itu dulu laa. masa zaman2 remaja yg kurang matang (skrg pun tak matang sangat tp dalam proses) =) skrg aku bukan lagi seorang perempuan yg obses dengan kecantikkan. cuma belajar bersederhana untuk cantik. apa yang ada, itu yg disyukuri. tp dalam masa yg sama tetap menjaga yang mana perlu. tak kan pula nak selekeh kan???
skrg di rumah, sebelum mandi pagi dan petang aku akan cuci muka nie dengan beras pulut terlebih dahulu. beras pulut tu aku blender sampai hancur. sampai beras tu jadi halus sehalus2nya. kemudian masa nak cuci muka tu aku campurkan dgn sedikit air (sedikit sahaja). pastu gosoklah mcm biasa kita cuci muka tu. biasanya aku buat waktu pagi dan petang. 2x sehari.
beras pulut tu juga aku guna untuk gosok pada keseluruhan badan. 3x seminggu patutnya. tp aku buat hari2. =) lepas tu baru aku akan guna shower gel macam biasa. untuk muka pun macam tu juga. after dah cuci dgn beras pulut barulah aku akan cuci semula dgn pencuci muka. tp selalunya aku akan cuci dengan beras pulut semata. cuma ada waktu tertentu aku akan sertakan dgn pencuci muka =)
selamat mencuba =)
p/s: nnti aku bagi lagi lain petua yg aku amal =)
No comments:
Post a Comment