Tuesday, August 31, 2010

:: ORANG YANG SALAH ::

tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
sebelum menemukan kita dengan orang betul.
supaya kita belajar dan pabila kita menemukan orang betul dan tepat,
kita sudah mula matang. syukurlah dengan apa saja yang tuhan hendakkan.
sebaik2 perancang adalah Allah dan aku cuma hambaNya yang juga merancang.
aku redha dan aku pasrah.
tidak sekali aku salahkan siapa.
meskipu kamu dan dia.
life is full circuit

Friday, August 27, 2010

:: Selalu Mengalah ::

jelaskan padaku isi hatimu
seberapa besar kau yakin padaku
untuk tetap bisa bertahan denganku
menjaga cinta ini

pertengkaran yang terjadi
seperti semua salahku

mengapa selalu aku yang mengalah
tak pernah kah kau berpikir
sedikit tentang hatiku

mengapa ku yang harus selalu mengalah
pantaskah hatiku
masih bisa bersamamu

Wednesday, August 25, 2010

:: Fikirlah Dulu Kamu Orang Seberang ::

sebelum ini aku ada menulis entri berkenaan ketidakpuasan hati rakyat indonesia terhadap Malaysia. dan ini sebagai sambungannya...

bukan untuk mengungkit setiap bait perilaku yang aku anggap sebagai kemanusiaan dari Malaysia terhadap Indonesia. sedarlah..! aku rasa terlalu cukup banyak Malaysia berlembut dengan negara seberang itu yang selalu bertindak keras dan mengejek2 negara ini.

lihat dari segi bantuan sudahlah! fikirlah rakyat Indonesia yang kamu rasa negara ini memperlekehkan bangsa kamu. misalnya berlaku gempa bumi disana, siapa negara pertama menghulurkan bantuan??? tsunami di acheh, siapa yang membekalkan pakaian, makanan dan tempat??? tak cukup dengan itu, orang yang mempunyai kedudukan di Malaysia, tidak lokek mengambil anak-anak yatim Indonesia hasil dari malapetaka yang melanda untuk dijadikan anak angkat mereka. ini yang rakyat Malaysia lakukan meskipun berjuta hamburan yang kamu lemparkan!!!

mahu usir rakyat Malaysia yang berada di Indonesia??? xperlu usir, mereka tahu pulang sendiri. bukannya mereka kesana secara haram!!! mahu dibandingkan, hampir sejuta dan mungkin lebih rakyat kamu disini. mencari rezeki. datangnya pula secara haram. nak kami usir??? xpelaa. Malaysia ini baik hati. nanti kami hantar mereka pulang ya??? hampir puluhan ribu kes jenayah di Malaysia datangnya dari mereka ini. sedarlah kalau ya pun nak bakar bendera Malaysia.

dari semua kelembutan yang kami tabur, cercaan yang kami dapat!


p/s : ya! aku tahu bukan semua rakyat Indonesia itu jahat. tapi sebahagiannya yang menimbulkan ketidakselesaan ini.

:: Ketidakpuasan Hati Rakyat Indonesia ::

lewat tadi aku menjengah blog2, paper dan juga laman sosial untuk update tentang isu rakyat indonesia yang membakar bendera Malaysia. siap dengan video aku dapat tengok cmner diorang buat himpunan untuk menkencam Malaysia yang diorang anggap sbgai sebuah negara yang memperlekehkan bangsa mereka.

aku tak tahu dimana silapnya Malaysia sehinggakan rakyat Indonesia sanggup 'menyakiti' hati rakyat Malaysia dengan membakar bendera Malaysia yang dianggap sebagai satu kebanggaan dan ini juga sangat sensitif bagi rakyat Malaysia. secara jujurnya, aku cukup terasa dengan perbuatan mereka yang sudah berulang kali aku dengar dan baca.

sebelum ini, mereka sangat tidak berpuas hati dengan tarian pandet yang dimasukkan di dalam sebuah channel dokumentari yang menceritakan tentang Malaysia. dokumentari ini telah disiarkan di 24 buah negara. rakyat Indonesia merasakan bahawa Malaysia telah 'mencuri' tarian itu yang dikatakan berasal daripada Indonesia. aku juga difahamkan bhwa rancangan ini bukanlah didokumentarikan oleh rakyat Malaysia tetapi oleh bangsa asing.

kemudian mereka tidak berpuas hati berikutan peristiwa laut sulawesi berkenaan hal minyak. hal itu juga boleh diselesaikan secara baik namun rakyat Indonesia lebih gemar menggunakan kekerasan. bagaimanapun, Himpunan Muslimin Islam (HMI) di Indonesia telah memohon maaf kepada Kedutaan Malaysia untuk sikap rakyat Indonesia yang membakar bendera Malaysia dan membuat serangan di Kedutaan Malaysia di Indonesia.

rasanya masih segar lagi isu berkenaan manohara dengan kerabat diRaja Kelantan. kes itu juga membuatkan rakyat Indonesia menkencam bersungguh-sungguh terhadap Malaysia. pelbagai tohmahan dilemparkan. aku juga mengikuti pelbagai blog termasuk blog hasil tulisan rakyat Indonesia dan melihat bagaimana mereka mencemuh bersungguh-sungguh terhadap Malaysia.

