Tuesday, January 4, 2011

Aku Punya Hati

aku tau aku tak sempurna,
banyak kurang,
penuh cacat cela.
tapi aku ada hati.
ada perasaan.
aku cuba akui setiap salah itu aku.
setiap kurang itu aku.
setiap lebih itu kamu.
dan setiap kebaikkan juga dari kamu.
aku cuba. aku akui.
tapi aku jugak punya hati.
ada perasaan.
bukan setiap masa itu aku sabar.
ada kala aku letih. sabar itu mungkin kurang.
ada masa mood perempuan aku datang.
itu sekompemnya hilang.
ada kala aku punya masalah, waktu itu aku berang.
tapi setiap waktu itu aku cuba sabar.
dan semua aku akui aku salah.

ya! aku akui aku kurang segala.
aku lemah dalam apa yang kau hebat.
itu semua aku akui.
aku banyak kesalahan.
sedang kau banyak kelebihan.
tapi sekurangnya, aku cuba.
aku cuba perbaiki apa yang kurang.
tapi setiap kali itu jugak,
kau tak pernah paham.
tak pernah izinkan aku 'tuk punya ruang memperbaiki mana yg kurang.
dan setiap yg aku cuba tonjolkan,
kau tak pernah hargai.
jika gajah dan kuman itu,
kau lebih perlihat kuman dari gajah.
manis aku, kau hanya nampak seketika.
pahit aku itu yang kau nak cela sedunia.
aku tak punya sabar sekarang.
dan aku mintak untuk diam.
dari tenang boleh berubah menjadi keruh.
diam!!!

Monday, January 3, 2011

Esok!

Assalamualaikum,..

esok ada dua perkara yang harus dilalui dengan sabar.
moga perjalanan berjalan lancar dan sihat.
moga tuhan juga berikan rezeki buat saya esok.
Ya Allah, jika ia yg terbaik,
Kau aturkanlah perjalanan esok menjadi sempurna.
berikanlah rezeki itu kepada ku. Amin.


p/s: slmt malam semua.

Saturday, January 1, 2011

DAMPING MALAM - [OFFICIAL TRAILER]


Assalamualaikum semua =)

okeyh! nak cerita. nie merupakan salah satu cerita seram yg terbaru.
tengok gaya mcm best. tp xtau laa best ke idok yer. aku pun lum tgok lagi.
dalam cerita ni ada ahmad idham. dah lama tak tengok dia berlakon.
pape pun jom kita layann..zasss


p/s: nak tengok wyg tapi tak da teman ='(

Faizal Yusuf Meninggal Dunia



Assalamualaikum,

Faizal Yusuf yang merupakan bekas suami Siti Nurdiana telah meninggal hari ini. Dari sumber, arwah didapati meninggal disebabkan serangan jantung.

agak terkejut dengan berita yang baru dapat nie. moga rohnya dicucuri rahmat Allah.
dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.
AMIN


p/s: kita yang masih hidup haruslah selalu bersedia menghadapi kematian.

Talam Dua Muka

Assalamualaikum,..

1st nak tnya, tau tak maksud talam dua muka tu apa? talam dua muka tu maksudnya ialah, bermuka2 dengan orang. senang cakap, seseorang yang mempunyai dua perwatakan di hadapan kita. macam depan kau punya lah baik. pijak semut pun tak mati aku rasa. tapi belakang korang, haih! Tuhan saja yang tau dan bisa menilai.

selalunya orang sebegini, memang bijak memainkan peranan 'syaitan' mereka. dah Tuhan kasi jadi manusia, kau plak nak pilih jadi syaitan. mestilah kena bijak beb, tidak cene nak jadi talam kan? mereka2 ini, biasanya bertujuan memporak perandakan hubungan mahupun silaturrahim sesama manusia. tak pun berniat jahat atau ingin mengambil kesempatan terhadap seseorang.

aku dah biasa jumpa orang macam nie. bukan skali jer. dah macam seratusributujuhpuluh kali tau! sama ada aku yang terkena tak pun orang lain yang terkena. bila dapat tau hakikat sebenar yang mana orang yg kita ingat baik macam malaikat tu sebenarnya jahat macam syaitan, rasa frust giler. rasa macam mudahnya aku diperbodohkan. rasa macam ape nie? WTF!!!

aku selalu ingatkan diri aku supaya lebih berhati2 lain masa nnti. tapi biasalah. kita nie bukan Tuhan yg boleh tau luar dalam manusia. last sekali tetap terkena. nasib la kan. pape pun, tetap positifkan minda balik. setiap manusia tu bisa berubah. lambat cepat kita tak tau. mungkin hari ni dia jahat. tapi tak bermakna dia tak bisa berubah kan?



