Friday, September 17, 2010

Si Gila dan Tong Sampah

Sedang asyik berbaring atas katil yang beralaskan tilam yang empuk...
Jam menunjukkan 10:23 pm
Pikir aku mahu tidur walaupun siang tadi ntah berapa jam aku tak sedar.
Semakin dekat dengan hari ahad, semakin malas aku jadinya. Malaslah nak balik kL.

Sedang dalam fikiran mahu tidur, tiba-tiba otak melayang ingatkan satu peristiwa yang aku hanya dengar melalui cerita adik dan mak.

Begini ceritanya,

...kira-kira beberapa hari sebelum menjelang raya, ada seorang lelaki yang kurang siuman (gilalah) mengamuk barangkali di kawasan taman. Kehulur kehilir laki tu meracau-racau bagai. Sampailah dia tiba di hadapan rumah aku. Adik aku hanya sekadar melihat telatah orang gila itu disebalik pintu kaca rumah.

Tiba-tiba keluar pakcik yang menetap dihadapan rumahku. Ingin menghalau. Tak juga berganjak si gila ni. Lagi sakan dia mengamuk adalah. Pakcik ni tanpa membuang masa, tanpa segan dan silu terus membuka langkah (mahu bersilatlah). Sedang asyik pakcik ni memasang kuda2 silat.....

Terdiam seketika. Apa jadi??? Si gila tadi yang agak bosan gamaknya menunggu pakcik ni memasang bunga silat yang terlalu lama mengambil tong sampah lalu dimasukkan ke kepala pakcik tadi. Tu yang terdiam si pakcik nih. Orang sekeliling terus ketawa tanpa dipaksa. Alahai~ kesian pakcik nih.. dengan sampah-sampah habis terkena badan si pakcik. Sabar yer pakcik. Dugaan bulan puasa tu =)

Si gila tadi lepas dia masukkan tong sampah ke kepala si pakcik ni, terus dia diam dan pergi macam tu jer.. dia pergi mana??? Tak tahu lah tu.. =)


p/s: terus tak jadi nak tido. Senyum sorang2 =)

5 comments:

Un Phat Lee said...

nampaknya si gila tu bertindak lagi cepat.ehe XD

rentan said...

sbb org gila tak pk panjang.. otak seminit.

norulezd4i4 said...

phatlee : kann~ hehehe

rentan : tau pulak ea otak die seminit..waka waka

rentan said...

kau nak kata aku la tuh cet

norulezd4i4 said...

xkata2...hahaa

tanda blog