Wednesday, August 25, 2010

:: Ketidakpuasan Hati Rakyat Indonesia ::

lewat tadi aku menjengah blog2, paper dan juga laman sosial untuk update tentang isu rakyat indonesia yang membakar bendera Malaysia. siap dengan video aku dapat tengok cmner diorang buat himpunan untuk menkencam Malaysia yang diorang anggap sbgai sebuah negara yang memperlekehkan bangsa mereka.

aku tak tahu dimana silapnya Malaysia sehinggakan rakyat Indonesia sanggup 'menyakiti' hati rakyat Malaysia dengan membakar bendera Malaysia yang dianggap sebagai satu kebanggaan dan ini juga sangat sensitif bagi rakyat Malaysia. secara jujurnya, aku cukup terasa dengan perbuatan mereka yang sudah berulang kali aku dengar dan baca.

sebelum ini, mereka sangat tidak berpuas hati dengan tarian pandet yang dimasukkan di dalam sebuah channel dokumentari yang menceritakan tentang Malaysia. dokumentari ini telah disiarkan di 24 buah negara. rakyat Indonesia merasakan bahawa Malaysia telah 'mencuri' tarian itu yang dikatakan berasal daripada Indonesia. aku juga difahamkan bhwa rancangan ini bukanlah didokumentarikan oleh rakyat Malaysia tetapi oleh bangsa asing.

kemudian mereka tidak berpuas hati berikutan peristiwa laut sulawesi berkenaan hal minyak. hal itu juga boleh diselesaikan secara baik namun rakyat Indonesia lebih gemar menggunakan kekerasan. bagaimanapun, Himpunan Muslimin Islam (HMI) di Indonesia telah memohon maaf kepada Kedutaan Malaysia untuk sikap rakyat Indonesia yang membakar bendera Malaysia dan membuat serangan di Kedutaan Malaysia di Indonesia.

rasanya masih segar lagi isu berkenaan manohara dengan kerabat diRaja Kelantan. kes itu juga membuatkan rakyat Indonesia menkencam bersungguh-sungguh terhadap Malaysia. pelbagai tohmahan dilemparkan. aku juga mengikuti pelbagai blog termasuk blog hasil tulisan rakyat Indonesia dan melihat bagaimana mereka mencemuh bersungguh-sungguh terhadap Malaysia.

baru2 ini, ketika kita umat Islam sedang menyambut ramadhan, rakyat Indonesia sekali lagi membakar jalur gemilang dan menyerang Keduataan Malaysia di Indonesia berikutan hal penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia oleh pasukan PDRM. walaubagaimanapun, aku difahamkan, 3 penguatkuasa tersebut terlebih dahulu menangkap 7 nelayan dari Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara mereka.

hasil dari rasa ketidakpuasan hati mereka, mereka menghimpun rakyat mereka untuk melakukan 'Ganyang Malaysia' sekiranya berlaku peperangan diantara dua negara ini. tak cukup dengan itu, ada diantara mereka menyimpan hasrat 'murni' untuk mencincang rakyat Malaysia secincangnya sekiranya rakyat negara ini menjejakkan kaki ke Indonesia. Namun, Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih selamat dan tiada hal seperti itu berlaku. dan mereka juga, ingin mengusir rakyat Malaysia yang ada dinegara mereka keluar dari negara mereka.


p/s : rentetan cerita tunggu sambungan selepas ini,.....

1 comment:

ZIZAM said...

biasa lah xsemua hati orang boleh jaga~

tanda blog