Thursday, October 7, 2010

kalaulah nyawa aku hari ini tidak panjang?

kalaulah nyawa aku hari ini tidak panjang?

aku tahu aku bukan siapa2 di sisi-Nya
dan pastinya, aku tidak layak berada di pentas syurgaNya
kerna alpa dan lalai aku padaNya
untuk setiap satu suruhanNya
yang masih banyak tidak aku sempurna.

namun,
itu bukan kerjaku untuk meletak siapa aku di sana
kerna Dia, Rabbul Jalil yang menguruskan semua
untuk tiap satu perkaranya.

berdoalah.
moga hari ini bukan masanya
penuhkanlah yang masih kurang
bukan untuk siapa2
hanya pada diri ini jua
di sana nanti nan sebatang

pohon padaMu Ya Tuhan
beri ku masa lagi
untuk aku syukuri nikmatMu
dan penuhkan bekalanku
moga nanti,
bila tiba masanya
aku bisa tenang

pada Mu,
Kau cabutlah nyawaku dalam keadaan aku beriman padaMu.
Amin.


p/s: Allah berfirman :

"Gembirakan orang-orang yang berdosa bahawa tidak ada dosa yang tidak Aku ampunkan dan peringatkan orang siddiq supaya mereka tidak berbangga (sombong) dengan amal perbuatan mereka. Kerana bila aku tegakkan keadilanku dan perhitunganku pada seseorang pasti binasa"


No comments:

tanda blog