Thursday, November 4, 2010

Aku Masa Dulu. (buat aku senyum)

sedar tak sedar, aku sekarang dah 22 tahun. tahun depan dah 23. haih! cepat tul lah masa berlalu. bila aku tengok balik aku sekarang, boleh buat aku senyum lebar sampai telinga.
sapa sangka budak yang selekeh, sememeh dan se.. segalalah, dah besar panjang. dulu kalau masa kecik, bila keluar main sampai tak ingat nak balik. bila balik dah lekat satu rotan belakang badan. muka hitam. perangai macam jantan.

ingat lagi bila ayah aku accident. masa tu baru mula cuti akhir persekolahan. abang, adik ngan aku mak hantar tinggal ngan tok n tok wan kat kampung. 3 beradik ni, bukan nak dgr ckp tok n tok wan. sakan betullah. ingat lagi bila waktu hujan. sepupu bagi isyarat suh keluar umah nak main ujan. tapi tok dah stanby dekat pintu umah dgn kayu. adeh! mcm mane laa nak keluar? bila tok leka sket abg ngn adik lari pecut rentas pintu. aku yang last lari. piapppp! sempat jugak kena libas kat betis. terus lari. sempat gak laa dgr suara tok terpekik pggil masuk balik. tapi kami adik beradik, dah terkekek-kekek suka. seronok laa katakan. dapat main hujan sampai ke bukit mana ntah kami pergi main. semua laki n aku sorang jer ppuan masa tu. tapi apa aku heran? janji seronok. =)

dulu masa skolah rendah. aku bukan golongan pelajar pandai. tapi tak tau nape bila pereksa, mesti top 10. hahaha. banggakah? aku pun tak paham ape aku buat kat kertas exam tu sampai berjaya jugaklah nak top 10. agaknya aku takutkan ayah aku kot. pantang betul kalau report card aku tu ada corot sikit. mesti kena marah teruk.

masa skolah rendah, kite kan ada waktu ko-k sblh petang klu kelas kite sblh pagi. kdg2 ko-k aku tu batal. tapi aku tak cakap kat ayah kata batal. aku cakap ada. senang sket aku nak planning smthng ngan membe. ape lagi? merayau laa. tapi seingat aku, even aku nakal pun, tak da laa sampai nak buat bende bukan2. just, seronok2.
pernah aku datang lewat tusyen. aku tak berani masuk klas, aku lari menyorok dalam toilet. sampai abes waktu. then, aku selamba balik umah kata kat mak, kelas dah abes. yey! hahaha..

abes darjah enam, keputusan UPSR aku cemerlang. tapi seingat aku, trial aku satu A pun tak da. setiap subjek ade wakil dari huruf B,C,D.. rezeki kan. =) lepas darjah 6, aku dapat offer dari kerajaan negeri tuk masuk skolah berasrama. aku seorang jer wakil dari sekolah rendah aku dapat masuk situ. tak da kawan. memang sedih jangan cakap. ALONE.

bila masuk asrama lah, aku jumpe ANAK SEGENG. =) nakal jangan cakap. boleh list kot kitorang punya kegiatan. fly dari asrama, tiru tanda tangan warden, lari dari surau, bawa barang haram (brg yg dilarang ke asrama) mcm2 lagi laa.

pernah satu kes aku kantoi. dalam banyak2 kes aku create kat skolah tu, yang ni plak kantoi. mau kena panggil depan semua student. siap kena rotan. nasib baik tak mak ayah aku cikgu panggil. alah, tiru tanda tangan jer pun. tu pun nak kecoh! seb baik satu jer kantoi. yang lain kalau kena panggil dgn cikgu, sampai mati pun aku tak ngaku aku buat even memang aku buat pun. last2 lepaslah. gila jahat! geng2 pengawas jangan cakap. memang anti kot ngan group kitorg. tapi konsep dia senang jer. ko tak kacau aku, aku pun tak kacau ko.

bile kenang sekarang, memang buat aku senyum abeslah. dulu jer. masa zaman budak2. nakal2 pun, masih ingat halal haram, takut dengan Tuhan. sekarang, ANAK SEGENG pun masing2 dah masuk universiti.

  • Nisha ngan Para sekarang, kat UIA. buat kos english. lagi satu sem dah nak abes. pasnie, tengok diorang keje plak =)
  • Pinie, sekarang sambung MASTER dalam bidang ekonomi. tahun 2012 abes la master die kalau tak da benda yang halang. moga2 dapatlah dia tamat ikut masa yg ditetapkan =)
  • Yana plak, sekarang kat Sabah. buat MEDIC. 2012 baru dia abes blaja. tak lama lagi Doktor laa sorang kawan aku. dulu yana dapat offer buat medic jugak dekat indon, tapi die tolak. last2 dapat offer dlm msia pun, dia kena seberang laut. hee =p
  • Kay-k skrg kat Insaniah. buat degree dalam Akaun. Moga perjalanan belajar dia lancar.
  • Aku? aku skrg dah abes degree. baru jer konvo bulan 8 ari tu. doa jugak life aku lepas ni lancar semuanya.

p/s: minggu depan ada something yang aku berharap aku dapat. BERDOA =)




by,

tanda blog