p/s : doa yang terbaik buat mereka. Amin

Friday, December 31, 2010

Azam New Year : Welcome 2011 and Gudbye 2010

Assalamualaikum,..

rasanya semua orang dah mula merasai kehangatan 2011 =) ada yang sambut dekat luar dan tak kurang jugak laa yg lebih suka ngadap tV jer nak sambut new year. mcm aku, aku pilih ngadap lappy jer. on9 24jam. hahaa. itu lagi best (walhal tak dpt sambut dekat luar kan?)

okeyh! bile sampai masa nak bertukar tahun nie, biasalah. suma orang akan buat azam baru. konon2nya wajib buat la kan? hahaha.. hari2 ada azam kan lebih bagus =p mcm aku pun ada azam jugak. untuk 2011 nie aku dah senarai bermacam azam even ada laa jugak azam tahun lepas yang tak terlaksana, so aku bawalah ia ke azam tahun 2011. hehee.

antaranya ialah ;

a) sebagai wanita muslimah, aku harap tahun 2011 nie aku akan lebih menjaga tatasusila aku sebagai orang islam. dari segi penampilan tue, biarlah lagi mengikut kehendak islam sepenuhnya. - berbanding sblm nie ade yg terkurang banyak. itu aku akui.

b) penjagaan solat yang lebih sharp. itu WAJIB!

c) as korang tau, dan pada yang tak tau, aku nie fresh graduate. freshie lagi nih! hope kerja dan segalanya lah berjalan dengan lancar. aku bercadang nak punya kereta sendiri tahun depan. so, aku tak nak ia sekadar angan2. jadi kena berusaha. hope Allah, permudahkan ia. AMIN.

d) macam biasalah. mak bapak aku nak aku continue master. fyi, aku dah continue master 2 bulan b4 this dlm bulan june n july dalam kos 'Medical Social Work' di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan UKM. but...im quit. after quit aku kerja. tp mak bapak aku tak putus2 berharap agar aku smbg master. Insya Allah, bulan Jan yg nak masuk nie, aku akan apply master. tapi tak janji. hahaha (gelak jahat). bukan ape, mls dah nak jumpe balik ape tue. ape eh yg orang selalu panggil tue,.alaa..tesis. ha! TESIS. mls sudah.

e) semestinya aku nak jadi anak yg baik. yang boleh bahagiakan mak ayah dan family.

f) last, agar perhubungan aku dan dia diberkati Allah dan berpanjangan hingga ke syorga. Amin.







p/s : tak da laa banyak nau aku nyer azam n azam yg sama jer tiap2 tahun. cuma keta tu jer baru. =p hepy u'olss..

Update Pasal Bola : Skuad Harimau Malaya

Assalamualaikum,..

untuk pertama kalinya aku rasa aku menulis dengan ucapan salam yang penuh. sepatutnya telah aku mula dari dulu. tapi tak pe. mulakan dari sekarang =) okeyh! mungkin agak kelewatan aku menghapdate pasal bola. tapi dulik ape aku. nak update gak. hee~

1stly aku nak berterima kasih kepada skuad harimau malaya (aummm), kerna telah membuatkan aku cuti pada hari ini dgn jayanya. sehingga aku dapat bangun tido hari ni pukul 133 ptg. (buruknya perangai aku..hahaha). yelaa, mana taknya. kalau time keja opcos laa kul 6pagi aku dah ada dlm toilet sambil tengok air jatuh menitik ke lantai tip!tip!tip!

nak ulas sket pasal bola rabu ari tu. b4 tu aku nak cakap aku tengok bola occayh! masa perlawanan kat M'sia pun i follow tau. semangat tul nak sokong Malaysia =) tapi aku tengok kat umah jelaa. untuk dua2 perlawanan samada kat M'sia or Indon, aku bersorak dengan mak n adik ppuan. laki2 semua keluar tengok kat kedai. kononnya lagi feel laa kata diorg. ceih!!!

jangan cakap laa. aku rasa dah mcm pong2 gurl pun ada. terlompat sana sini depan tV semata-mata nak bg semangat. haih! bila ingat balik. buruk tul prangai time tue. hehee. tp camne pun, wa caya laa sama skuad malaya. memang beraksi cemerlang even tersumbat gak 2 gol tuk Indon. cmne pun, Indon mmg agak taff la mlm rabu lepas. susah jugak nak nyerangnye. seb bek pertahanan Malaysia kuat. tidakk~ haih! susah nak cakap..

pape pun, aku tersangatlah tertarik dengan aksi Fahmi (goalkeeper) yg mmg menjadi penyelamat bagi setiap asakan tendangan pihak lawan ke gawang gol. lu memang semart lah cik Fahmi. wa dah tangkap cintan sama lu. tapi si kerol fahmi ni, dah berpunya. ai notis again *dah berpunya. (tak sedar ke kau pun dah berpunya..hahaa).

lagi sorang. safee jugak terbaik. semart dowh tengok ulangan dia sumbat goal. haih! power2 laa pemain Malaysia. pape pun gud job n usaha dengan lebih lagi di match2 yg akan datang. support u'olls.


khairul fahmi

safee sali



p/s: pape pun, ai tetap kipas susah mati badminton. hehee.. ai support semua game.peacee!

