Wednesday, August 25, 2010

:: Fikirlah Dulu Kamu Orang Seberang ::

sebelum ini aku ada menulis entri berkenaan ketidakpuasan hati rakyat indonesia terhadap Malaysia. dan ini sebagai sambungannya...

bukan untuk mengungkit setiap bait perilaku yang aku anggap sebagai kemanusiaan dari Malaysia terhadap Indonesia. sedarlah..! aku rasa terlalu cukup banyak Malaysia berlembut dengan negara seberang itu yang selalu bertindak keras dan mengejek2 negara ini.

lihat dari segi bantuan sudahlah! fikirlah rakyat Indonesia yang kamu rasa negara ini memperlekehkan bangsa kamu. misalnya berlaku gempa bumi disana, siapa negara pertama menghulurkan bantuan??? tsunami di acheh, siapa yang membekalkan pakaian, makanan dan tempat??? tak cukup dengan itu, orang yang mempunyai kedudukan di Malaysia, tidak lokek mengambil anak-anak yatim Indonesia hasil dari malapetaka yang melanda untuk dijadikan anak angkat mereka. ini yang rakyat Malaysia lakukan meskipun berjuta hamburan yang kamu lemparkan!!!

mahu usir rakyat Malaysia yang berada di Indonesia??? xperlu usir, mereka tahu pulang sendiri. bukannya mereka kesana secara haram!!! mahu dibandingkan, hampir sejuta dan mungkin lebih rakyat kamu disini. mencari rezeki. datangnya pula secara haram. nak kami usir??? xpelaa. Malaysia ini baik hati. nanti kami hantar mereka pulang ya??? hampir puluhan ribu kes jenayah di Malaysia datangnya dari mereka ini. sedarlah kalau ya pun nak bakar bendera Malaysia.

dari semua kelembutan yang kami tabur, cercaan yang kami dapat!


p/s : ya! aku tahu bukan semua rakyat Indonesia itu jahat. tapi sebahagiannya yang menimbulkan ketidakselesaan ini.

No comments:

tanda blog