Saturday, August 6, 2011

Life

tak banyak yang aku nak tulis. cuma sekadar satu kesedaran yang aku dapat dari satu masalah. ada benarnya pepatah inggeris ini "every cloud has a silver lining". (kalau dlm melayu pun ada).

Friday, August 5, 2011

Gagal


Aku belum berjaya untuk bahagiakan Mereka.
rasa tidak berguna.







Salam Ramadhan


Rasanya belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam =)

Monday, July 11, 2011

Rindu itu satu nikmat yg indah

sanggup maki mak hanya sebab baju tak up 2 date

Lokasi : Jalan TAR
Masa : Sekitar Bulan Ramadhan 2 Tahun Lepas - 2009


kisah ini berlaku secara real di depan mata aku. waktu tu aku dengan kawan yang lain berjalan2 di jalan TAR. kononnya nak mencari baju raya. satu persatu kedai kami masuk dan sampailah disebuah 'booth' baju...

seorang ibu yang memakai tshirt putih lusuh dan seluar hitam bersama 3 orang anaknya. 2 lagi masih kecil. nampak mcm sekolah rendah. dan seorang yang agak dewasa. mungkin belasan tahun agaknya. semua perempuan. masing2 sedang lihat baju kurung. kami dengan muka ingin mencari baju pun masuk.

sedang khusyuk melihat baju, tiba-tiba... satu suara memaki yang agak kuat yer. klu kita buat ukuran skala ritcher tu agak2 nya sama dengan skala tsunami yang serang jepun itu hari. anak makcik tadi rupanya. yg agak dewasa tue sket. boleh dia dgn muka langsung tak malu maki mak dia hanya kerna baju tak up-to-date.

mak dia cuba pilih baju untuk dia, tp mungkin tak memuaskan hati dia, terus dengan suara lantang dia marah ibunya dengan alasan baju tak ikut trend. kawan2 dia pakai ikut fesyen terkini. agaknya malu kot dengan kawan. mak dia langsung tak melawan. muka tunduk malu sebab orang keliling tengok. sayu aku tengok muka makcik tu. adik2 dia pun tergamam. sabar betul kau makcik.

dari sudut pandang aku, makcik nie bukan dari family senang. baju yang dia pakai pun lusuh dek mamah usia. anak-anak, dia biarkan mewah berpakaian. tapi balasan seorang anak? terus aku keluar dari kedai baju tu dengan air mata.



p/s ; sayangilah Ibu Bapa anda biarpun seteruk mana mereka. ibu ayah, i love you =')

Sunday, July 10, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?


Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.

Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.



Sumber: http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/gadis-cantik-jamin-kesihatan-yang-baik-untuk-lelaki/#ixzz1Rg16yW9J
www.s2u.my


p/s ; renung2kan =)

DIA pada kita

kadang bila kita punya masalah
sering kita meraung macam tiada penyudah
dendam kesumat membaluti setiap aliran darah dalam tubuh.
tapi sedarkah kita tentang masa dan ruang waktu kita pada Tuhan?
ya pada Tuhan. Allah.
kita abai untuk perkara yang remeh.
kita lalai untuk nikmat dunia yang kita sendiri ciptakan
masalah itu ingatan DIA pada kita
masih ada DIA dalam susah.

"sejenak kita fikirkan MATI"

Saturday, May 21, 2011

just wanna smile =)

manusia selalu ingin mencuba,
dan hasilnya hanya diri sendiri yang tahu.
jadi, selagi masih punya waktu,
tak salah untuk kamu, kamu dan kamu
tetap mencuba.



=)

Friday, May 6, 2011

Bukan Esok Tapi Sekarang

"manusia punya pelbagai alasan untuk senyum dan ketawa,
kenapa sedih juga yg dipilih?"

sy yg bertanggungjawab mencorak hidup seperti mana.
dan mulai sekarang, sy pilih suka dari duka.
bukan esok tapi sekarang =)



p/s: Tuhan itu Adil untuk setiap perkara =)

Friday, April 29, 2011

Sakit Hati

hurt! hurt! hurt!
paling tak suka bila hati sakit
benci.

