Tuhan,
aku merancang dan Kamu juga merancang.
tapi sehebat perancangan adalah datang dari Kamu di atas.
andai perancanganku bukan yang terbaik,
aku redha dengan perancangan yang telah diatur buatku.
Tuhan,
tidak terlalu mengharap dan tidak juga terlalu berserah,
usaha dan tawakkal aku selit bersama.
andai tidak seperti yang dirancang,
mohon Tuhan jangan biarkan aku terlalu kecewa.
pinjamkan aku kekuatanMu untuk meredah segala.
Tuhan,
jangan biar hati ini mencintai yang lain lebih dariMu,
biarlah Engkau yang pertama,
agar tidak pula hati ini terlalu kecewa kerana manusia.
Tuhan,
jagakan ibu dan ayah ku.
kasihani mereka seperti mana mereka mengasihaniku
cabutlah nyawa mereka dalam keadaan mereka beriman kepadaMu
tempatkanlah mereka dari kalangan orang yang Kau sayangi
dan lindungi mereka di bawah rahmat dan kasih sayangMu.
Tuhan,
bimbinglah hatiku menuju padaMu.