Wednesday, September 22, 2010

'dont judge book by it's cover'

sebenarnya manusia tu perlu jujur. sebab tiada kejujuran tu laa ramai yang binasa. aku rasa aku sendiri belum cucup jujur untuk jujur dalam hidup. tapi aku belajar. tak semua yang kita lihat tue apa sebenar yang kita lihat. mungkin kita lihat dia selekeh, baju compang camping, tapi walhal anak orang kaya. kita pula, tengok orang pelik sket, mulalah buat andaian macam2. aku tak perlu kot nak tengok orang lain, aku tengok diri aku sudah. kadang2 tu pun, aku tersilap menilai. dengar pihak ni sket, dengar pihak tu sket, buat andaian sendiri. walhal, cerita betul???

banyak ragam manusia ni. ada yang kita tengok bertudung litup bagai, rupanya dia lah 'hantu' segala. ada orang kita tgok muka gangster nak mampus, rambut dal abes, tapi hati die??? ade kite tau??? sedangkan tuhan sendiri tak bagi kite buat andaian siapa masuk syurga siapa masuk neraka. semua tu kerja Allah.

beberapa hari sebelum ni, aku rasa aku dah lalui satu proses pembelajaran. jujur tu penting. jujur saja pada diri dan orang lain. kalaulah ada orang datang dan cakap pada kau yang bukan2 pasal orang lain, why not kau sendiri pergi tanya orang yang di maksudkan. baru dapat jawapan yang betul. tak lah kau pun sampaikan pada orang cerita yang tak betul.

ingat! walaupun seseorang tu jahat, tapi bila2 masa dia boleh berubah jadi baik. dan orang yang baik pun, bila2 masa boleh jadi jahat. aku selalu berpegang pada prinsip 'dont jugde book by this cover'.. tapi aku rasa aku belum cukup kuat untuk bawa prinsip tu dalam hidup. sebab, aku masih terkadang tu, berpikiran sama macam orang lain. tapi aku bersyukur sebab boleh melalui satu proses pembelajaran dalam hidup.

p/s: aku sedar, aku bukan baik tapi aku berusaha untuk jadi baik.

5 comments:

SYAFIQAH said...

bgus bgus..berusaha baiki diri bukan menjatuhkan orang lain :)

nini farhani said...

perfect!

norulezd4i4 said...

syafiqah : kdg2 ada benda yg kita juga silap.

nini : hee =)

rentan said...

sebenarnye bende simple je.. mcm... ape yang kau tanam, itulah yang akan kau tuai..

kalau kau menanamkan kejujuran, maka kau akan menuai kepercayaan...

kan..

norulezd4i4 said...

to rentan : lebey kurang laa.. nnti aku tuai padi antara masak, esok jgn layu2an..hehee

tanda blog