Ok! Saya Lupa

erm, cene ntah leh lupa esok new year??? haih! terukkan saya? hahaa.
nasib baik, cik boyfie saya ingatkan.
esok dah masuk 2011.


p/s: even esok 2011 tp sy kena tggu setahun lagi untuk umo sy 23 =p

Blog Walking - List Blog Feveret

yer, betul tue! tepat sekali. saya mengaku itu. hahaha..
ok2. betul. aku bukanlah seorang blogger yg tegar.
dats mean, im not the one who like to update my story everyday.
b'coz, ke'busy'an yg melanda sejak setahun yg lepas.
yelaa..mana taknya. final year student.
so, aku lebih fokus pada perkara2 yg perlu shja.
lagi pun, final year ari tu, aku just ada satu hari iaitu ari selasa tuk kelas.
lain hari, free sokmo. so, aku pun kerja bg memenuhi masa terluang.
selain boleh tambah duet poket kan??? hehehe..
b4 final year, mmg aku agak tegar dlm dunia blog nie.
rajin jugak laa update blog.
cuma skrg segala berubah. tambah2 lak aku dah keje skrg.
memang tak lah selalunya aku nak update.
balik keje dah kompem2 aku penat.
malam tak da maknanya aku nak tido lewat.
opcos awal. sebab klu lewat tidonya, alamat esok tu liat laa nak bangun. =p

eh, melalut lak. hee~ tujuan sebenar nak mengatakan yg hobi aku di kala sunyi dan lapang.
waktu2 terluang dan rasa free, aku suka menjelajah beberapa blog feveret aku dan juga melawat blog2 baru =) waktu blog walking nie, jgn haraplah aku nak ber'esemes ke, bergayut ke n etc. mmg aku fokus 100% tuk baca or layan blog2 terpilih. antaranya ;

1) ayunayunar.blogspot.com - suke membaca sambil membelek video2 make-up dan style shawl yg baru2. byk info. thanks ayun =)

2) http://carlsamsudin.blogspot.com/ - blog nie plak menarik. aku suke sgt gaya penulisan blogger die. tertarik yu ai nak baca. tp tujuan utama aku ke blog beliau adalah kerana foto2 serta projek2 fotografi beliau yg sgt menarik. mmg minat sgtlah.

3) http://syabany.blogspot.com/ - blog cik adek yg cantek nie pun aku suka gak. suke update kisah2 hidup serta cintan-cintun beliau =)

stakat nie, hanya mereka shja yg aku nak share pasal tabiat aku yg suka berblog-walking nie =) after this aku wat entri pasal blog2 anak se-geng yg best dan kelebihan mereka2 ini =)


p/s : sejak semalam kegilaan aku pada blog awek Khairul Fahmi (goalkeeper Malaysia) hee~ check-it-out http://jejariruncing.blogspot.com/. elia nama awek fahmi nie. sgt teruja dan suka dgn kisah cintan mereka. weee~

Thursday, December 30, 2010

Gigi Bongsu Lagi!

haih! mengeluh setiap bulan. itu pasti.
mana taknya, gigi bongsu saya buat hal lagi.
kali nie sebelah kanan pulak. b4 this sblh kiri.
sakit tu bukan kepalang.
b4 this dah jumpa doc masa study kat UKM.
ingat nak cabut jer dua2 gigi bongsu nih.
tapi waktu jumpe doc tu, gigi saya saket malah m'bengkak.
doc nasihat minggu depan dtg balik.
tapi tak de maknanya nak dtg balik.
mana taknya, kwn2 semua takutkan pasal cabut gigi bongsu tue.
terus cancel dan tanggunglah akibatnya setiap bulan. =p
gigi bongsu nie doc ckp mmg xleh tumbuh coz xda space tuk die tumbuh.
gigi atas akan halang die. so klu tumbuh pun buat saket segala lah bagi saya.
so, better cabut jer kan??
tengoklah dulu. later laa pikir. cari pital kerajaan laa nak cabut.
murah dan jimat. hahahaa
pikir nak bajet jer =p



p/s: mood masih pada skuad bola Malaysia =) yeppie...

