungguh-sungguh agar Dia ampunkan dosa aku. dan kemudian aku ulang perkara yang sama. aku mencari Dia diwaktu susah. mengadu nasib agar dia pinjamkan sedikit kekuatan-Nya untuk aku hadapi dugaan. kemudian bila senang, aku tidak langsung terpikir untuk sujud syukur padaNya. hampir setiap semua perkara.

memang aku alpa. tapi aku juga mahu jadi hambaNya yang taat untuk setiap perkara. aku perlu masa..! tapi bukankah terlalu banyak masa yang tuhan sudah taburkan untuk aku. dan kini. sekarang. ini juga masa yang tuhan beri untuk aku ingat padaNya.

jiwa aku kosong dan langsung tidak tenang bila aku jauh dariNya.



daia : sabar untuk setiap satu perkara =)

No comments:

tanda blog