Wednesday, April 27, 2011

Pilihan

setiap benda hidup di alam fana ni, mesti akan membuat pilihan. boleh kata everyday kita terlibat dalam membuat pilihan. nak tak nak? pergi ke tak? nak makan ke tak? terima ke tolak? haaa..tengok! dalam tak sedar dah kena buat pilihan meskipun se'simple' masalah.

paling aku fedap dan fakap klu nak buat keputusan untuk buat pilihan. kalau senang nak memilih xpelaa. nie bila kena perah otak separuh gila. bila kena pening kepala 2 3 bulan. silap hari bulan mau masuk setahun. ok jugak la kan. kalau bertahun-tahun?

paling tak suka bila pilihan2 yg ada, adalah pilihan2 yg paling kita nak. yg kalau tak dapat mau jugak menangis guling2. damn it!!! tapi tak boleh tamak nak semua. kena buat pilihan. mesti ten-si-on. huh!

kenapa aku cakap pasal benda nie? sebab aku kena buat pilihan skrg!!! arghh~


p/s; agak2 xpasti pilihan mana tepat, korang istikarah laa. pilihan dari DIA adalah paling tepat =)

Monday, April 18, 2011

=)

kembali senyum untuk hari ini,
dan akan senyum untuk hari seterusnya
just remember

"every cloud has a silver lining"
sempurna mana pun kau,
kau masih punya kekurangan.
diam!

Saturday, March 12, 2011

Saya Rindu

sejujur itu berlaku. SUMPAH!
rindu banget sama teman2 setadi dulu.
owh! bahagia sungguh.

saya rindu nak naek bas pergi kuliah =)
masa setadi dulu, sy naek bas jer g fakulti.
jarak asrama ngan fakulti jauh.
jadi sy kena naek bas.
owh! rindunya.

saya rindu nak maen badminton =)
masa final year, sy dan kwn2 ada satu tabiat.
kami suka maen badminton.
bahgia sungguh dpt pegang reket.
sumpah! best.

saya rindu nak lepak mapley =)
bila mlm dan perut pun bunyi,
"beep2!"...mula laa msg2 nak sms.
"mapley jom",...
wajib rindu!

saya rindu nak hang out =)
mmg tabiat setiap sorang kaki jalan.
pntg ada free, hilang semua.
duit pun melayang..;p

saya rindu nak karok & wayang =)
byknya benda merapu kita buat weih.
tp itu manis buat sy =)

saya rindu nak overnight =)
bukan p mana pun.
cari port best, duk nyembang.
overnight cmne pun, kita xlupa solat kan?
untung ada korang yg ingtkan aku =)

saya rindu time exam =)
mesti kita akan stay up sampai subuh.
setadi lak kat pusaneka.
rindu3x.

saya rindu semua tentang kita =')





Sunday, March 6, 2011

:: Bengkel Make-up Sendayu Tinggi ::

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua =)

wah2!!! lama nau aku tak meng'hapdate' blog aku nih. dah berlalang agaknya. ke'busy'an melanda lah sejak sebulan 2bulan yg lalu. sampai nak update pun malas dan byk kali jugaklah aku tutup sekejap blog nie. okeyh! intro sket jelaa. kite berbalik pada tajuk ;p

sabtu baru nie aku kena hadiri bengkel S.T. (singkatan pada Sendayu Tinggi). bengkel nie untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai produk dan yg UTAMA mengenai teknik, cara dan padanan yg betul dalam solekan wajah.

jadi banyak inputlah yg aku perolehi masa bengkel tue berlangsung. dan yg paling penting ilmu tu tak akan aku simpan sendirian. akan aku update di entri yg akan datang mengenai solekan yg betul dan kemas. okeyh! nak rest.

tanda blog