Wednesday, January 4, 2012

Mengaku salah dari kutukan

Assalamualaikum,

ini cuma kisah dan teladan.
tiba2 teringat dan tercuit untuk tulis dalam entri kali nie. hee~


hal ni dah berlaku 9 tahun yg lepas. waktu tu aku still lagi dalam zaman skolah. ada satu hari tu sorang kawan aku nih datang dan beritahu pasal ketidaksukaan seorang rakan ni terhadap aku. khabarnya kerana sikap aku yg agak over periang (mungkin dia rasa gediks kot). masa mula2 tahu tu agak terdiam laa sekejap. mungkin tertanya2 jugak, "apa salah aku?".

aku duduk sorang2 atas katil waktu tu, aku pikir balik dalam2. beliau yg tidak senang dengan aku nih bknlah kawan baik atau pun rapat. jauuuhhh skalilah nak bertegur sapa..! tapi tiba2 tak suka. kalau ditanya sapa pun, sapa lah suka bila diri sendiri dicemuh orang. kan?

lama2 aku terfikir. mungkin ada silap dan salah dari diri aku sendiri yg aku tak sedar mungkin perkara yg ada aku lakukan kurang disenangi orang. kalau difikirkan balik, betul jugak apa yg beliau bencikan. aku nih perempuan. tak eloklah kalau nak gediks2 tak tentu hala.

so dengan rasa tak malunya, aku berjumpa dengan beliau yg tak sukakan aku tu, dan terus aku mohon maaf kalau ada perangai aku atau pun sikap aku yg kurang senang pada pandangan beliau. dah rasa mcm hari raya la plak datang2 terus mintak maaf =p so, dia pun sangat2 terkejut dan minta maaf disebabkan kata2 belakang selama ni. Alhamdulillah xda masalah yg berlarutan slps tu =) cuma member aku ada sampaikan yg dia rasa sgt malu dan segan nak berjumpa dengan aku lepas tu sbb aku plak yg dtg minta maaf.

so moral yg aku nak sampaikan. bila kita dikritik, bila kita dikutuk, bila kita dicemuh jgn sekali kita cepat melenting. sebaliknya cuba check balik dalam diri kita, 'apa betul yang orang katakan?' memang susah nak mengaku silap sendiri, tapi kalau teguran tu satu benda yg baik pada diri, why not kita terima dan cuba ke arah positif.


p/s ; kadang-kala kata2 yg pahit itu lebih baik daripada kata2 yg manis tapi penuh dusta.

No comments:

tanda blog