Monday, December 27, 2010

Penat Beb!

tersangatlah penat untuk hari nie.
biasalah permulaan minggu,
yang pasti sangatlah menjadi ketidaksukaan orang ramai.
termasuk aku =p
kalau tak keja tak de hal beb! mslh keja.
tu yang menjadi hal. tapi abaikan kejap penat dan letih segala.
nama pun keja. keja tu pun rezeki.
jadi kenalah bersyukur.
kalau nak dikira penat, tido pun penat jugak.
penat apa? penat mimpi..heee~
semoga esok dan seterusnya punya harapan yg cerah buat aku.
semoga aku kaya dengan pengalaman.



p/s: senyum =) tak perlu kata apa-apa.

Sunday, December 26, 2010

Petua Oh! Petua

satu masa dulu, aku punya impian nak cantek. ada kulit halus mulus. putih. gebu dan sbgainyalah. macam2 produk aku cuba. pantang ada iklan pasal kecantikkan sket, mesti aku nak try. haih! huduh bebenor prangai =p biasalah. orang tak cantikkan. bila tengok orang cantik sket, mula rasa rendah diri. then "nape laa aku xcantek mcm die?"...

itu dulu laa. masa zaman2 remaja yg kurang matang (skrg pun tak matang sangat tp dalam proses) =) skrg aku bukan lagi seorang perempuan yg obses dengan kecantikkan. cuma belajar bersederhana untuk cantik. apa yang ada, itu yg disyukuri. tp dalam masa yg sama tetap menjaga yang mana perlu. tak kan pula nak selekeh kan???

skrg di rumah, sebelum mandi pagi dan petang aku akan cuci muka nie dengan beras pulut terlebih dahulu. beras pulut tu aku blender sampai hancur. sampai beras tu jadi halus sehalus2nya. kemudian masa nak cuci muka tu aku campurkan dgn sedikit air (sedikit sahaja). pastu gosoklah mcm biasa kita cuci muka tu. biasanya aku buat waktu pagi dan petang. 2x sehari.

beras pulut tu juga aku guna untuk gosok pada keseluruhan badan. 3x seminggu patutnya. tp aku buat hari2. =) lepas tu baru aku akan guna shower gel macam biasa. untuk muka pun macam tu juga. after dah cuci dgn beras pulut barulah aku akan cuci semula dgn pencuci muka. tp selalunya aku akan cuci dengan beras pulut semata. cuma ada waktu tertentu aku akan sertakan dgn pencuci muka =)



selamat mencuba =)



p/s: nnti aku bagi lagi lain petua yg aku amal =)

Bual Malam

malam kian melabuh tirainya
dan aku masih belum tidur.
biasanya hari biasa aku akan tidur dgn awalnya
untuk mengelak aku bangun lewat keesokkannya.
biasalah! kerje kan.
tapi esok ahad. so tak yah nak awal sgt lah tidur tu kan? hee~
biasanya sebelum tidur aku akan check dulu emel dan fb =)
dah jadi macam rutin plak.
tp tabiat ni hanya diamalkan jika di rumah.
misalnya, aku ke kL ke or oliday
perkara2 seperti tadi tidak akan dibuat =p
tu saje kot nak tulis.
daa~



p/s ; mood bukan nak tulis sgt pun.

Tuesday, December 21, 2010

T.A.G From Najwa =)

saya jawab ya najwa =)


+ Apakah status anda? +

  • seorang anak kepada ibu dan ayah
  • seorang kakak kepada dua orang adik
  • seorang adik kepada seorang abang
  • seorang penganggur untuk hari ini
  • seorang pekerja untuk esok =p
  • seorang kekasih kepada Mohd. Fais =)


+ Ceritakan tentang diri anda +

simple. segalanya simple. mudah mesra. menghormati. kurang gemar bercerita hal2 peribadi termasuk masalah diri pada orang lain. unexpected =)


+ Ceritakan tentang blog anda +

hanya sebuah catatan diari on9.


+ Pandangan anda tentang dunia blog +

salah satu jaringan sosial selain fb, fs, ms dan selainnya untuk kita make frens selain dpt melontarkan idea, luahan, pendapat ataupun apa saja dalam bentuk penulisan. baik jika kita pandai menggunakan blog pada medium yg betul. kurang baik jika sebaliknya.


+ Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog +

blog lah anda pada tempatnya =)


+ Nyatakan keunikan blog anda +

unik ke? hehehe


+ Sampai bilakah anda akan menulis blog dan apa impian anda dalam dunia blog +

sampai bila tu tak pasti. tapi selagi ada kederat la kan..=p impian? tak terlintas lagi..(^_^)



Sembuh


Alhamdulillah. Hari ni dah sihat sepenuhnya.
Dapat laa senyum sket. Tidak berkerut jer wajah nie.
Macam ayam berak kapur. hik3.
Thanks kepada mereka2 yg memberi tips2 berguna untuk sembuh.
Alhamdulillah jugak pada-Nya, kerana memberi keizinan tuk sembuh.


p/s : Senyum =)

tanda blog