baru2 ini, ketika kita umat Islam sedang menyambut ramadhan, rakyat Indonesia sekali lagi membakar jalur gemilang dan menyerang Keduataan Malaysia di Indonesia berikutan hal penangkapan 3 orang penguatkuasa perikanan Indonesia oleh pasukan PDRM. walaubagaimanapun, aku difahamkan, 3 penguatkuasa tersebut terlebih dahulu menangkap 7 nelayan dari Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara mereka.

hasil dari rasa ketidakpuasan hati mereka, mereka menghimpun rakyat mereka untuk melakukan 'Ganyang Malaysia' sekiranya berlaku peperangan diantara dua negara ini. tak cukup dengan itu, ada diantara mereka menyimpan hasrat 'murni' untuk mencincang rakyat Malaysia secincangnya sekiranya rakyat negara ini menjejakkan kaki ke Indonesia. Namun, Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih selamat dan tiada hal seperti itu berlaku. dan mereka juga, ingin mengusir rakyat Malaysia yang ada dinegara mereka keluar dari negara mereka.


p/s : rentetan cerita tunggu sambungan selepas ini,.....

:: Nur Ena ::

lepak dataran =)

ini ena =)
one of mylevly fren. kitorang satu kos dan opcos laa satu universitas. hee =)
lama gak laa tak lepak skali. last pun jumpe kejap masa konvo.
tetibe rasa rindu membuak kat ko ena ='(
ko ada geng ko sendiri and aku pun ada group aku sendiri
tapi bile ko or aku ada prob,
mesti aku akan cari ko n ko akan cari aku
banyak bende kot kite kongsi sama
sekarang pun ada masa jer, ko call aku
thanks sbb masih ingat aku even kite dah jauh
tak lama lagi ko dah nak jadi isteri orang
aku doa yang baek2 jer tuk ko eh!
majlis ko nanti pun, aku yang jadi pengapit =)



p/s : =') & ='(

:: Sedikit Tidak Faham ::

sedikit pening sedikit keliru
ada dua perkara yang berlaku serentak
aku pun tak paham
mintak tuhan bimbing aku
huh!!!

Sunday, August 22, 2010

:: HOPE ::

kenapa mahu samakan kamu dengan orang lain??
setiap satu perkara yang berlaku itu sudah ada jalan ceritanya yang tersendiri
kamu dengan haluan kamu
dan mereka dengan haluan mereka
mungkin jika kamu bukan sekarang
kamu mungkin yang lain
syukurlah sayang untuk tiap satunya
mahu apa lagi
janganlah merungut sayang
ada rezeki untuk kamu nanti
dan masa itu kamu mungkin boleh berfikir
'ini semua hikmahkan?'
jangan terburu sayang
atur semua satu persatu
dan jangan lupa yang
Allah itu sentiasa ada untuk kamu
berusaha dan terus berdoa
jangan hanya sekadar dibibir dan ditulisan blog ini
tapi dengan segenap batin kamu untuk kamu
serah pada tuhan dan terus berusaha




p/s : masih berharap untuk semua perkara ..uhuu..!

:: sungguhan aku ::

aku mahu selalu dekat dengan tuhan. agar hari-hari aku sentiasa Dia ada. aku tahu dia ada untuk setiap hamba-Nya. dan itu aku rasa =)

aku sedar, kadang-kala aku menangis bersungguh-sungguh agar Dia ampunkan dosa aku. dan kemudian aku ulang perkara yang sama. aku mencari Dia diwaktu susah. mengadu nasib agar dia pinjamkan sedikit kekuatan-Nya untuk aku hadapi dugaan. kemudian bila senang, aku tidak langsung terpikir untuk sujud syukur padaNya. hampir setiap semua perkara.

memang aku alpa. tapi aku juga mahu jadi hambaNya yang taat untuk setiap perkara. aku perlu masa..! tapi bukankah terlalu banyak masa yang tuhan sudah taburkan untuk aku. dan kini. sekarang. ini juga masa yang tuhan beri untuk aku ingat padaNya.

jiwa aku kosong dan langsung tidak tenang bila aku jauh dariNya.



daia : sabar untuk setiap satu perkara =)

Friday, August 20, 2010

:: LEMBIK ::

selalu berangan tuk jadi gagah. konon aku kuat mcm badang. xnak nanges depan orang konon..! blah laa kau. walhal, hati lembik cam eskrem kena panas. cengeng!!!


daia : sedang mengata diri sendiri :p hahaa

:: BLOG WALKING ::

dah lama aku x update ini blog. haiskh! jgn jadi cam dulu sudah. smpai bape bulan aku tinggal blog nie tersadai tak dilawat. nak tulis ape pun bukannya tau. xda mood. mood melayang sudah. nie pun buntu. ideaaaa...


daia : blog walkinglah. hee :)

Thursday, August 19, 2010

saat ini aku terlalu rindukan Tuhan
dan mahu sentiasa Dia ada dengan aku
Ya Allah!
rindu saat master di PPUKM.

Wednesday, August 11, 2010

tanda blog